Salam,
Untuk episod kali ini, saya selitkan tiga item yang saya berkesempatan untuk tukar.
Pertamanya, ketika saya dapat kereta ini, pintu di keempat-keempat telah disimen untuk menutup line yang ada di pintu tapi sayangnya, bila saya tukar fender, line tersebut tidak align dan body untuk Daihatsu Mira yang sepatutnya mempunyai line dipintu.
Jadi mahu atau tidak, terpaksalah saya tukarkan pintu asal saya kepada Pintu Daihatsu Mira Moderno (Pico) tetapi hanya pintu kosong tanpa doortrim dan lain-lain kerana saya akan teruskan projek dalaman menjadi Daihatsu Opti, bukannya Moderno. Lagipun advantage pakai pintu Jepun ni, material pintu lebih padat dan berat. Alang-alang tu, sekali lah tukar getah pintu tu. Boleh tahan harga getah pintu ni satu set. Nak elak air masuk punya pasal, terpaksa kurelakan. Haha.
Selain itu, apabila secara tidak langsung menjadi rajin ni, saya pun turut mengantikan door handle asal kepada model L5 (chrome) perbezaan door handle L5 adalah door handle ini adalah PNP sahaja tanpa perlu ubah apa-apa berlainan dengan yang diambil dari model Cuore ataupun Move. Alang-alang door handle dah chrome, terus lah masuk sekali garnish door handle yang lama dah saya beli. Garnish ini saya dapat dari pintu Model Move L6. L6 ni kiranya kategori convert untuk Kenari tapi enjinnya dan accesoriesnya banyak digunapakai di Kancil. Saya turut mengambil side skirt L6 untuk dipasang bersama. Tapi agak labuh untuk Kancil. Mungkin saya akan tukar ke side skirt lain nanti.
Perbezaan garnish L6 dengan Perodua Kancil adalah, size garnish L6 adalah lebih besar dari standard. Memang niat nak main chrome, tu yang terus sapu walaupun takde dalam catalog Moderno. Kakaka.
Saya juga telah membuat penukaran kepada karpet besar dan seat asal kereta ini. Dari standard kepada Karpet Besar (Cream) dan Seat Daihatsu Opti. Untuk dalaman Daihatsu Opti kebanyakannya adalah cream tapi tetap wujud versi hitam dan kelabu. Tetapi saya memilih untuk menggunakan yang cream. Nampak menyerlah sikit ye tak? Lagi pulak, karpet merah L5 mahal sangat! Haha. Turut saya dapat adalah pillar kaki cream Opti sebagai freegift dari seller.
Settle je basuh dekat dobi secara expressnya terus pasang sekali dengan seat Daihatsu Opti. Seat asal saya yang telah dibalut PVC turut ditukar ke seat Daihatsu Opti yang juga dari material yang sama, cuma colour dan bentuk je berbeza. Cuma nak dapatkan seat ni makan berbulan juga la. Sebabnya materialnya senang reput kalau duduk di halfcut. Untung secara tak sengaja singah di EK Autopart ada seat ni, apa lagi sapu terus. Kondisi boleh pakai tapi tak berapa perfect la. Ada rezeki lagi cun kita tukar lah ye tak? Kalau ada sarung seat lagi cun kan? Seat ni ada masalah sama macam bila guna seat L5, penyangkut belakangnya tak ngam dan kena weld tapak baru kasi ngam. Tak susah, janji boleh jumpa kedai welding yang nak sanggup buat. Hihi.
Seat Daihatsu Opti (Cream) - RM300 (EK Autopart, Sri Skudai)
Karpet Besar Opti (Cream) - RM250 (Maaf, lupa nama seller)
Pintu Kosong Moderno - RM200 (Azham, UTM Skudai)
Garnish Chrome L6 - RM150 (Kcar RS, Online)
Door Handle L5 - RM100 (715 Autopart, Pasir Gudang)
Side Skirt L6 - RM100 (715 Autopart, Pasir Gudang)
Door Weatherstrip - RM120 (Perodua Centre, Berek 12, Kelantan)
Door Weatherstrip - RM120 (Perodua Centre, Berek 12, Kelantan)
Semua pasang sendiri dengan bantuan rakan-rakan dari Fiveshop Garage, 5 Kedai. Special thanks to Amir Kakashi, Firdaus Asror, Zul Luz dan Jym Costa kerana membantu menjayakan project ni. Alhamdulillah.
Beza pintu dan fender. Jadi pintu pun kena tukar sekali. |
Selesai tukar pintu, Garnish L6, Door handle L5 dan pasang side skirt L6 |
Ketika proses pemasangan karpet dan seat Opti |
Alhamdulillah selesai |
0 Commments:
Post a Comment