Rakan-rakan Blog

Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Best Sangat Ke Bisnes Online Nie?

|
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua followers dan kawan-kawan. Alhamdulillah dan syukur kerana blog ini telah pun mencapai 1000 follower. It's not a short time for me to get follower in that number. Kenapa lama sangat blog nie tak update? :) Maaf lah ye kalau ada yang tertanya-tanya. Aku ada komitmen lain yang tak dapat nak ditinggalkan. Komitmen apa? Hehe. Takde lah besar mana pun tapi now I'm proud of my effort. Selama aku tinggalkan blog nie, aku just buat bisnes sendiri. Kumpul duit sendiri untuk capai target-target yang aku nak. Sebenarnya aku just buat part time jer. Tapi aku bagi sokongan sangat kalau ada rakan-rakan yang nak buka bisnes online. Besar ke untung buka bisnes online nie? Apa yang aku dah dapat? Just share here about my effort. Mesti ada yang kata aku show-off, tapi aku rasa tak salah pun kalau aku show-off sebab ini semua atas usaha aku sendiri. Alhamdulillah. Jom tengok apa yang aku dah dapat. :)

1) Handphone Samsung Nexus S
Worth : RM1XXX
2) Playstation Portable (PSP)
Worth : RM7XX
3) G-Shock GA110-GB
Worth : RM8XX
4) Oakley Frogskins X Shaun White 24k Iridium
Worth : RM7XX
4) Puma Cabanna Racer II
Worth : RM2XX
5) Knockaround Knocktural/Grey (Glow in the Dark) Worth : RM1XX
6) Metal Mulisha Buckle Worth RM1XX
7) Onitsuka Tiger Ultimate Worth RM2XX

Hehe. Thats all. Sebenarnya banyak lagi yang aku dapat dari online business nie dan some item aku beli secara online jer. Sebab kadang-kadang beli online nie sangat murah nak dibandingkan dengan beli kat kedai. Tapi bukan semua benda kita boleh beli secara online. Guess entah bila lah nak pakai nie semua kalau aku tak buat part time kan. Alhamdulillah Allah tu maha pemurah. :) Setiap apa yang kita usahakan akan dapat balasannya kan? Kepada mereka yang nak buat online business tu, aku harap korang teruskan lah. Takde ruginya kalau nak buat online business. Tapi make sure barang-barang yang korang jual tu ramai orang yang berminat. :)

P/S  : Insyallah aku akan cuba capai semua yang aku tulis dalam http://chichakx.blogspot.com/2010/03/bende2-yang-menjadi-idaman-aku.html
Hehe. Sedikit sebanyak dapat dah aku capai impian-impian aku tu. :)
My next target would be Canon D550. :D

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

3 Kuntum Bunga Ros Merah Untuk Awak.

|
Perhatian : Ini adalah entry jiwang. Ya, entry jiwang. Jangan baca kalau anda tidak berhajat untuk membacanya. Ia akan mengakibatkan blog ini kotor dengan muntah-muntah hijau anda. =="
Bagi yang kenal Chuck, anggap ini bukan dia yang sebenar. Dia telah diracun. Ohhhh no~

Satu, dua dan tiga kuntum bunga ros. Tiga-tiga untuk awak. :) P/S : I love you.


Sayang, I've fall in love with you. Swear. 

  • Ramai perempuan org dah jumpa. Tapi takde yang boleh buat org jatuh cinta dalam 24 jam. Awk pakai apa ea? Haha. Awk satu-satunya perempuan yang buka jalan lebar-lebar untuk org terus naik highway ke hati awk. :) Betul, tak tipu. Nie bukan panah arjuna. Haha. 
  • Awk boleh jawab semua dengan betul pasal org walaupun baru kenal. Thats mean awk care pasal org kan? Ok, macam biasa. Lelaki selalu lupa benda-benda macam nie. Haha. Tapi yang penting org tak pernah lupakan awk. Almost 24-7 wondering you. :)
  • Awk suka tanya org macam-macam dan suka berceritakan? Keep on it. Org suka semua. Bukan semua tuh jer. Semua tentang awk. :)
  • Ada org bodoh pernah dengan awk. Siapa? Org yang datang sebelum org. Kenapa dia tinggalkan awk? You are perfect for me dear. Dan tahu bila masa org akan jadi manusia paling bodoh? Selepas tinggalkan awk. :)
  • Org seem macam suka kacau semua perempuan. Tapi I'll stop it. Kenapa? Sebab org dah jumpa awk. Awk lebih dari semua perempuan-perempuan tersebut. :)

Ok, stop it. Nanti semua unfollow blog aku. Haha. Tak kisah, sesekali menaip untuk insan istimewa. Siapa?
My baby, Siti Rohaya Ainiez binti Abdullah Najib. :) Hope our relationship will longer lasting. :) Doakan kami ya kawan-kawan. Thanks to KakiBLOGGER too. Dapat jodoh dekat sana. Haha.



P/S : Ok, aku admit. Banyak senyum dalam entry nie. Sebab aku tengah melayang-layang. Ada yang nak tolong turunkan? Perghhliss...


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Kisah Seorang Perokok dan Kotak Rokok Beliau.

|

Hari ini aku terpanggil untuk menulis pasal satu tajuk yang biasa kita dengar. Aku kurang pasti samada terpanggil ataupun dipanggil. Yang pasti ianya bukan memanggil pemanggil dengan panggilan ke Pulau Pemanggil. Ok, berhenti merepek sebentar. Aku akan menulis berkenaan rokok. Ya, rokok. Bukan berkenaan rocky mahupun choki-choki. Sebagai seorang perokok yang tegar, sudah pasti aku rasa macam tak selesa untuk menulis berkenaan dengan rokok. Ya, bukan separa pasti tidak selesa tetapi sudah pasti. Memang semua orang tahu bahayanya rokok bukan? Malangnya 50% kaum lelaki di Malaysia adalah perokok dan salah seorang daripadanya adalah aku. Yang sudah pasti, aku akan berhenti satu hari nanti. Cuma masanya belum pasti. Samada aku berhenti merokok ataupun merokok yang akan memberhentikan aku. Aku diberikan dua pilihan. Dan sudah tentu aku tidak mahukan pilihan yang kedua. Membiarkan rokok mengakhirkan hayat aku. 

Aku tak kisah kalau aku seorang sahaja yang menghidu asap berkimia tersebut tapi aku masih risaukan orang-orang sekeliling aku. Yang paling membuat aku risau adalah, asap rokok terlampau mudah mengancam kanak-kanak. Aku sayangkan kanak-kanak dan pastinya aku mahukan zuriat sendiri satu hari nanti. Rokok itu sendiri umpama 'racun'. Ya, aku tahu kesannya. Walaupun selama ini aku berkawan dengan 'racun' tetapi sudah pasti aku tidak mahukan zuriat aku di 'racun' oleh aku sendiri. Termenung jauh ketika menghabiskan ayat ini. 

Kita sendiri sudah tahu yang perokok pasif adalah orang yang terpaksa menghidu asap rokok dari perokok aktif yang berkeliaran di udara yang datang sendiri dari perokok aktif. Kepekatan bahan kimia di dalam asap yang disedut oleh perokok pasif adalah lebih pekat dari asap yang disedut oleh perokok aktif itu sendiri. Jadi? Tunggu apa lagi? Jadilah perokok aktif! Tidak, bukan menggalakkan. Sekadar gurauan. Kedua-duanya tiada kebaikan. Hanya mudarat yang menanti. Hidup korang akan lebih bermakna tanpa bahaya nikotin tersebut yang telah menjadi kawan baik aku selama lebih 8 tahun. Aku tahu aku telah memilih gaya hidup yang salah. Salah langkah sendiri yang membawa aku di dalam punca 'penyakit' tersebut. Kononnya, nampak cool atau macho bila merokok. Tuihh (bunyi ludah), aku tak pernah lagi jumpa perempuan yang kata lelaki merokok nampak cool atau macho. Tapi yang pasti kenapa aku merokok? Diri aku sendiri yang mahukannya. Bukan pengaruh rakan-rakan tetapi aku perlu persalahkan diri sendiri terlebih dahulu. 

Aku tak pernah salahkan rakan-rakan aku. Tolonglah jangan buat karangan seperti waktu di sekolah berkenaan pengaruh rakan sebaya. Aku tak pernah lagi terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya aku. Sebab lain? Hilangkan tension? Tidak sama sekali. Jangan nak menipu kalau kau merokok tension akan hilang. Aku tidak rasakan yang alasan sebegitu boleh diterima. Mula-mula mungkin boleh diterima kerana seronok melihat asap berkepul-kepul tetapi apabila sudah 'addict' sangat sedih melihat duit tak pernah dapat berkepuk-kepuk kerana hanya melihat asap sahaja berkepul-kepul. Semua boleh habis semata-mata untuk rokok. 

Peringatan : Harga sekotak rokok = Seekor ayam.

Merokok pada aku macam melompat masuk ke dalam sebuah perigi. Sangat mudah untuk masuk ke dalam tetapi untuk keluar sangat susah. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut? Janganlah masuk ke dalam perigi tersebut tetapi masuklah ke dalam Sunway Piramid ataupun City Square. Ibaratnya, tolonglah jangan cuba-cuba merokok kalau tidak tahu bagaimana 'addict' nya seorang perokok tegar dan bila anda tidak merokok sudah pasti banyak wang simpanan yang boleh dibelanjakan ke jalan yang betul tanpa pembaziran.  Jangan mulakan merokok. Itulah nasihat yang paling penting aku rasa untuk semua yang baru-baru belajar merokok. Sekian. Pesanan khidmat masyarakat dari seorang perokok tegar.


P/S : Entah bila nak berhenti pun tak pasti lagi. =="

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Tahun Baru Bakal Menjelma.

|

Pelepum, Pelepum. Bunyi bunga api.
Bangun awal pada pagi ini dan terpandang sebuah kalendar yang ada di atas meja solek didalam bilik aku. Tiba-tiba pandangan seakan-akan terpukau dengan kertas keras yang berbentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar permandangan diatasnya itu. Mataku tertumpu di perkataan bulan dan tahun iaitu 'Disember' dan juga '2010'. Jadi? Ya, sekarang sudah penghujung tahun 2010. Maknanya? Tahun depan umur aku sudah berganjak setahun lagi. Ya, masuk 20 tahun. Terasa masa berlalu dengan terlampau pantas. Ingin rasanya aku mengundurkan kembali masa yang telah ligat berputar. Tiada yang mampu kulakukan kerana aku tiada sebarang kuasa yang sepatutnya. Itulah sebab utama yang aku rasakan sebahagian manusia sibuk mencuba untuk membuat mesin masa seperti dalam cerita 'Back To The Future' dan juga projek 'Philipedia' bukan?
Bila hampir masuk tahun baru, sudah pastinya, tidak lama lagi kuliah untuk semester baru akan bermula. Baki setahun setengah lagi pembelajaran aku akan diteruskan. Waktu yang akan aku terima pelbagai ujian. Walaupun sukar, akan aku teruskan juga proses pembelajaran tersebut. Cuma yang kurang pasti apabila berbicara tentang kerjaya apabila lepas tamat proses pembelajaran tersebut. Sedikit gentar kerana kerjaya bukan perkara main-main kerana kerjaya itu sendiri bermaksud kerja untuk berjaya. Jadi? Macam mana nak berjaya dengan kerja? Lakukan bersungguh-sungguh? Ya, jawapan yang tepat. Jadi? Cuba lakukan bersungguh-sungguh walaupun engkau 'tidak' meminati kerjaya tersebut? Melakukan aktiviti yang dinamakan 'paksa diri' dan dipenuhi dengan tekanan semata-mata untuk membuatkan engkau berjaya dalam kerjaya tersebut? Mungkin boleh berjaya tapi sudah pasti komited itu semakin hari semakin pudar bukan? Jangan tipu diri sendiri kawan. Aku cuba untuk mencari minat didalam diri ini. Rasanya, aku sudah ada rancangan mengenai apa yang aku akan lakukan sebaik tamat pengajian ini. Dengan harapan kedua ibubapa akan memberikan sokongan.
Kurasakan minat amat penting dalam merealisasikan hasrat untuk berkerjaya. Bukan mudah, dan aku tidak mahu usaha aku kelak menjadi sia-sia. Melihat ramai rakan-rakan yang bekerja, sesekali terlintas juga niat untuk menghentikan pelajaran ditengah jalan semata-mata untuk bekerja. Tapi, aku takkan lakukan sesuatu yang bodoh. Ilmu didefinasikan dengan makna lain dan kejayaan akan didefinasikan dengan makna lain. Apa salahnya sekiranya kedua-dua aku cuba kecapi? Renungkan sejenak apa yang aku akan lakukan. Aku akan cuba lakukan yang terbaik. Itu azam aku untuk tahun baru yang bakal menjelma. Aku doakan rakan-rakan aku turut berjaya dalam bidang masing-masing.



P/S : Terasa masa semakin lama semakin ligat berputar.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Kenapa aku suka pakai lighter cricket?

|

Ok, post kali ini aku nak terangkan pasal sesuatu. Orang kata merokok tuh membahayakan kesihatan? Yeahhh, memang. Aku tahu. Jangan nak bebel panjang-panjang dekat aku okey. Sekarang aku nak mula bercerita nie. Diharap dapat diam dan dengarlah dengan taat. (*Macam khutbah Jumaat lah pula. -.-") Sebagai seorang perokok tegar, sudah pasti takkan lengkap namanya sebagai perokok tegar kalau hisap rokok tak pakai lighter kan? Kategori lighter nie banyak jenis. Jadi aku suka pakai lighter jenama Cricket. Bukan kayu yang orang buat pukul bola tuh tau. Tak tahu yang mana? Rujuk pada gambar.


Kenapa aku suka pakai lighter cricket?
  1. Senang dibawa ke mana-mana.
    Nama pun lighter. Kalau besar macam peti ais, siapa yang nak letak dalam pocket? Haha.
  2. Tak nampak gas didalamnya.
    Kenapa aku suka sebab nie? Sebabnnya bila gas habis, mulalah gelabah nak cari lighter. Surprise kononnya. Haha.
  3. Mudah hilang.
    Bila aku pakai lighter patern nie, senang gila lah nak hilang. Jarang dapat pakai sampai habis sebabnya, kawan-kawan aku pun pakai lighter jenama nie juga. Bila hilang sudah pasti susah nak jumpa balik. Tuh yang buat aku 'SUKA' sangat pakai lighter nie. -.-"
  4. Sekali petik jer dah menyala.
    NIe lagi special lighter nie, senang jer nak menyala kalau petik. Kadang-kadang, belum petik lagi dah menyala. (*Tuh aku tipu, jangan percaya.)
  5. Beraneka warna.
    Warna-warnanya yang menarik dan boleh ditukar-tukar sekiranya korang banyak lighter. Inilah yang selalu dilakukan oleh pencuri-pencuri lighter tegar. Tukar kepala lighter jer, owner dah tak kenal lighter dia. Bila curi lighter orang, rasa macam pencuri komponen kenderaan lah pula. Haha.
  6. Ada huruf 'C' di atas kepala lighter.
    Ouhh, nie sudah pasti membuat aku perasan tak ingat. Kenapa? Kan nama aku kan Chuck. 'C' tuh stand for Chuck. Faham? Jadi semua lighter tuh, aku yang punya lah. Hahaha.
  7. Api yang standard.
    Tidak macam sesetengah lighter yang boleh laras, sekejap jer dah rosak. Tapi lighter nie mempunyai api yang constant variable. Eh, api yang constant. Teringat lak kat subject physics masa sekolah dulu. Bila ada api yang constant, senang lah nak pakai tanpa terbakar bulu hidung mahupun rumah jiran sebelah.
  8. Mahal dari lighter biasa.
    Walaupun dia best, tapi harga dia mahal sikit. Tapi kenapa aku suka? Bila lighter aku hilang, secara automatic aku akan cuba merembat lighter orang terdekat. Dari sini, baru lah cabaran tuh muncul. Haha.
  9. Nama dia yang unik.
    Kenapa pula? Sebabnya, kan ke Cricket tuh nama permainan yang macam Softball tuh, ada ke patut letak nama dekat lighter. Macam mana lah pengasas dia dapat ilham ek? Haha.
Ok, cukup sudah 9 perkara berkenaan lighter kesayangan aku nieh. Haha. Nie betul-betul post orang takde kerja. Takpe-takpe, kalau nak baca teruskan yeah dan bagi yang belum follow tuh, jemput-jemput lah follow blog yang tak seberapa nie. Sekian, terima kasih.


 
P/S : Parah dah penyakit aku nie. Pasal lighter boleh buat entry. -.-"

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Demam dan Kekosongan. :)

|
Apa punya tajuk lah? Aku sakit ke? Takdelah. Takde kena mengena dengan sakit pun sebenarnya. Cerita ini bermula begini. Pada suatu petang yang hening, dalam kebosanan petang yang amat menusuk kalbu. Aku dengan roommate aku, Edel Tahkim telah pergi ke Plaza Alam Sentral. Untuk apa? Dengan tanpa sebarang misi, aku pun dengan muka bosan dan selamba lah jalan-jalan sahaja. Tiba-tiba teringat satu kedai CD Metal yang ada dekat sini. Ehmmm, sebelum ini aku memang dah fikir nak beli CD. Mak, duit tak cukup. L Macam mana nak beli kalau takde duit? Takpelah. Datang kedai CD Metal itu dengan niat nak tengok-tengok jek. Sampai kedai CD aku pun tanya lah abang yang jaga kedai tuh. “CD untuk Bullet For My Valentine yang baru ada?” Tanya aku. Abang tuh pun jawab, “Ada dik, banyak CD baru sampai nie”. Sambil tunjukkan CD-CD memang aku nak semua sekali. “Bang, kedai ini nak jual tak? Saya nak beli semua sekali”. Aku berkata dalam hati. Macam kaya nak tanya macam tu kat abang tu. Haha. Dia tunjukkan aku tiga CD yang memang baru sampai. Nightmare by Avenged Sevenfold, Fever by My Bullet For Valentine dan The Emptiness by Alesana. Nightmare aku taknak sebab kan aku dah ada. Aishhh, aku nak beli lah yang dua lagi tuh siot. Tapi akhir-akhir semester nie korang faham-faham lah yea. Mak aku pun dah bising. Asyik minta duit sahaja. -,- Takpe, as long aku tau ada CD tu jual dekat kedai tuh. Dengan hati hampa, aku pun pulang lah ke kolej kediaman aku. L
Setelah hampir melupakan peristiwa tersebut, tiba-tiba semalam aku lepak dekat rumah classmate aku, Elyas. Dengan niat nak study bersama kawan-kawan yang lain, Izwan Isyanni, Ahmad Taufiq, Edel Tahkim dan Elyas. Sesungguhnya memang lebih banyak peristiwa kacau-mengacau dari study dan study. Bayangkan study sambil tengok video-video yang pecah perut dekat Youtube, memag tak jadi apa lah kan.  -,- Dekat rumah dia memang ada wireless yang sangat pantas. Ok, kali ini pantasnya memang tak boleh persoalkan. Betul-betul pantas. Dengan link-link yang aku ada, aku cuba untuk mencari lagu-lagu yang aku nak. Mula-mula tak dapat. Ehmmm. Kesedihan mula terasa. Ok, jangan cepat putus asa. Aku try lagi. Dan kali ini? Yarhhhhh!!! Aku dapat 4 album apa? Ini lah tajuk sebenar posts ini, Fever (Demam) by Bullet For My Valentine dan The Emptiness (Kekosongan) by Alesana dan 2 lagi album dari Enter Shikari yang dicadangkan oleh Rashidi Othman. Metal memang membuatkan peminatnya menjadi tenang! Yarhhh. I loike. -,- Haha. Sambil menaip ini aku pun dengar lah lagu-lagu tersebut. Fucking great! 2 album baru dan aku dah dapat download 4 album tanpa mengeluarkan walaupun sepuluh sen pun. :D Cerita kali ini berakhir dengan happy ending. Suka, suka dan suka. J

Fever by Bullet For My Valentine
The Emptiness by Alesana

P/S : Mencari album-album baru kumpulan Metal lain. :D
Tak suka letak lagu metal dalam blog kerana pasti ada yang terganggu. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Kereta Saya. :D

|
Kereta Hijau dan Kuning?
Vroom vroom vroom.
Haha. Jadi budak kecil sekejap.
Main game Car Town. Aku tau, aku main tak lama punya.
Tak best pun tapi kereta dia kelakar doe.
Hahaha. Aku buat satu kereta macam kereta abang aku.
Smart + kelakar. Hahaha.
Suka, suka dan suka. Hahaha. :D

P/S : Main sekejap jek, pasnie malas nak main. :D 

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Satu Yang Telah Lepas. :)

|
Hey. Today rasa nak menaip. Kesejukan dalam hujan rintik-rintik yang membuatkan aku tertidur seketika bersama perut yang lapar selepas ambil paper final untuk CTU151 (Tamadun Islam). Bangun-bangun tidur terus menaip tanpa menghiraukan kelaparan yang sedang di alami. Haha. Next two day baru ada lagi satu paper. Cuma English paper jerk. Harap, aku boleh buat yang terbaik. Nak study pasal English? Memang aku tak tahu lah nak start dengan apa. Takkan nak baca Oxford 8th Edition aku? Apa pun tak jadi. Jadi? Sebagai kesimpulannya? Marilah kita berblogging dan lupakan final buat beberapa jam dan minit. Haha. Kan best kalau semua subjek macam tuh. Tak payah susah payah aku nak struggle. Rilek jerk boleh taip blog lagi. Hahaha. Peduli apa. Blog tuh best beb. (Apa yang best pun tak tahu. Bukan ramai yang nak baca pun.) Hahaha. Lantaklah, janji aku happy lepas dapat tulis apa yang aku suka. Blog aku, jadi pilihan terletak di tangan siapa? Kita dengar kata penonton. *Eh, macam program realiti pula. Hahaha. Mengarut lebih petang-petang nieh. Alhamdulillah aku dapat jawab paper CTU151 tadi. Tapi yang sedihnya satu soalan kecil aku tertinggal sebab tak cukup masa. Lepas nih, aku kena teruskan study pasal subjek-subjek yang lain. Takpe-takpe, kawan-kawan doakan aku yeah. Aku tahu ramai kawan sejati aku walaupun tak bersua muka. Rindu korang doe. Tak kira dari mana aku kenal korang tapi korang tetap yang terbaik. :) Aku sayang korang kawan-kawan!

P/S : Memang ligat menulis tadi. Kalau ada metal music lagi lah laju. Hahaha.


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Saya dan Teman Rapat Saya. (DotA) :)

|





Hey bloggers. Update lagi hari nie, rasa tercabar bila orang lain update tapi my blog still the same. Ada orang cakap my blog nieh macam tak kena? Kenapa? Layout bukan main ganas tapi cerita pasal cinta. Hahaha. Peduli apa, my blog is my heart. Forget that? Haha. Just feel free to write and apa-apa yang terlintas dalam fikiran aku akan dikeluarkan dengan kadar segera. Disebabkan final exam da dekat, jadi kepala nie tak boleh dibiarkan menanggung post-post yang tertangguh. Hahaha. Poyo gilaa. Seem macam blogger sejati jerk, tapi baru jerk dalam blog nieh kan. Feel happy bila tengok followers yang bertambah, walaupun sedikit demi sedikit tapi lama-lama jadi bukit. Bukit nak buat apa? Kalau boleh jual takpe juga. Haha.

Di petang yang hening nie melihat salji yang turun dengan lebatnya rasa macam rajin pula nak menaip blog kan. (Menipu, mana Malaysia ada salji. Haha.) Panas gila petang-petang macam gini. Tomorrow nak balik JB and hope it's will bring me happiness. Dah lama tak balik, apa lah khabar orang kampung. Hahaha. Esok I have 1 test for Spinning subject and Spinning always make my head become spin, sesuai sangat lah dengan nama subject tuh. Okay, malas nak mengarut and mencarut banyak. Haha. Back to post title.



Apa siot DotA? Dota ialah War Craft : Defend of the Ancient. Nama game lah kiranya, ada yang tak tahu dan terpaksa lah aku bagi description. Bagi yang tahu, abaikan jerklah. Mula-mula aku kenal game nie dari khabar angin dan my bro, Aiman Firdaus bagi lah game nie kat aku dan bila dah dapat game nieh memang aku tak tahu langsung main. Rupa-rupanya bukan aku sorang yang baru belajar main. Budak lelaki kelas aku semua tengah main juga benda nie. Hahaha. I'm not the only one. Bermula dari hari aku tahu dia orang main, aku try belajar dari diorang dan luckily, now I'm great and ada ranking dikalangan diorang. Hahaha. Jarang kalah dengan teruknya dan semestinya selalu menjadi juara. Haha. Macam mana main benda nie? Basicly, korang kena pilih satu hero dan beli barang-barang yang sesuai dengan character yang korang pilih. By that way, korang akan dapat speciality bila korang dapat siapkan barang-barang yang korang hajatkan dalam game nie. Bila semua sudah sempurna, mulalah misi bunuh membunuh dikalangan hero. Secara basicnya, bila korang bunuh banyak hero sudah pasti ranking korang dapat kat atas sekali kan? Nak jadi top mesti kena practice, sama juga macam hidup, 'Practice make perfect'. Tapi tak semua kot kita minat, macam mana nak practice. Haha. Masalah yang timbul bila seseorang bermain game nie ialah, dia orang akan lupa dunia luar dan dia orang nie termasuklah aku sekali. Sangat mengkhayalkan. Boleh bagi slogan 'My DotA is my drug.' Hahaha. Memang addict babe game nieh, tapi masa DULU takpe lagi. Sebab I don't have any special girlfriend and sesuai lah dengan nama game tuh, Dunia Orang Tanpa Awek (DotA). Hahaha. Mane ntah aku curi ayat tuh, tapi memang semua Dotarian pastinya akan tahu kot. Tapi yang menjadi masalahnya, Nur Nazira Omar nieh selalu mengganggu perjalanan DotA ku, saja cari pasal. =.= Hahaha. Dia tak tahu ke kekanda dia tengah berperang, jadi terima lah kenyataan yang orang addict DotA nie memang teruk. Hahaha. Tu, tak menakutkan sangat, korang tahu apa yang menakutkan? Yang menakutkan sekarang nieh, final dah dekat tapi banyak lagi challengers nak ajak fight DotA. Sebagai seorang anak jantan saya kenalah accept kan. Haha. Okay, just make my study and my game become balance. Hopefully, I can do that. Untuk orang-orang yang tengah bercinta, pastikan awek anda tahu . anda sedang berDotA, kalau tak mahu pula jadi perang besar. Hahaha. For Nazira Omar, I love my DotA, don't ever try to separate us. Hahaha. By the way, I love you too sayang, more than my DotA. J



P/S : Sebagai seorang Dotarian, saya sudah tak tahan. Tidur tak cukup! L Haihh.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

New Friend. :)

|
Hey. Lama dah tak update. Kali nieh nak share pasal phone aku yang sakit hari tuh. Sebelum nieh kan aku ada cerita pasal phone yang kena hantar kat Singapore sebab nak repair kan? Nak tunggu memang lama dan aku pun macam dah upset nak pakai phone tuh. Tapi aku sayang sangat dekat phone tuh. :( Nanti ada masa aku ambil kau eh sayang. I hope kalau takde aral melintang nanti aku akan ambil dia. Apa special phone nieh yang buat aku sayang sangat? 
Tak sempat nak ambil picture N96 aku walaupun dia dah banyak berjasa. :(
- Memory dia 16GB without memory card. Secara tak langsung senang aku nak transfer apa-apa file.
- Aku pakai memory card 8GB, jadi total nya 24GB. Huuuyooo. Hahaha.
- Camera 5MP. Aku suka yang ini.
- Boleh slide keatas dan kebawah. Double slide. Best tuh. Hahaha.
-  Dan yang terakhir dan yang paling penting ialah, Opera Mini. Untuk update di mana saja. Hahaha.

Lepas dah hantar phone aku ke hospital, aku terpaksa lah ke kedai phone untuk beli phone baru. Poket memang kering dah cari apa yang patut untuk diri sendiri. Budget aku memang bawah RM100. Act, memang kering gila. Tuh pun pakai duit mak aku. Hahaha. Nak tau aku beli phone apa dengan duit sebanyak tuh?


Jangan tanya doe apa model phone nieh. Aku pun tak tahu. Hahaha. Main beli jerk. Apa pun tak ada. Just colour screen and polyphonic. Semua basic jerk. Dah tak boleh ambil gambar. Pic kat update pun pakai mane-mane punya pic jerk. Isk3. Ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. (Terbalikkan peribahasa.) Hahaha.
Tiba-tiba, dalam seminggu aku pkai phone nie. Ada sorang kawan aku call bagi great deal untuk satu phone nieh. Phone apa?

Bersama phone baru. Hahaha.
Yarh. Ini dia, Sony Ericsson K800i. Hahaha. My friend give me great offer and I should grab it. Thanks Elyas. :D Free with 1GB memory card. Ok lah kan buat sementara. Tapi yang paling aku suka, ialah its CYBER-SHOT! Hahaha. Sebelum nieh aku pernah jugak pakai K810i, tak banyak beza function nye. Dan kalau boleh lepas nieh, tak nak pakai phone slide lagi. Ada kawan aku cakap aku macam perempuan kalau pakai phone slide. Hahaha. Aku rasa bukan itu masalah nya, tapi sebab aku nieh ganas sangat kalau pakai phone. Hahaha. Oklah kan pic tuh? Snap pakai webcam tapi apsal sibuk la pulak mamat yang pegang phone tuh. Mesti nak ada. Aku rasa lah kan, nie blog dia lah. Hahaha. Memang pun kan? Bengong. Hahaha. Hopefully, phone nieh tak bawak sebarang masalah. Aminn~

P/S : Kalau ada rezeki rasa nak pakai phone macam nieh jerk.
Rasanya belum release lagi dekat Malaysia.
N96 Rumor. :)



Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

You and Me.

|

Bila aku online, aku nampak engkau.
******* Friends online.
Aku nak tegur. Aku nak tegur. Aku nak tegur.
Lupakan niat kau tuh, Chuck. My heart talks.
Dia pun takkan layan kau macam dulu, Chuck.
Aku tulis dekat sini. Aku tahu dia takkan baca.
Last week dia ada share something to me.
Aku peduli apa? Time susah baru cari aku.
Tuhan tu adil. Karma memang ada. Dia dah kena apa yang aku kena.
Congratulation girls.
Kau cari aku? Nak buat apa?
Give me a small space for me. Stop being my shadow.
But, sometimes aku rindu dia juga. Tipulah kalau aku cakap takde langsung.
Aku yang kena giveup ke everytime?
My answer is NO. Pullstop.
Yang berlalu takkan datang kembali. Banyak kenangan yang kau tinggalkan.
Tapi aku cuma nak dia jadi macam dulu even bukan dengan aku sekalipun.
God, I wish YOU could change her back like yesterday.




'Sejahat-jahat seorang lelaki, dia tetap akan mencari seorang wanita yang baik'.



P/S : Just enjoy with my life now.



Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Long Way To Go. :)

|

Hey friends. Rasa macam nak menaip even sekarang nie aku tengah buat assignment. Bukan menaip untuk assignment, tetapi menaip untuk blog kesayangan saya ini. Blog yang menjadi tempat mencurahkan isi hati ini. Macam poyo lah pulak kan. Hahaha. Lantak lah korang nak kata apa. Tiba-tiba aku teringat pula dekat soalan yang orang selalu tanya. Aku rasa bukan aku seorang jerk, tapi most of the college or university student. Soalan yang selalu diajukan berbunyi begini.


Soalan 1 : Study dekat mana? Ambil course apa?
Jawapan : Aku study kat UiTM. Ambil course Diploma in Textile Technology. Faham?

Soalan 2 : Textile tuh apa? Kain ke?
Jawapan : Ye ye dan ye. Memang aku belajar kain. Kenapa? Korang ingat belajar kain nie senang? Haih. Under Applied Science Faculty jangan nak perasan lah kalau senang. Agak susah kerana memerlukan asas science yang tinggi. Bak kata lecturer aku dan slogan persatuan kami, Imagine the World Without Textile. Hahaha. Bulan-bulan puasa nie jangan imagine, nanti batal puasa. :D

Soalan 3 : Bila kau habis belajar?
Jawapan : Aku nieh ambil diploma. Sudah semestinya lah 3 tahun. Sekarang baru setahun setengah aku study dekat sini. Tak paham lagi? Kiralah sendiri. (Kalau setakat tanya, nak tunjuk hebat dengan mengatakan kau habis study lagi awal. Better tak payah.) Kadang-kadang ada soalan yang berbunyi macam kerek. Aku layankan jerk lah. Lame lagi beb nak habis tapi akan ku teruskan perjalanan ini. :D

Soalan 4 : Bila kau praktikal?
Jawapan : Aku punya course akan praktikal pada semester 6. Aku bukan macam budak Politeknik yang praktikal pada semester 3-4. Jadi korang pandai-pandai lah kira sendiri. Banyak sangat soalan macam gini dari budak-budak Politeknik yang aku kenal. Lambat lagi aku nak praktikal. Almost one year lagi. Aku tak macam korang lah kawan-kawan.


Pertama kali menggunakan warna hijau dalam blog aku untuk font walaupun hijau itu adalah favourite colour aku. Hahahaha. Ok lah. Malas nak membebel panjang-panjang sangat. Ops, kenapa tajuk post nie Long Way To Go? Sebab aku nak habis study lambat lagi. Jadi tuh la sebabnya. :)


P/S : Lambat ke cepat ke apa beza nya?
Ada masa lambat diperlukan dan ada masa cepat diperlukan.
Am I right? :

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Tugasan dan Ramadhan.

|

Waktu : Di petang Jumaat. Pada 2 Ramadhan. Selepas pulang sembahyang Jumaat.

Bermacam-macam bermain di fikiran. Penat dan puasa.
Assignment yang bertimbun-timbun and due date is next week.
Aku bukannya robot. Aku nak release tension by typing.
Aku pernah cakap kan? My blog is my heart.
My heart don't lie. :) Now, tengah dengar lagu yang someone dedicated kat aku.
Now, she's gone. Yang mana? Ntah la. Everyone gone. Everyone same.
Just sick of it and try face it slowly.
Me with myself and you with yourself. :)

1. Tugasan.
Baru-baru nieh aku diberikan tugasan. Tugasan apa?
Diberikan tugasan mendesign logo persatuan.
Textile Society of Applied Science. Persatuan course aku.
Design 1
Cam ada something tak kena? Aku pun tak pasti. Tapi aku suka design nieh. 
 (Memang lah, dah aku yang design.) Bagi lah comment kalau korang nak. Hopefully, korang nak.
Sekarang, jangan tanya picture sebab aku memang tak dapat nak upload.
Phone sangat sakit dan berada di Singapore Phone Hospital. :(



Yang nieh pulak macam mana bagi korang? Okey tak?
Nieh aku baru buat nieh. :D

2. Ramadhan.
Post pertama aku dalam bulan Ramadhan nieh, dan nak wish :
Selamat Berpuasa Kepada Semua Rakan-rakan. ;)
Aku harap belum terlambat. Lagipun, aku rasa dah wish awal-awal dah hari tuh. :) Rindu saat masa sekolah dulu masa form 1 - form 3. Bukan nak menceritakan keburukan. Tetapi sekadar berkongsi. Masa tuh, memang selalu lah aku ponteng puasa. Nak buat macam mana. Datang sekolah dengan niat yang baik, tiba-tiba member ajak keluar. Keluar dalam makna yang sama ialah ponteng separuh persekolahan.
Oklah, aku keluar lah. Selalu nya memang dalam keadaan puasa lagi masatuh.  Tapi korang tau diorang nieh bagi apa dekat aku? Selalu nya, sekotak rokok Winston 20's, sebotol air Coke botol besar dan makanan. Kadang-kadang macam nak pergi bercamping. Macam nak buat kenduri pun ada. Hahaha. Memang kelakar lah, maybe masa tuh tak tahan godaan kot. Lagipun, diorang punya setan, siap belanja lagi. Tinggal aku nak makan jerk. Hahaha.
Almost of the time lah aku rasa tak puasa masa zaman-zaman tuh. Tapi pengalaman mendewasakan kita, sejak aku hidup independent dekat hostel, since form 4. Aku dah boleh face dah dugaan-dugaan tuh. Hahaha. Takde hal lah nak puasa penuh. Insyaallah kalau takde aral melintang, puasa penuh lagi lah tahun nie. :) Puasa tahun nieh rasa macam ada yang kurang. Aku takde sorang kawan yang selalu dengan aku dulu.
Muhamad Alief Fahmey bin Yaacob. 
Kenang kau dalam doaku kawan. :'(







Miss kawan-kawan aku jugak. 







P/S : Dalam masa terdekat, aku takkan balik JB untuk berpuasa bersama.
Dah lama tak breaking off fast dengan kawan-kawan semua.
Hope 1 day we will in this month. :)


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

First Trip Of This Semester. :)

|

Hey friends. Hari nie aku baru sampai dari JB. Kampung halaman aku.
Bermacam-macam perasaan bercampur baur.
Aku pun tak sure aku tengah rasa apa nie.
Tapi for sure, tak penat sebab aku tidur jerk kerjanya masa dalam bas.
Lainlah kalau aku yang bawak bas. Tapi tak suka something.
Bas yang aku naik tuh double decker. Know what? 
Mula-mula dulu suka jugak. Tapi bila lama-lama, aku dah mula menyampah dengan bas double decker tuh. =.= Kenapa aku menyampah?
Bas double decker yang aku selalu naik mesti dilanda masalah begini :

- Lembab untuk sampai ke destinasi yang dituju. (Buang masa aku.)
- Air-cond nya selalu tak kuat. (Membazir aku bawak sweater.)
- Mahal dari yang biasa. (Sebab tuh malas nak balik selalu)
- Kalau dapat sit depan belah atas lagi memeningkan kepala. (Seperti yang aku dapat tadi.)

Lantak lah tuh sume. Yang penting aku dah selamat sampai. Alhamdulillah.

Balik JB, tak banyak benda yang aku buat. Spending most of my time dengan my bestfriend, Ajiem.
Story about graphic design and so on.
Ada rezeki, raya nie kitorang akan try buat printing clothing sendiri.
Dan maybe tak beli baju raya kot. Hahaha. 
Ikutkan rancangan, aku akan balik Pontian hari Sabtu, tapi tak 
jadi balik Pontian sebab banyak masalah yang dialami. 
Memang mengusutkan dan aku terpaksa menge'pau' mak aku, almost RM200. =.=
For what? Nie lah semua yang aku terpaksa pau :

- New contact lense (Blicon) RM70
- New phone (Samsung) RM90
- Bus Ticket (Balik Shah Alam) RM40

Ada sedikit berita yang tidak menyenangkan untuk diri aku.
Phone rosak and need almost RM200 for fix it.
Tuh la pasal aku kena pakai phone murah dulu. Poket kering kontang. -_-"
Dan takdelah picture baru dalam blog aku nie. :(

To Arine Romano : Keep strong yarh. Hahaha. Beliau terpaksa mengupdate blog beliau setelah dipaksa oleh aku. Hahaha. Takpelah kan. U banyak masa terluang daripada pergi tengok konsert Faizal Tahir kat Shah Alam tuh kan? And for sure I nampak bas INSTEDT tadi. Hahaha. 

P/S : Pasnie memang takde masa nak balik JB lagi.Cuti raya baru balik. 
Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan diucapkan kepada semua bloggers. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

A Journey of Me.

|

Nothing important. Just me and my sucks self. Tomorrow is Friday. The day that aku boleh balik JB. So long tak balik. Takde mase and life start busy. Bila duduk tempat orang dan terus merantau, macam gini lah yang selalu jadi. Takpe, just sometimes rasa lonely. Just my lappy menjadi penglipur lara. Hahaha. Such a sad and sucks stories. Hahaha. Missing my friends and my family. Esok tiket pukul 9 pagi. Rasa macam awal sangat. Xpelah, lagipun aku takde kelas esok. Jadi take decision nak balik awal lah kan. Buat apa wasting time dekat Shah Alam nie. Dah naik bosan and tak tahu nak buat apa. (Macam lah balik JB tahu nak buat apa.) Hahaha. Takpe lah. Balik JB and leave all my problem here. Too many assignment and tak putus-putus. Penat gilaaa doh. =.= Jadi kesimpulannya? Balik JB dan release my stress. :D Sekarang dah takde idea nak buat banyak-banyak post. Dulu, kalau kucing berak depan rumah aku pun nak buat post. Hahaha. Xpelah, janji ada jugak updated dari aku kan. Farewell Shah Alam.

P/S : Doakan perjalanan sahabatmu ini.
Chuck Hustler.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

My Study Table. :)

|
Hye friends, blog update again. :)
Nak memperkenalkan study table aku kat korang.
Tuh pon nak cerita ke? =.=" Aku punya pasal lah. Hahaha.
Nak baca, baca. Kalau tak nak get lost now. :D

Specification untuk study table aku :
Ada dua tingkat dan penuh dengan barang-barang.
Tingkat atas untuk barang-barang dan bawah untuk study stuff.
Love all my stuff. :)
Specially for Wax and Clay by Gatsby. :)

Picture 1 : Tingkat atas yang banyak barang. For sure, aku punya. (Bukan girls punya oke.) =.=
Selain tuh, ada tiga orang player favourite aku iaitu :
Michael Ballack, Fernando Torress dan Frank Lampard. :)

Picture 2 : Tingkat bawah yang penuh dengan buku-buku dan tempat laptop aku.
Tingkat bawah yang selalunya bersepah sebab selalu rushing nak ambil barang untuk pergi kelas.
 Tapi sebab nak snap, kenalah kemas. Hahaha.
Nampak tak air kotak Yeo's Teh Bunga tuh? Yang sebenarnya, tuh la ashtray cigarette aku. Hahaha.

P/S : Sunday yang sangat free. Jadi, boleh update blog walaupun takde cerita. Hahaha.
Lagi1, jangan pertikaikan barang-barang aku. =.=

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Hello and Goodbye.

|


I wish I could be perfect to everybody.
Even my friends or anyone else. 
I just keep fucking really tired being like this.
Just asking some sincere from who that are really mean it.
Not just say about it, but meant it!
I'm want to be her favourite hello and
her hardest goodbye.
Please don't ask me who is her.
Just keep it on your mind and think about that.


P/S : Very tired to keep care about all people hearts. How about me?
Inside, I'm died. 

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Bad Habit.

|

Hey friends. Lets talk about my bad habit right now. Even, aku nieh tak pernah ambil alcohol or taking any drug. Tapi aku baru perasan something pasal aku. So hard nak stop it. Macam-macam cara dah aku try. But... Still same. Its all about legal thing, then kalo aku try macam mane skali pon. Aku still jumpa org yg ambil nie sume. Jeles lah doee. Dah tuh, macam mane nak berhenti. Hahaha. Mmg lah macam xde pape, tapi aku tahu yg benda nie akan bagi kesan yang buruk untuk aku for a long term. Whats? Its all about two of my favourite things. Which is, cigarette and nescafe. Sigh~ Rasa macam I got a different feeling when taking both of this thing. Huh. Kebiasaannya, aku akan cari dua benda nie for my breakfast. Makanan xde pon xpe. But, ada dua benda nie, segar dah aku pagi-pagi. Haiiihhhh. Stop lah gilaaa! Sampai bila doe nak macam nie. Not good for my health. And macam yang kt pic tuh. Its will kill me slowly. =.=" I will try too stop lah dalam masa terdekat. Xberhenti satu, satu lagi pon xpe lah kan. Any tips? Share lah with me kawan-kawan. I'm addicted. =.=" Nanti kalau aku nak ade wife pon, aku xnak wife aku terdedah ngan my smoking smoke. dangerous to others too. Haihh. Tapi yg jadi masalahnya, Winston nie memang dah jadi kawan baik aku dah hari-hari. Xde dia macam tak lengkap lah kan. Tak lame lagi aku kena lah ucapkan selamat tinggal kat dia. I'm trying and trying. I wish it will be stop!









P/S : Haihh. Sangap tengok gambar nieh. =.="

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Semalam Yang Hangat. :D

|
Ok-ok. Hari nie nak menaip pulak rase sebab kelas pown da xde utk sekarang smpai Monday nnti. Ehmm. Really bored. Bila hari-hari minggu macam nie semua yang rumah dekat-dekat dah balik. Tinggal lah aku sorang. Xpelah, nak buat macam mane kan. Boring pun boring lah. Janji aku happy. Hahaha. Untuk this morning, thanks to Arine Romano yang berjaya mengejutkan aku dengan sekali misscall dan satu message. Rekod paling baik setakat ini untuk aku bangun. Hahaha. Rekod paling buruk ialah, dua misscall dan dua message, tapi x bangun-bangun. Hahaha. Keep your work untuk kejutkan I Arine Romano! Hahaha.
Post kali nie nak citer pasal ape ea? Boring doe. Xpe-xpe. Jangan bebel panjang-panjang nanti orang x nak bace. Hahaha.



Semalam, kelas aku dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 5.00 Petang. Masa last class semalam, mmg bosan gile! Dan dalam keadaan bosan tuh, member sebelah aku iaitu, Izwan Isyanni (Bukan nama sebenar) ade melukis sesuatu. aku pon, ape lagi, snap lah. Hahaha. Nie lah hasil lukisan beliau.


Hahaha. Aku pown xpaham ape dia lukis. Tapi nie lah hasil kerja org bosan. dan bila bosan, aku pown xterkecuali lah nak buat bende ngarut-ngarut. Timbul idea nak buat origami. Jadi nie lah hasilnya. Hahaha.
Roket untuk pergi ke bulan. Hahaha. Pentol seyh aku nieh. Hahahahaha! Tapi, at the end of the class, ade something interesting lah yg aku belajar. Nie dia yg aku belajar. Pakai software weave-point. Terus segar bijik mate aku. Mane x nya, macam best jerk kan. Hahaha.
Hahaha. Menarik-menarik! Name aku tuh. CHUCK! Hahaha. Sedar xsedar, jam dah nak pukul 5. Jadi kelas pon tamat. Wahhhh, really tired beb. Pastuh, sampai-sampai jerk bilik, member aku dgan selamba ajak main Badminton. WTF? Hahaha. Aku pun malas lah. Dah penat gila. Nak bagi aku mati ea? Hahaha. Pastuh, sedar xsedar aku pon tertido di kala maghrib. Tiba-tiba, classmate aku lagi sorg pulak call ajak main Futsal. =.= Nak xnak, terpaksa lah aku pergi ke gelanggang futsal untuk bermain futsal tanpa menghiraukan kelas aku pada malam tersebut. Hahaha. Masa main siap ade import pemain lagi. Xtau lah, org ape. But aku rase Nigeria or Africa kot. Power doe dia nie. Siap pakai baju Iniesta lagi. Hahaha. Thats is the end of my day semalam. Thats all. Hahaha.

P/S : Dah lama xbalik JB, rindu seyh. Uwaaaa!

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Wednesday Morning. ;)

|





Hari ini seperti tak biasa. Takde kelas in the early of the morning. Dalam kesamaran waktu pagi yang hening bersama kabus-kabus pagi. (Aku tipu. Mane Shah Alam ade kabus. Asap banyak lah. Hahaha). Rasa macam nak sambung tidur, tibe-tibe dapat satu text dari Arine Romano for morning wishes. =.= Dia macam mencabar aku utk bangun pagi. Hahaha. Ok then, aku bangun lah. Kalo x, habis aku kena kutuk dalam blog dia. Hahaha. Teringat something, cam nak dengar lagu lak pagi nie. Bukak and bukak and akhirnya aku stop kt satu lagu. Lagu ape? Lagu hari raya kot. Hahaha. Bukan lah. One of the favourite song aku. Yg same jugak ngan Mia Brownishh punye favourite song satu ketika dahulu which is

Aerosmith–Dont Wanna Miss A Thing

dan pada masa yang sama aku pon dengarlah lagu

Mayday Parade–I Swear This Time I Mean It. 

(Aku tipu lagi, mana boleh dengar dua lagu dalam masa yang sama). Hahaha. Sejak bila ntah aku pandai nak berjiwang-jiwang pown aku xtahu. (Padahal, banyak gile post jiwang-jiwang.) Hahaha. Start my day with a big smile. ;D Org kate senyum pagi-pagi akan buat hari kita jadi ceria. Of course lah aku nak hari aku ceria. ;D Oleh kerana aku nak dengar lagu, aku pown bukak lah laptop aku yg baru aku design sendiri. Hahaha. Ape bende nie tengkorak-tengkorak? Search la kat Youtube.  Kawan-kawan aku lah nie ajar aku minat motorcross. Dah aku pown terlibat sama. ;D Smart lah doe dak-dak Rockstar and Metal Mulisha nieh. ;D Tapi member bilik aku pernah berkata. ‘Kalau Mat Salleh Nampak lappy nie ko nie, dia buat tunggang kt track motorcross diorg. Hahaha. WTF? Peduli ape aku. Aku nyer interest lah katakan. Tapi satu fault dalam pic nie. Cuba korang cari. Hahaha. Pink love bed sheet??? Mak aku yang pilih lah design nie. =.= Pakai jerk la. Amek berkat mak bagi. Lappy dah ganas tapi sampai kat bed sheet hancuss. Hahaha. Ok-ok, class hari nie just pukul 4 until 6 p.m. and malam nanti ada perjumpaan dengan pengetua college. Fucking bored. =.=

P/S : TWITCH AND SCUMMY REALLY COOL!
METAL MULISHA ROCKSTAR MOTORCROSSER

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker