Rakan-rakan Blog

Showing posts with label L200. Show all posts
Showing posts with label L200. Show all posts

Moderno Family 5th Anniversary Mega Gathering

|
Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca blog ini.

Alhamdulillah diberikan kesihatan dan keupayaan untuk kita bertemu lagi di post ini.

Untuk kali ini, saya akan bercerita mengenai event Moderno Family 5th Anniversary Mega Gathering. Untuk pengetahuan pembaca, gathering ini adalah gathering tahunan terbesar untuk pemilik-pemilik Perodua Kancil yang menggunakan bodypart Daihatsu Mira Moderno. Ataupun terdapat juga yang bukan Perodua Kancil tapi sememangnya original Daihatsu Mira Moderno yang diimport dari Jepun. Kali ini, MFE yang diketuai oleh Along Ragut telah menjadi tuan rumah yang bertempat di Cherating, Pahang.

Pada kebiasaannya jentera Moderno seluruh Malaysia akan datang pada event ini. Tahun ni ada sedikit kelainan kerana ada 2 buah Moderno dua pintu dari MFJ dibelanja di event ini. 

Untuk pengetahuan pembaca, gathering ini telah diadakan untuk kali yang kelima, gathering yang sebelumnya telah diadakan di :




  • 1st Anniversary : Air Papan, Mersing, Johor
  • 2nd Anniversary : Bazar Karat, Pasir Gudang, Johor
  • 3rd Anniversary : Port Dickson, Negeri Sembilan
  • 4th Anniversary : Teluk Batik, Perak
  • 5th Anniversary  : Cherating, Pahang

  • Di event ini juga terdapat event sukaneka antara region, antara yang dipertandingkan ialah Lompat Dalam Guni, Lari Berpasangan, Tiup Belon Sampai Pecah dan akhir sekali yang menjadi tradisi tahun bertahun adalah Tarik Tali. Kiranya siapa yang menang acara Tarik Tali ni kira champion antara region lah! Haha! Event-event anniversary Moderno Family ini boleh dikatakan santai. InsyaAllah kebanyakannya semua adalah ramah-ramah belaka. Konsep family atau keluarga tu memang dapat dirasakan bila bersama.

    Untuk event kali ini, tidak kurang ramai yang turut menyertai. Nampaknya ada juga pertambahan bilangan ahli. InsyaAllah Moderno Family akan terus berkembang di masa akan datang.

    Tahniah kepada  Aloong Ragut (MFE) yang menjadi tuan rumah untuk kali ini. Tahniah juga kepada Pak Lah (MFN), Crony Storage aka Botak (MFCR), Abg Lan (MFJ), Along Tarosan (MFJ), Safwan (MFN9) dan Abg Mus (MFM) dengan kejayaan event ini. InsyaAllah tahun depan Mega Gathering ini akan diteruskan. Dengar khabarnya kembali ke Johor? Balik kampung lah nampaknya! Haha! Apa-apapun, mari layan gambar kemeriahan sepanjang event.
















    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Moderno Family 4th Anniversary Mega Gathering

    |

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah diberikan keizinan Allah untuk menulis buat kali ini. Bertemu kembali kita di blog ini.

    Sekian lama terbiar tanpa sebarang update, kali ini bertemu lagi kita bersama dengan Moderno Family 4th Anniversary Mega Gathering. Kali ini bertempat di Teluk Intan, Perak.

    Bagi pejuang-pejuang K-Car, nama Moderno Family semestinya tidak asing kerana mempunyai ahli yang boleh dikatakan ramai di seluruh Malaysia dan Anniversary Gathering ini telah dibuat untuk kali yang keempat. Untuk makluman :

    • 1st Anniversary : Air Papan, Mersing, Johor
    • 2nd Anniversary : Bazar Karat, Pasir Gudang, Johor
    • 3rd Anniversary : Port Dickson, Negeri Sembilan
    • 4th Anniversary : Teluk Batik, Perak

    Tujuan aktiviti Anniversary Gath ini adalah untuk pejuang-pejuang bodypart dari L200 Moderno untuk sama-sama berkumpul dan dalam masa yang sama berkongsi minat diantara satu dengan yang lain. Selain itu turut merapatkan ukhuwah yang sedia terbina di antara kami dan juga belajar mengenai sesuatu yang baru didalam dunia K-Car itu sendiri.

    Alhamdulillah, semakin hari semakin hangat penerimaan bodypart L200 Moderno dikalangan rakyat Malaysia khususnya kepada pemilik-pemilik kancil. Tahniah kepada ketua-ketua region ataupun cip dari serata Malaysia kerana berjaya membawa nama Moderno dikenali di serata Malaysia.


    Tahniah kepada Pak Lah (MFN), Aloong Ragut (MFE), Crony Storage aka Botak (MFCR), Roslan Hussein (MFRH), Abg Lan (MFJ), Along Tarosan (MFJ), Safwan (MFN9) dan Abg Mus (MFM) dengan kejayaan event ini. InsyaAllah tahun depan Mega Gathering ini akan diteruskan.

    Jom kita layan gambar kemeriahan event ini! :D

    Perjalanan Menuju ke Teluk Batik

    Pertandingan Tarik Tali
    Pertandingan Bawa Bola Ping Pong Guna Sudu
    Pertandingan Kepit Kelapa

    Gambar Kenangan Selepas Sukaneka

    Red Carpet Event

    Selesai Red Carpet dan Semua Berkumpul Secara Rambang

    Selesai Red Carpet dan Semua Berkumpul Secara Rambang


    Sesi Menyusun Warna "Putih"

    Sesi Mengumpul Warna "Hijau"

    Sesi Mengumpul Warna "Hitam dan Kelabu"

    Sesi Mengumpul Warna "Merah"

    Sesi Mengumpul Warna "Biru"

    Sesi Mengumpul Warna "Biru"

    Sesi Mengumpul Warna "Kuning"

    Sesi Mengumpul Warna "Kuning"

    Sesi Mengumpul Warna "Oren"

    Sesi Mengumpul Warna "Ungu"
    Ahli Moderno Family Seluruh Malaysia

    Apa-apa pun, event ini memang meriah dan happening. Kepada pemilik Perodua Kancil, marilah sertai kami di Moderno Family. Dan kepada semua yang mengambil bahagian, tahniah diucapkan. InsyaAllah bertemu lagi kita pada event yang akan datang. Semoga semuanya dipermudahkan. Dengar khabarnya di Pantai Timur? Betul atau tidak, sama-sama kita nantikan.



    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Moderno Family 3rd Anniversary Mega Gathering

    |
    Salam.

    Setelah sekian lama blog ini terbiar dan bersawang, tiba-tiba hari ini teringin nak menulis sesuatu. Entry kali ini berkisar tentang peminat-peminat kereta kecil atau nama glamournya sebagai K-car. K-car adalah dari singkatan perkataan Kompak Car.

    Berbalik kepada tajuk entry di atas, saya yang merupakan salah seorang peminat JDM (Japan Domestic Market) telah pun terjebak dengan kegiatan convert mengkonvertkan kereta Kancil 850 saya kepada Moderno L200. Walaupun banyak juga pilihan lain untuk convert tapi saya tetap dengan jiwa untuk memilih Moderno L200.

    Moderno adalah sebuah nama yang tidak asing lagi dalam arena JDM. Pada permulaannya agak lambat untuk saya teracun kerana kurang kenalan yang layan JDM tetapi akhir sekali kecundang juga. Hehe. Cuma baru nak mula, jadi dikalangan mereka saya ni kira newbie lah. Hehe.

    Untuk pengetahuan, Perodua Kancil mempunyai pelbagai version di Jepun. Contohnya seperti L200S, L200 telur, L500, L512, RV4 dan berbagai lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh lah google ye ataupun tinggalkan komen anda di kotak komen, InsyaAllah sekiranya saya berkesempatan saya akan cuba jawab. Dan jika ada di kesempatan lain saya akan cuba huraikan mengenai perbezaan model-model ini.

    Contoh Logo Moderno Family

    Moderno Family merupakan salah satu kelab yang mengumpulkan peminat Moderno L200. Rasanya kelab ni antara kelab terbesar didalam Malaysia yang terbahagi kepada beberapa bahagian contohnya Moderno Family Central, Moderno Family Johor, Moderno Family N9, Moderno Family Eastern dan berbagai wakil lagi yang mungkin saya tertinggal.

    Malas sembang banyak, marilah kita sama-sama layan gambar disepanjang event Mega Gathering Moderno Family sempena menyambut Anniversary yang ketiga di Port Dickson.

    Kredit to Cuceng Moneno. Pinjam pic ye. :P













    Apapun, semua ahli-ahli Moderno ni sempoi semuanya. InsyaAllah, bertemu lagi kita di gathering akan datang. Dengar khabarnya area Utara tanah air. Betul atau tidak, sama-sama kita nantikan. Hehe.


    P/S : Mula-mula taknak layan, tapi dah mula jadi penyakit lah nampaknya. Kakaka.


    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Photobucket
    Protected by Copyscape Unique Content Checker