Rakan-rakan Blog

Showing posts with label Moderno Family. Show all posts
Showing posts with label Moderno Family. Show all posts

Episod 15 : Projek Memasang Ketam Moderno (D.I.Y)

|
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini,

Untuk post kali ini, saya akan terangkan sedikit proses yang telah dilalui kereta Mira jadian saya. Untuk kali ini, saya telah memasang fog lamp Daihatsu atau lebih dikenali sebagai Ketam D di kalangan pejuang-pejuang K-car seantero Malaysia.

Peralatan yang anda diperlukan :

1) Foglamp Wiring Harness. (Boleh dibeli di Lazada dalam lingkungan bawah RM40)
2) Braket Ketam (Jika ada yang original terus pasang atau jika tiada boleh gunakan yang custom punya)
3) Stokin Ketam (Fiber atau original tak menjadi masalah)
4) Suis (Atau jika tidak mahu tukar suis, boleh gunakan suis sedia asal yang disediakan bersama Wiring Harness)
5) Drill atau cutter (Untuk memotong bumper)

Sebelum memasang ketam

Untuk langkah pertama,

Buka bumper anda dan perhatikan dibelakang bumper. Terdapat garisan yang tidak terlampau bulat dan agak sedikit membujur. Jika tidak jelas, basuh dulu bumper anda. Untuk pengetahuan anda, ini adalah marking yang dibuat di kilang untuk memasang foglamp. Dan marking ini akan terlanggar sedikit line di bumper sebelah bawah. Jadi, mana-mana yang telah memasang ketam tanpa melanggar line ini, maknanya ketam anda berada di posisi yang salah.

Drill di sekeliling lubang tersebut sehingga putus dan boleh dicabut. (Pastikan anda drill kecil sedikit dari lubang tersebut.)
Terdapat line halus di belakang bumper
Untuk langkah kedua,

Pasangkan braket mengikut tapak di body kereta seperti ini. Contoh body yang tidak berapa cun lebih baik menggunakan braket custom kerana kedudukan ketam boleh diubah mengikut kesusaian. Braket custom bukanlah braket yang saya buat sendiri. Tetapi braket yang dibuat menggunakan laser cutting. Boleh dibeli di sesetengah seller di FB. Untuk braket original jika body anda tidak cantik, agak susah nak diadjust kerana kedudukan braket telah fix.

Sediakan skru 10 dan nut 10 untuk mengikat braket ketam. Tidak perlu untuk drill lubang baru kerana terdapat lubang sedia ada di body untuk memasang ketam. Sekiranya lubang tidak sesuai disebabkan body tidak cantik dan tidak fit di ketam anda, drill lubang baru untuk tujuan memasang braket.

Kedudukan braket ketam.

Langkah ketiga,

Lakukan wiring dahulu kerana pada masa ini, lebih mudah untuk melakukan wiring kerana jika anda pasang dahulu nanti untuk masa akan datang anda perlu membuka bumper sekali lagi untuk proses wiring.

Saya menggunakan wiring yang dibeli di Lazada. Caranya cukup mudah dan pastinya lebih selamat dari yang menggunakan wiring harness DIY. Konsepnya tetap memakai relay, tapi cuba bagitahu saya wire yang sesuai untuk digunakan? Pastinya tak ramai yang tahu. Jadi seeloknya gunakan wiring yang memang direka khas untuk tujuan ini. Saya terlupa untuk ambil gambar caranya, tapi saya sediakan sekali diagram untuk memasang wiring tersebut. Laluan untuk wiring boleh dipilih samada melalui fender ataupun melalui jalan computer box.

Universal Wiring Harness yang dibeli di Lazada
Diagram untuk memasang ketam

Langkah ke empat,

Setelah selesai melakukan wiring, beli dulu air sirap untuk menghilangkan dahaga. Haha. Memang penat nak buat wiring ni. Tapi berbaloi dengan usaha sendiri. Selepas itu, pasang mentol di ketam. Ataupun jika mentol anda terbakar anda boleh tukarkan kepada mentol lain. Mentol ketam adalah mentol jenis H3, boleh didapati di Lazada, kedai accesories dan DIY. Gunakan jenis halogen, kerana jenis LED agak malap. Jangan tersalah beli. Kalau ada modal lebih boleh gunakan jenis HID dan ballast. Seterusnya fittingkan ketam di body kereta anda, kemudiannya pasangkan bumper dan stokin dihadapan.

Jangan tersalah pasang stokin kerana nanti ketam anda akan nampak juling. Hahaha.

Mentol H3 untuk Ketam

Contoh ketam juling. Hahaha

Kedudukan stokin yang sepatutnya
Langkah ke lima,

Pastikan anda telah membuat grounding yang betul untuk mentol anda, sekiranya grounding anda salah ketam anda tidak akan menyala. Dan untuk peringatan, pastikan tiada kebocoran di getah penutup ketam kerana jika ada kebocoran, ketam anda akan berwap.

Langkah ke enam,

Bawa kereta anda di keliling taman anda dengan hidung kembang kerana dengan hasil usaha anda sendiri, anda telah berjaya memasang ketam anda sendiri. Tahniah. Haha.


Kos untuk memasang ketam :

Ketam Daihatsu - RM500 (Deng Global , Langat)
Braket Ketam - RM70 (Nuar Garage, Bukit Rawang Jaya)
Wiring - RM40 (Lazada)
Stokin Moderno Original - RM200 (Epul Garage, Klang)
Mentol H3 - RM15 (DIY)
Upah Wiring - PERCUMA!

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Moderno Family 5th Anniversary Mega Gathering

|
Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca blog ini.

Alhamdulillah diberikan kesihatan dan keupayaan untuk kita bertemu lagi di post ini.

Untuk kali ini, saya akan bercerita mengenai event Moderno Family 5th Anniversary Mega Gathering. Untuk pengetahuan pembaca, gathering ini adalah gathering tahunan terbesar untuk pemilik-pemilik Perodua Kancil yang menggunakan bodypart Daihatsu Mira Moderno. Ataupun terdapat juga yang bukan Perodua Kancil tapi sememangnya original Daihatsu Mira Moderno yang diimport dari Jepun. Kali ini, MFE yang diketuai oleh Along Ragut telah menjadi tuan rumah yang bertempat di Cherating, Pahang.

Pada kebiasaannya jentera Moderno seluruh Malaysia akan datang pada event ini. Tahun ni ada sedikit kelainan kerana ada 2 buah Moderno dua pintu dari MFJ dibelanja di event ini. 

Untuk pengetahuan pembaca, gathering ini telah diadakan untuk kali yang kelima, gathering yang sebelumnya telah diadakan di :




  • 1st Anniversary : Air Papan, Mersing, Johor
  • 2nd Anniversary : Bazar Karat, Pasir Gudang, Johor
  • 3rd Anniversary : Port Dickson, Negeri Sembilan
  • 4th Anniversary : Teluk Batik, Perak
  • 5th Anniversary  : Cherating, Pahang

  • Di event ini juga terdapat event sukaneka antara region, antara yang dipertandingkan ialah Lompat Dalam Guni, Lari Berpasangan, Tiup Belon Sampai Pecah dan akhir sekali yang menjadi tradisi tahun bertahun adalah Tarik Tali. Kiranya siapa yang menang acara Tarik Tali ni kira champion antara region lah! Haha! Event-event anniversary Moderno Family ini boleh dikatakan santai. InsyaAllah kebanyakannya semua adalah ramah-ramah belaka. Konsep family atau keluarga tu memang dapat dirasakan bila bersama.

    Untuk event kali ini, tidak kurang ramai yang turut menyertai. Nampaknya ada juga pertambahan bilangan ahli. InsyaAllah Moderno Family akan terus berkembang di masa akan datang.

    Tahniah kepada  Aloong Ragut (MFE) yang menjadi tuan rumah untuk kali ini. Tahniah juga kepada Pak Lah (MFN), Crony Storage aka Botak (MFCR), Abg Lan (MFJ), Along Tarosan (MFJ), Safwan (MFN9) dan Abg Mus (MFM) dengan kejayaan event ini. InsyaAllah tahun depan Mega Gathering ini akan diteruskan. Dengar khabarnya kembali ke Johor? Balik kampung lah nampaknya! Haha! Apa-apapun, mari layan gambar kemeriahan sepanjang event.
















    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Episod 14 : Projek Memikat Lampu Ketam Moderno

    |
    Salam, untuk episod ini akan berkisar mengenai Lampu Ketam Moderno. Apa itu lampu ketam? Dalam bahasa englishnya adalah Fog lamp atau melayunya adalah Lampu kabus.

    Untuk pengetahuan, lampu ketam ini bukan sportlight dan tak seterang sportlight. Lampu ini digunakan di Jepun untuk tujuan keselamatan sekiranya dalam cuaca yang berkabus.

    Lampu ketam juga terdapat dalam beberapa jenis, untuk Moderno dipanggil sebagai Lampu Ketam D (D adalah disebabkan cop logo Daihatsu). Ada juga lampu ketam yang dicustom sendiri. Selain itu, untuk pilihan lain juga boleh menggunakan Lampu Ketam TOP. Bentuknya seakan sama, cuma cop di kantanya berbeza. (Tapi ni dah kira custom lah ye. Sebab bukan model Daihatsu. Hehe.)

    Lampu ketam juga biasanya datang bersama dgn body L2s (L2s punya agak berbeza dari segi lense), RV4 (Berbeza tapak dan stokin) dan Mira J (Sama seperti Moderno).

    Biasanya ketam Moderno akan hadir bersama bracket, cover getah dan stokin. Stokin adalah istilah getah hitam yang berada disekeliling ketam tersebut yang dilekatkan di bumper.

    Saya telah memperoleh ketam yang cemerlang dari saudara Saharuddin Harun setelah proses meracun berkali-kali dijalankan oleh beliau. Asalnya tak nak guna pun ketam ni, tapi kenangkan harga yang munasabah dan lense yang cemerlang rugi plak kalau tak ambil! Terpaksa lah bekorban sikit. Kakaka.

    Biasanya ketam yang datang dari tong halfcut kebanyakannya ada kesan batu seakan-akan bintik-bintik pada lensenya (stone chipping). Jadi kalau nak beli, pastikan check barang dengan teliti dulu.

    Saya dapat ketam sahaja dan saya perlukan beberapa barang untuk menyempurnakan ketam ini. Antaranya, wiring ketam, stokin, bracket, cover getah dan mentol. Dah siap nanti kita sambung ke proses pasang memasang ye! Jumpa lagi! :D

    Lampu Ketam Moderno - RM500 (Deng Global, Langat)

    Ketam Saya Yang Bawah Ye. (Yang Atas Contoh Yang Complete)




    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Episod 13 : Pemburuan Doortrim Opti

    |
    Salam, bertemu lagi kita. Lama rasanya tak menulis pasal progress Mira Moderno saya kan? Ya, progress ini masih belum tamat. Akhirnya salah satu pemburuan saya membuahkan hasil.

    Untuk kali ini, saya ceritakan serba sedikit mengenai interior saya.

    Disebabkan saya menggunakan dashboard Daihatsu Opti, jadi padanan untuk doortrim sepatutnya adalah dari Model Daihatsu Opti juga betul kan?

    Padanan warna antara seat dan doortrim adalah salah satu sebab kenapa saya memilih untuk menggunakan doortrim ini. Dan juga, ia berkaitan kesusaian kerana ada curving di dashboard yang bersambung dgn doortrim. Jadi, kalau guna kan doortrim lain nampak cacat. Jenis saya, kalau nak main tu biarlah complete ikut spec.

    Untuk itu, saya telah usha serata Malaysia tentang doortrim ini dan cara pemasangannya. Saya telah dapatkan doortrim ini dari saudara Fyzie Mazlan, Klang dgn harga yang munasabah.

    So sekarang tinggal part untuk pemasangan. Ya, part ini antara paling sukar sebabnya tak ramai JDMers di Malaysia yang berjaya dgn project ini.

    Tapi alhamdulillah, saya telah dapatkan doortrim ini dan dapat tempat orang yang sudi melakukan pemasangan. Tempat tersebut ni Pontian, Johor. Nak tak nak, terpaksa lah pergi. Nasib baik memang kampung dekat sana, ada masa boleh singgah.

    Dalam pada itu juga, ada sesuatu yang buat saya bingung. Barang yang saya dapat tu complete memang complete. Tapi ada satu accessories kurenggg, iaitu suis walnut Opti.

    Corak walnut suis ni sebenarnya berbeza dari L2, L5 dan L6 serta model-model lain. Biasanya walnut ni hadir bersama dengan full-spec Opti.

    Akhirnya setelah pencarian serata Malaysia, saya telah dapat dari saudara Ong dari Kepong. Gambar dia post rasanya gambar tahun 2014 kot. Saja cuba nasib. Haha. Alhamdulillah, sempurna juga doortrim ini. Tinggal tukar papan sebelah kiri dan kanan disebabkan papan dah kembang dan boleh lah terus pasang. Papan standby juga telah menunggu. Saya dapat papan extra dan doortrim kosong dari saudara Mizan iaitu salah seorang rakan Moderno Family saya.

    Nantikan episod akan datang untuk proses pasang memasang. :D

    Doortrim Opti - RM390 (Fyzie Mazlan, Klang)
    Suis Walnut - RM150 (Ong, Kepong)
    Papan Spare - RM80 (Mizan, Ulu Tiram)


    Papan sebelah kiri perlu diganti

    Datang complete bersama motor power window

    Suis Walnut Opti



    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Episod 12 : Proses Cat 2

    |
    Salam, bersambung dari episod 11 masih berkisar dengan cat. Setelah siap dispray dengan primer, sekali lagi proses simen menyimen dilakukan. Seperti yang diterangkan oleh Ali (Tukang Cat), setelah di spray primer baru kita dapat lihat lubang-lubang yang perlu ditutup.

    Dan seterusnya setelah digosok, kereta akan diprimer sekali lagi tempat-tempat yang disimen kerana jika disembur direct warna akan meninggalkan bekas simen. Ini adalah disebabkan warna yang dipilih adalah warna cerah.

    Proses cat dilakukan dengan teliti, bumper, spoiler, bonet depan/belakang dan side skirt di buka dan di spray secara asing. Tak semua kedai cat akan buka barang-barang tersebut, itu pun adalah salah satu faktor saya memilih kedai cat ini. Tukang cat ni dah biasa dengan body kancil, jadi takde masalah dia nak pasang semula semua barang.

    Setelah siap dispray, semua barang yang di tanggalkan di pasang semula. Proses spray ni sebenarnya hanya makan sehari sahaja. Yang buat leceh adalah bahagian wrapping dan simen sahaja. Setelah selesai proses mengecat, proses gosok dan polish pula dilakukan. Proses ini makan masa selama lebih kurang 2 hari.

    Time ni lah masa untuk saya keluarkan semua jajan yang saya ada. Antenna tengah Chrome Mira (sebelum ini hitam), Scoop Chrome, Lining Chrome Opti, Garnish Signal Chrome, Cover Pillar Chrome, Lining Pintu Chrome, Garnish Door Handle Chrome, Cover Nut Wiper Chrome dan Cover Plate Chrome. Semuanya pun dipasang dengan jayanya! 

    Nampaknya projek saya telah pun hampir siap. Yang kasar-kasar tinggal doortrim Opti, Ketam Moderno dan Parking Pole Moderno sahaja. InsyaAllah bertemu lagi di episod lain kalau saya dapat memburu barang-barang tersebut.

    Kos Spray Body - RM2500 (Ali Cat, Rawang)
    Kos Spray Sport Rim - RM250 (Ali Cat, Rawang)
    Antenna Chrome Mira - RM250 (Poppia Jahat)
    Scoop Chrome - RM300
    Cover Plate Chrome - RM300
    Cover Pillar Chrome & Lining Pintu Chrome - RM180 (Syheohgh, Lelong.my)
    Garnish Signal - RM30
    Cover Nut Wiper Chrome - RM80

    Total = RM3890

    Pasang - FOC (Semua pasang sendiri) kecuali Spray
    Bengkel - Ali Cat (RH Garage, Rawang)

    Alhamdulillah, baru nampak rupa kereta dan siap dipasangkan jajan-jajan yang banyak saya simpan selama ni. Kiranya dapat all out la. Haha.

    Meh layan gambar dan korang nilaikan lah sendiri warna hijau ke biru! Haha

    So far, saya berpuas hati dengan warna pilihan dan juga hasil tangan tukang cat ni. Wiring semua pun dia cuba kemaskan balik. 4.5 star dari 5 star saya boleh bagi. Papepun meh layan gambar...

    Warna Cat dalam Tin. (Biru kan?)
    Bila Calit di Body (Hijau kan?) Haha
    Test Spray di Cover Bonet
    Barang Yang di Cabut dari Body Kereta
    Proses Cat Body Kereta
    Proses Cat Body Kereta
    Selepas di Spray Clear
    Pasang Barang Dalam Kereta
    Selesai Pasang Barang Basic (Sebelum Finishing dan Polishing)
    Selesai pasang barang basic (Rim belum cat lagi!)
    Rim siap dicat!
    Sesi Photoshoot di Putrajaya! :P
    Sesi Photoshoot di Putrajaya! :P

    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Episod 11 : Proses Cat 1

    |
    Salam, untuk episod kali ini berkisar tentang cat! Setelah hampir dua tahun proses untuk menconvert kereta saya, baru kereta saya dapat masuk ke kedai cat. Kiranya, ini adalah permulaan baru pula untuk langkah seterusnya.

    Yelah, ingat dah cat kira dah siap ke? Takde maknanya. Haha! Jajan K-car akan datang meracun lagi lepas ni, ini yang buat kepala pening. Cuma dah nak sampai ending jelah. Sayu juga hati ni, mana taknya hampir dua tahun sama-sama jalan dengan kereta berbelang. Muka tebal sama dengan tebal cat dah. Tetiba nak tukar colour kan, tu yang sentimental sikit. Haha!

    Untuk colour saya cuba dapatkan colour code seperti yang saya jumpa. Warna yang menghampiri hijau dan reflect kepada biru. Nak terangkan dengan ayat mahu makan 4-5 hari kang ni. Kiranya macam colour laut. Hijau ke biru korang panggil laut? Biru kan? Tapi colour code dia hijau. Haha!

    Apapun layan dulu gambar dari awal kereta saya masuk ke bengkel cat sehingga keluar dari bengkel. Saya pilih bengkel cat Ali di RH Garage, Rawang. Kenapa saya memilih di sana sedangkan tiada oven? Setelah penelitian yang saya buat, hasil kerja tukang cat ini boleh diberikan pujian. Ada antara kereta hasil cat beliau telah menjadi hiasan muka hadapan majalah K-Kompak dan kereta beliau sendiri juga pernah menghiasi muka surat majalah legend untuk arena K-car. 

    Saya ambil pakej warna dan ditambah diamond berserta clear coat dari brand Peacock. Hajat kalau dapat memang nak gunakan brand Glasurit tapi faham jelah, good quality never come with cheap price. Ini pun dah boleh tahan harganya. Hihi!

    Terdapat masalah ketika proses awal, ini kerana fender L2s yang saya ambil awal-awal dulu rupanya sudah berada dalam kondisi teruk dan juga sebelah fender tersebut adalah fender Kancil yang diubahsuai. Sumpah dua tahun pakai tak perasan langsung. Tipah tertipu rupanya! Jadi terpaksa saya tukar fender tersebut dengan fender yang baru. Mujur Doubleseven Garage di Prima Damansara ada stok. Kalau tak, terpaksa saya gunakan juga fender asal tersebut sebabnya proses simen menyimen telah pun bermula. Bila simen tebal di fender asal itu, apabila dicat, cat boleh pecah jadi saya risau untuk mengambil risiko. Lagi pulak, fender ni lembik semacam. Meragukan sungguh! Apa lagi, melayang lagi lah duit beli fender baru~

    Selain itu terdapat juga beberapa bodywork yang perlu dilakukan contohnya, lubang antenna asal Kancil, lubang spoiler L5 dan juga line di belakang pintu belakang (disimen terus oleh owner lama) perlu diubah dan untuk yang berlubang tu perlu ditutup. Tukang cat beritahu, don't worry be happy cuma tukar kan fender dan selesai masalah. Bonet depan pun ada kesan simen lama, tapi still tak teruk mana, cuma bila stand jadi senget. Takpe, nanti guna damper je bagi stabil kiri dan kanan.

    Jom layan gambar...

    Colour code yang dicari

    Proses fitting body, fender, bonet dan pintu

    Proses first step simen. (Fender tak dapat diselamatkan)

    Selepas simen digosok. (Fender dah baru yang dah ditukar)

    Proses gosok dan undercoat dimulakan.

    Proses undercoat hampir selesai

    Bersambung di episod seterusnya...





    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Episod 9 : Cermin Chromax Coco

    |
    Salam, bertemu lagi kita di episod 9. Projek kali ini, berkisar tentang cermin depan ataupun Windshield. Niat di hati memang dah lama nak tukar cermin depan. Yelah, cermin asal Kancil taksama dengan cermin L2s. Bezanya, cermin Kancil single layer, manakala cermin L2s dan cermin Mira yang lain adalah double layer. Selain dari tu, warna cermin Kancil dan Mira tidak sama. Cermin Jepun terdapat tiga warna iaitu clear, coco chromax (1 tone dan 2 tone) dan hijau (cermin akuarium) Pada saya nombor dua, yang penting keselamatan. Ini kerana seperti yang saya pakai sebelum ini adalah single layer, jadi tengok apa terjadi kalau pecah?

    Saban hari memang bertangguh la nak menukar, yelah benda bukan keperluan jadi takde lah rasa nak menukar kan. Tiba-tiba sampai satu hari tu, tengah syok speeding atas lebuhraya LATAR. Boleh pula meletup cermin ni secara tiba-tiba, menggelabah cari punca. Mana tak nya, secara tiba-tiba retak seribu cermin tu. Dari R&R Elmina saya teruskan perjalanan ke Bukit Raja, Klang.

    Maybe dah sampai masa expired dia. Jadi sekarang lah masa yang paling sesuai nak menukar cermin idaman ye tak. Kalau tak pecah, memang tak tukar la kan. Haha!

    Tumpang kejap kereta di rumah member di Bukit Raja sementara dan kereta ini seterusnya di bawa ke 4G Autoworks di Rantau Panjang, Klang. Seperti deal asal, saya dijanjikan ada barang untuk dipasang, tapi setibanya di Half Cut, cermin yang sepatutnya dipasang di kereta saya pun telah crack juga! Mungkin dari kesalahan pekerja yang cuba untuk buka cermin tu. Aduh malangnya nasib.

    Habis runner-runner di sekitar Selangor dan KL saya cuba hubungi tapi semuanya tiada stock. Jadi mahu atau tak saya cuma ada pilihan menggunakan cermin hijau sahaja. Yang mana saya tak mahu gunakan disebabkan cermin ni macam cermin akuarium yang terlampau telus cahaya. Saya cuba juga untuk mencari di runner-runner di sekitar Selangor. Biasalah, benda time kita taknak dia banyak tapi bila kita perlukan memang susah nak jumpa.

    Akhirnya setelah cuba menghubungi semua runner-runner sekitar dapat juga barang di Bukit Tinggi, Klang.

    Cermin pun selamat di pasang. Alhamdulillah tiada kecederaan sepanjang operasi penukaran cermin ini. Untuk cermin keliling chromax, insyaAllah akan diusahakan nanti. Hehe.

    Cermin Chromax Coco - RM300 (Bukit Tinggi)
    Upah Pasang - RM60 (4G Autoworks, Rantau Panjang)

    Kaca bertaburan di sekitar kawasan kejadian
    Ketika kejadian berlaku
    Tersadai beberapa hari di 4G Autoworks. (2 pintu woo sebelah tu!)

    Alhamdulliah semuanya selamat dipasang


    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Episod 8 - Sport Rim, Bumper dan Side Skirt

    |
    Salam, untuk episod ini pula merangkumi di bahagian bawah kereta. Dari side skirt, bumper dan sport rim.

    Sport rim asal kereta ini adalah dari model Baracuda (yang saya tak tahu langsung brand apa). Owner bagi sekali rim bersaiz 13" ini. Jadi semangat nak menukar rim tu dah lama wujud tapi mengenangkan harga tayar, terpaksa postpone dulu niat tu.
    Ya, harga tayar yang buat saya pening. Walaupun Kancil, berpeluh juga poket nak keluarkan! Haha.

    Sehinggalah pada suatu hari, kawan sekerja saya Nadzrin berhasrat melepaskan rim yang dipakainya iaitu rim Black Racing original 14". Jadi saya memang lama dah berminat dengan rim ni, gaji terus sapu la. Memang takde nak tunggu tunggu lagi. Pada masa yang sama juga, kawan saya dari Johor turut mahukan rim ini.

    Saya ditawarkan rim Enkei 3 pieces 14" untuk ditukarkan suka sama suka. Hati memang lebih minat kepada 3 piece, apa lagi melonjak gembira la saya bila ada orang offer rim yang lebih saya minati. Terus saya bawa rim Black Racing tu ke JB dan tukarkan dengan rim kawan saya, Walid. Rim ni memang asal dari kereta Kancil jadi takde masalah. Cuma rim Black Racing saya berasal dari kereta Honda Ferio dan ada masalah sedikit ketika proses pemasangan di kereta Walid. Tapi alhamdulillah semua dapat diatasi.

    Akhirnya saya sarung terus rim tersebut dengan girangnya! Haha.

    Di samping rim, saya turut menambah sedikit accesories contohnya Pedang Opti (Lining chrome dibawah pintu), Lining Chrome di Signal, Lining chrome di Lampu Hadapan dan menukar side skirt L6 yang saya pasang dulu kepada side skirt Daihatsu (fiber). Original mahal sangat, dapat merasa yang clone pun dah cukup dah. Jadi sekarang ketinggian tepi saya agak stabil dengan lips di depan. Jika tidak, sebelum ini side skirt saya lebih labuh dari lips di bumper hadapan.

    Untuk menjaga keselamatan rim saya telah memilih lock nut dari brand Macguard  (Bunga sakura). Kata orang lebih baik beringat sebelum terkena bukan? Lepas dah usaha, insyaAllah baru berani tawakal. Hehe.

    Saya juga telah menukarkan bumper hadapan yang telah ditebuk intercooler kepada yang lain. (Rujuk episod 2) Sekarang proses luaran kereta saya sudah siap 80%.

    Side skirt Daihatsu - RM250 (Crony Storage)
    Lips J Mode - RM100 (Adinin Farah)
    Rim Black Racing - RM1000
    Pedang Opti - RM200 (Aloween Opticlassic)
    Bumper Depan Moderno - RM300
    Lock nut Macguard - RM200
    Lining Chrome Lampu dan Signal - RM100

    Semua pemasangan dilakukan sendiri, kecuali tayar dan rim. Jadi layan gambar...

    Macguard Special Lock Nut
    Black Racing 14"
    Enkei 3 Piece 14"
    Pandangan Penuh 80% Project Progress




    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Episod 7 - Exhaust System

    |
    Salam, untuk episod kali ini, kita ke bahagian exhaust pula. Yelah, enjin dah tukar tetiba rasa macam kurang ummphh pula kalau tak modify exhaust. Niat nak buat exhaust yang sedap didengar je. Taknaklah bising sangat.

    Saje try usha-usha mudah.my, boleh tahan juga harga exhaust. Niat nak sarung exhaust RSR tapi kebetulan rezeki saya. Ada sorang kawan, Mario nak jual exhaust dia, sebabnya exhaust yang dia guna sepatutnya untuk kereta manual tapi bila masuk ke kereta auto bunyinya macam nak ke langit! Haha. Janji ori Jepun cukuplah. Baru JDM!

    Tengok-tengok FB pulak ada budak nak jual piping 2.0, peh ni memang dah ngam ni. Apa lagi, sapu terus exhaust 2.0 tu dipadankan pula dengan muffler dari GT Box by Kakimoto, boleh tahan lah. Bunyi tak berapa kuat dan tak berapa slow. Tapi pikap menurun sikit lepas tukar tabung tengah dari P2. Rasa menyesal pun ada lepas tukar.

    Takpelah, maybe akan jadi next projek pulak untuk buat semula semua piping. Lagipun pipe exhaust ni tak berapa cun. Sepatutnya mendongak, tapi jadi menghala ke bawah pula. Takpe, pelan-pelan akan diusahakan.

    Muffler GT Box by Kakimoto - RM200 (Mario)
    Piping 2.0 dari tengah - RM120
    Tabung tengah - RM200 (Exhaust Rawang)
    Upah pasang - RM100

    Proses pemasangan exhaust

    Hasilnya (Maaf gambar kereta kotor. Hihi)


    Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Photobucket
    Protected by Copyscape Unique Content Checker