Rakan-rakan Blog

Showing posts with label Dedication to Others. Show all posts
Showing posts with label Dedication to Others. Show all posts

Tips Mencari Kerja Bagi Fresh Graduate

|
Salam, harini saya rasa nak share sesuatu untuk kegunaan bersama. InsyaAllah ilmu kalau dikongsi takkan pernah luak dan mudah-mudahan ilmu yang saya timba sendiri mendapat berkat.

Buat masa sekarang, ramai fresh graduate yang tak dapat kerja. Betul? Lagilah pula yang belajar course pelik-pelik. Ada pulak yang belajar Engineering, ending kerja Sales. Ye betul, memang rezeki ada di mana-mana, tapi apa salahnya kalau kita cuba untuk gunakan sijil yang kita ada untuk dapatkan pekerjaan yang sesuai?

Untuk mencari kerja bagi fresh graduate, gunakan opsyen yang ada iaitu jobstreet.com.my dengan efektif. Bagaimana caranya? InsyaAllah berkesan, sebab dah dua-tiga orang kawan terdekat saya telah saya bantu walaupun bukan course yang sama.




Caranya ialah :

1. Update profile jobstreet anda dengan betul. Subscribe 3 jenis pekerjaan yang anda tengah cari. Jobstreet akan hantar e-mail kepada anda jawatan kosong yang sesuai pada setiap hari. Submit resume anda di kesemua tempat yang anda rasa sesuai.

2. Di profile jobstreet kebiasaannya akan ada nama company. Betul? Try google dan dapatkan info tentang company tersebut dan cari e-mail HR untuk company tersebut. Apabila sudah dapat e-mail try e-mail resume anda dan pastikan anda ada strength masa menulis cover letter (dengan menggunakan e-mail).
Ceritakan kekuatan anda, experience anda dan kelebihan anda di mana. Tulis semua di Cover Letter di e-mail. Jangan risau type panjang di e-mail kerana kebiasaanya orang akan baca e-mail secara fully.

3. Gunakan bahasa english yang high level sedikit. Jangan gunakan english normal yang pre-school boleh belajar. Contohnya : I work at canon Malaysia for 3 years. Anda boleh ubah ayat tersebut kepada yang nampak lebih professional. Tukarkan kepada Experienced with Multinational Company, Canon Malaysia for 3 years.
Buat ayat yang agak advance di cover letter anda untuk menunjukkan anda dari golongan professional. Kalau agak buntu sangat, anda boleh try google dan pastikan copy paste dengan betul. Jangan tambah ayat yang tak patut dan buang ayat yang sepatutnya.

4. Pendekkan sependek mungkin resume anda, tanpa perlu membuang pengalaman, kelebihan dan kekuatan anda. Jelaskan apa yang anda boleh lakukan kalau anda kerja di company tersebut. Please, saya telah jumpa banyak resume yang tak betul contohnya apply kerja under textile field tapi focusing dalam bidang buat roti. Ya, anda boleh bagitahu pengalaman anda. Tapi cuba kaitkan pengalaman lama dan kerja baru yang anda apply.
Contohnya, di kilang roti anda adalah seorang yang suka mencuba resepi baru, jadi gunakan kelebihan tu untuk apply kerja di field lain. Jangan cerita apa anda buat di tempat kerja lama jika tiada kena mengena dengan tempat kerja baru! Cerita kekuatan, bukannya kerja apa yang anda buat! Anda juga sepatutnya membuang segala yang tak patut, contohnya nama ibu, alamat tempat tinggal, hobi dan sebagainya. Yang mana ada rasa tidak patut harus diketepikan. Resume anda harus pendek tapi perlu padat. Satu page dengan dua column saya rasa cukup memadai.

5. Jangan memilih kerja! Untuk setahun ke dua tahun kerja pertama anda adalah tahun penyeksaan. Disini, kebanyakan company akan take advantage kepada fresh graduate. Jadi, kerja sahaja jika anda ada peluang di bawah course anda dengan gaji walaupun RM900-1200! Memang tak patut untuk kerja, tapi untuk mencari pengalaman anda perlu mencuba dan belajar untuk terima. 

6. Apabila sudah bekerja setahun atau dua tahun, pada masa ini anda sudah ada market value untuk bertukar ke company lain. Demand kenaikan gaji di company lama anda, ataupun cari kekosongan di company baru. Percayalah cakap saya, kebanyakan company mata sepet ni takkan hantar pekerja baru training. Mereka hanya mahukan pekerja mahir dan sekarang anda sudah ada kelebihan dengan pengalaman anda. Time ni anda dah boleh demand dengan pengalaman yang anda ada.

7. Apply kerja di tempat yang ada nama besar (nama yang biasa orang kenal). Yang penting jangan berhenti kerja sebelum dapat kerja baru. Dan jika anda diterima, ulangi langkah diatas sehingga anda puas hati dengan gaji dan juga experience anda. Jika anda dapat kerja di company yang mempunyai nama besar, silalah jual nama company tersebut dan terangkan kehebatan company lama anda.

8. Jangan berhenti kerja dalam masa yang singkat, contohnya 2-3 bulan anda berhenti. Kalau tak tahan pun, pastikan anda stay selama setahun paling kurang. Tiada company akan terima anda sekiranya mereka tengok resume anda terlalu banyak lompat kerja. Anda akan dinilai sebagai orang yang tidak serius mencari kerja dan seorang yang tidak setia kepada company.

9. Pastikan resume anda di upgrade, contohnya jika dapat kerja baru, pastikan gaji atau kelebihan lebih banyak dari company lama. Tiada guna jika anda berhenti tapi ada penurunan gaji yang mendadak. Kerana, interviewer pastinya akan rasa sesuatu yang tidak kena mengenai anda.

10. Masa hari interview, study mengenai company yang anda akan kerja. Tunjukkan anda seorang yang berpelajaran. Pakai dengan kemas, jika perlu bertali leher sila pakai. Beritahu apa yang anda boleh lakukan mengenai company anda, dan terangkan kelebihan anda. Jangan beritahu anda berhenti disebabkan gaji! Ini tidak betul. Beritahu yang anda mencari pengalaman atau untuk menambah kekuatan anda dalam field tersebut.

11. Bila ditanya mengenai gaji, beritahu berapa yang anda mahu. Dan pastikan anda tanya mengenai waktu kerja dengan detail. Gaji termasuk elaun, overtime dan faedah-faedah yang anda akan terima. Biasanya company takkan terangkan sekiranya anda tak tanya. Jadi, jika anda tak tanya jangan menyesal di kemudian hari kelak!








Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Mana Emak?? (Sekadar Renungan Kita Bersama)

|
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sumber : Melalui FB. Maaf sumber asal tidak diketahui. Kongsikan link ini sekiranya ia cukup menyentuh hati anda.

P/S : Emak saya hanya ada seorang dan dialah segalanya.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Keistimewaan Bulan Ramadhan.

|


Ramadhan termasuk bulan arab yang dua belas. Ia adalah bulan yang agung dalam Islam. Ia berbeza dengan bulan-bulan yang lainnya kerana banyak keistimewaan dan keutamaan yang ada padanya. Di antaranya iaitu:
1.      Allah Azza wa Jalla menjadikan puasa (di Bulan Ramadhan) merupakan rukun keempat di antara Rukun Islam. Sebagaimana firman-Nya:
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu”.(SQ. Al-Baqarah: 185) Terdapat riwayat shahih dalam dua kitab shahih; Bukhari, no. 8, dan Muslim, no. 16 dari hadits Ibnu Umar, sesungguhnya Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
“Islam dibangun atas lima (rukun); Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan haji ke Baitullah.”
2.      Allah menurunkan Al-Qur’an (di dalam Bulan Ramadan). Sebagaiamana firman Allah Ta’ala pada ayat sebelumnya:
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)”. (QS. Al-Baqarah: 185)
Allah Ta’ala juga berfirman:
“Sesungguhnya Kami turunkan (Al-Qur’an) pada malam Lailatur Qadar.”
3.      Allah menetapkan Lailatul Qadar pada bulan tersebut, yaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?  Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al-Qadar : 1-5).
Dan firman-Nya yang lain:
“sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (QS. Ad-Dukhan: 3).
Allah telah mengistimewakan bulan Ramadhan dengan adanya Lailaul Qadar. Untuk menjelaskan  keutamaan malam yang barokah ini, Allah turunkan surat Al-Qadar, dan juga banyak hadis yang menjelaskannya, di antaranya Hadis Abu Hurairah radhialahu ’anhu, dia berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
“Bulan Ramadhan telah tiba menemui kalian, bulan (penuh) barokah, Allah wajibkan kepada kalian berpuasa. Pada bulan itu pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu (neraka) jahim ditutup, setan-setan durhaka dibelenggu. Padanya Allah memiliki malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang mendapatkan kebaikannya, maka sungguh dia terhalang (mendapatkan kebaikan yang banyak).” (HR. Nasa’I, no. 2106, Ahmad, no. 8769. Dishahihkan oleh Al-Albany dalam Shahih At-Targhib, no. 999)
Dari hadis Abu Hurairah radhiallahu ’anhu, dia berkata, Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam  bersabda:
“Barangsiapa yang berdiri (menunaikan shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari, no. 1910, Muslim, no. 760).
4.      Allah menjadikan puasa dan shalat  yang dilakukan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) sebagai sebab diampuninya dosa. Sebagaimana telah terdapat riwayat shahih dalam dua kitab shahih; Shahih Bukhori, no. 2014, dan shahih Muslim, no. 760, dari hadits Abu Hurairah radhiallahu ’anhu, sesungguhnya Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa (di Bulan) Ramadhan (dalam keadaan) keimanan dan mengharapkan (pahala), maka dia akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”.
Juga dalam riwayat Bukhari, no. 2008, dan Muslim, no. 174, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
”Barangsiapa yang berdiri (menunaikan shalat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”.
Umat Islam telah sepakat (ijma) akan sunnahnya menunaikan qiam waktu malam-malam Ramadhan. Imam Nawawi telah menyebutkan bahwa maksud dari qiam di bulan Ramadhan adalah shalat Tarawih, Artinya dia mendapat nilai qiam dengan menunaikan shalat Tarawih.
5.       Allah (di bulan Ramadhan) membuka  pintu-pintu syurga, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu setan-setan. Sebagaimana dalam dua kitab shahih, Bukhari, no. 1898, Muslim, no. 1079, dari hadits Abu Hurairah radhiallahu ’anhu, dia berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
“Ketika datang (bulan) Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu”.
6.      Pada setiap malam (bulan Ramadan) ada yang Allah bebaskan dari (siksa) neraka. Diriwayatkan Ahmad (5/256) dari hadits Abu Umamah, sesungguhnya Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
“Pada setiap (waktu) berbuka, Allah ada orang-orang yang dibebaskan (dari siksa neraka)” (Al-Munziri berkata: ”Sanadnya tidak mengapa”, dishahihkan oleh Al-Albany dalam shahih At-Targhib, no. 987)
Diriwayatkan dari Bazzar (Kasyf, no. 962), dari hadits Abu Said, dia berkata: Rasulullah sallallahu’alaihi wasallan bersabda:
“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan kebebasan dari siksa neraka pada setiap malam–yakni di bulan Ramadan-dan sesungguhnya setiap muslim pada waktu siang dan malam memiliki doa yang terkabul (mustajabah)”.
7.       Puasa pada bulan Ramadan (merupakan) sebab terhapusnya dosa-dosa yang lampau sebelum Ramadan jika menjauhi dosa-dosa besar. Sebagaimana terdapat riwayat dalam shahih Muslim, no. 233, sesungguhnya Nabi sallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Dari shalat (ke shalat) yang lima waktu, dari Jum’at ke Jum’at, dari Ramadan ke Ramadhan, semua itu dapat menghapuskan (dosa-dosa) di antara waktu tersebut, jika menjauhi dosa-dosa besar.”
8.       Puasa (di bulan Ramadan) senilai puasa sepuluh bulan. Yang menunjukkan hal itu, adalah riwayat dalam shahih Muslim, no. 1164, dari hadits Abu Ayub Al-Anshary, dia berkata:
“Barangsiapa yang berpuasa (pada bulan Ramadhan) kemudian diikuti (puasa) enam (hari) pada bulan Syawwal, maka hal itu seperti puasa setahun”.
Juga diriwayatkan oleh Ahmad, no. 21906, sesungguhnya Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
“Siapa yang berpuasa (pada bulan) Ramadan, maka satu bulan sama seperti sepuluh bulan. Dan (siapa yang berpuasa setelah itu) berpuasa selama enam hari sesudah Id (Syawal), hal itu (sama nilainya dengan puasa) sempurna satu tahun”.
9.      Orang yang menunaikan qiyamullail (Tarawih) bersama imam hingga selesai, dicatat baginya seperti qiyamullail semalam (penuh). Sebagaimana terdapat riwayat dari Abu Daud, no. 1370 dan lainnya dari hadits Abu Dzar radhiallahu ’anhu, dia berkata: Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Bahawa siapa menunaikan qiyamullail bersama imam hingga selesai, dicatat baginya (pahala) qiyamullail semalam (penuh)”. (Dishahihkan oleh Al-Albany dalam kitab ‘Shalat Taraweh’,  hal. 15)
10.  Melaksanakan umrah pada bulan Ramadan, (pahalanya) seperti haji. Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1782, dan Muslim, no. 1256, dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma, dia berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda kepada wanita dari Anshar: ”Apa yang menghalangi anda melaksanakan haji bersama kami?” Dia berkata: ”Kami hanya mempunyai dua ekor unta untuk menyiram tanaman. Bapak dan anaknya menunaikan haji dengan membawa satu ekor unta dan kami ditinggalkan satu ekor unta untuk menyiram tanaman.” Beliau bersabda: “Jika datang bulan Ramadan tunaikanlah umrah, karena umrah (di bulan Ramadhan) seperti haji”. Dalam riwayat Muslim: “(seperti) haji bersamaku”.
11.  Disunnahkan i’tikaf, karena Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam senantiasa melaksanakannya, sebagaimana dalam hadis Aisyah radhiallahu ’anha, sesungguhnya Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam biasanya beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan hingga Allah ta’ala mewafatkannya, kemudian isteri-isterinya beri’tikaf (sepeninggal) beliau”. (HR. Bukhari, no. 1922,  Muslim, no. 1172).
12.  Sangat dianjurkan sekali pada bulan Ramadan tadarus Al-Qur’an dan memperbanyak tilawah. Cara tadarus Al-Qur’an adalah dengan membaca (Al-Qur’an) kepada orang lain dan orang lain membacakan (Al-Qur’an) kepadanya. Dalil dianjurkannya (adalah): “Sesungguhnya Jibril bertemu Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam setiap malam di bulan Ramadhan dan membacakan (Al-Qur’an) kepadanya”. (HR. Bukhari, no. 6, dan Muslim, no. 2308). Membaca Al-Qur’an dianjurkan secara mutlak, akan tetapi pada bulan Ramadan sangat ditekankan.
13.  Dianjurkan di bulan Ramadhan memberikan berbuka kepada orang yang berpuasa, berdasarkan hadis Zaid Al-Juhany radiallahu ’anhu berkata, Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: ”Barangsiapa memberi berbuka (kepada) orang yang berpuasa, maka dia (akan mendapatkan) pahala seperti orang itu, tanpa mengurangi pahala orang berpuasa sedikit pun juga”. (HR.Tirmizi, no. 807,  Ibnu Majah, no. 1746, dinyatakan shahih oleh Al-Albany dalam shahih Tirmizi, no. 647).
Wallahu’alam .

Sumber : One Ummah

P/S : Gembira bila tiba bulan ramadhan. Setahun hanya sekali kan? :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Siapa Nak Tolong Chuck Dapatkan Shades Percuma?

|
Salam kepada semua pembaca blog aku. Hari nak share satu contest yang aku dah masuk. Contest by Shades4U. Macam mana aku boleh masuk ye? Haha. Aku terserempak dengan contest nie masa 16 haribulan and tarikh tutup untuk hantar gambar contest tu adalah pada 17 haribulan. Ingatkan saje-saje jer nak masuk contest tuh, tapi al-maklumlah termasuk jugak dalam album untuk vote mengevote nie. Secara tak langsung aku terpaksa lah tebalkan muka untuk mintak member-member vote aku. Kenapa aku beria-ia nak menang contest nie? Jawapannya ada dibawah.

Hadiah pertamanya ialah
Hadiah kedua ialah sebarang topi new era yang terdapat di page Shades4U. Dan yang ketiga adalah Lanyard Oakley. 


Cerita sebenarnya, aku taknak hadiah lain. Sebab tuh aku aim first prize dan alhamdulillah setakat post nie aku tulis, aku masih mendahului yang lain. Hehe. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang tolong like samada secara sengaja ataupun terpaksa. Hahaha. Takpe, yang penting korang tolong aku vote untuk dapatkan shades nie. Hehe. Gambar dibawah adalah gambar yang aku pertandingkan. Jom tengok. Hehe.

Gambar apa tak penting. Yang penting like. Haha.
Kepada yang masih belum LIKE gambar aku tu, korang boleh lah tolong ye. Hanya tuhan jer yang mampu balas jasa baik korang. Amin~ Macam mana nak LIKE gambar nie? Klik link 1 dibawah nie, korang like page Shades4U dan kemudian link 2, korang like pula gambar aku. Ikut turutan ye. Kalau tak, tak boleh like. Hehe. Terima kasih yer kepada semua yang memberikan sokongan.

Link 1 : PAGE SHADES4U

Link 2 : PICTURE CHUCK

Undian ditutup pada pukul 10 malam pada 24 haribulan Jun 2011.

Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang memberikan sokongan kepada aku. :)

P/S : Insyallah tak lama lagi kalau ada rezeki boleh jadi tokey oakley. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Siapa Superhero Korang?

|
Kadang-kala pernah satu ketika aku membayangkan yang aku berkahwin. Ya, berkahwin. Mempunyai seorang isteri. Tapi bukan dalam masa terdekat kerana aku masih lagi bergelar seorang pelajar. Tapi yang pastinya bila umur kita semakin meningkat, perasaan untuk mendirikan rumahtangga semakin hari semakin kuat. Tapi biarlah impian yang bakal dibina mempunyai asas dan kalau boleh biarlah rumahtangga yang dibina menjadi utuh dan kukuh. Semoga ia akan berdiri selamanya. Jangan gunakan perkataan kahwin sebagai ayat untuk menghalalkan yang terlarang sahaja tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul kelak.

Entah kenapa, malam nie aku terfikir. Teringat kudrat kedua ibubapa yang telah membesarkan aku. Aku cuba meletakkan diri di tempat abah. Setiap hari dia akan bangun seawal 4 pagi dan balik selewat 8 malam. Pernah tak korang bayangkan situasi ini? Maaf jika korang tak pernah. Tapi aku bukan orang senang macam korang-korang semua. Sekadar cukup makan untuk aku sekeluarga. Jarang dapat bermewah-mewah macam korang-korang semua. Aku cukup bangga dengan apa yang abah lakukan kerana hanya dengan kelulusan darjah 6 sahaja dia tetap boleh menyara kami sekeluarga. Sehingga aku boleh merasa udara dunia selama lebih kurang 20 tahun. Dia sudah berikan aku kasih sayang yang cukup. Mengasuh aku dengan baik dan memberikan yang terbaik untuk aku.

Macam-macam cara dia cuba untuk beri kesenangan kepada kami sekeluarga walaupun kadang-kadang dia tak dapat apa yang dia mahukan. Cuma dua orang cahaya mata yang dikurniakan kepadanya. Tapi aku dan abah selalu berlainan pendapat. Dia orang seni. Aku juga sukakan seni. Tapi seni dia bukan seperti seni yang aku gilakan sekarang. Dia dengan dunia dia dan aku dengan dunia aku. Berjumpa lagilah jarang. Lebih-lebih lagi sejak aku duduk di asrama. Tapi semua keperluan aku cukup hasil dari keringat dia membanting tulang. Tak pernah aku dengar dia merungut kerana penat. Tetapi setiap hari terpancar seribu senyuman yang kadang-kadang tidak terjangkau akal aku. Setiap masa dia akan membuat kami sekeluarga ketawa dengan jenaka dia. Dia juga yang mengajar aku untuk sentiasa senyum ketika ada masalah mendatang. Kadang-kadang kita tak perlukan berbagai-bagai hari seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan macam-macam hari untuk kita meluahkan ekpressi sayang kita kepada seseorang.

Aku takde apa nak dibanggakan. Tiada DSLR, tiada Blackberry, tiada I Phone dan jauh sekali I Pad macam korang-korang semua. Tapi aku tahu aku ada seorang SUPERHERO yang selalu berada di belakang aku iaitu abah aku.


Superhero Aku.

P/S : Kebetulan post yang aku nak buat nie ada kena mengena dengan ZineSatuMalam. Jadi aku terus join diorang. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Cerita Hangat Pasal Dara.

|
Siapa nie? Cuba teka? Keh keh keh.

Blogger dilanda dengan satu kontroversi hebat mengenai seorang yang secara langsung mendedahkan bahawa beliau sudah tiada lagi dara. Ok, aku kat sini bukan nak menyebarkan lagi blog yang hangat diperkatakan tuh. Cuma nak bagi ulasan sikit pasal blog tersebut. 

Kadang-kadang dalam tak sedar kita sendiri dah buat silap kan. Bodoh sebab kita buat silap, tapi jangan tambahkan lagi bodoh tuh dengan bagitahu semua orang yang kita dah buat silap. Tak payah lah nak canang cerita pasal diri sendiri dekat orang lain. Sama jer dengan berak tengah jalan dan bagitahu orang kampung yang tahi tuh tahi kita. Tak pasal-pasal secara tak sengaja dah jadi popular. Korang tahu ke siapa yang aku maksudkan? Hopefully korang tahu siapa. Aku malas nak meleret-leretkan lagi link yang paling terkenal sekarang nie. Tak percaya? Dah jadi trend nombor 3 yang paling top kat twitter. So hot. Cari sendiri kalau tak tahu. 

Yang tukang baca pulak, jangan lah main serkap jarang jer. Korang kenal ke siapa dia tuh? Baru sekali tengok dah sibuk nak judge orang. Korang tahu ke sejarah hidup dia? No one know. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh hilang dara. Kalau korang tahu, korang memang hebat. Aku salute. Aku pun kadang-kadang tak suka juga condemn orang tak bersebab nie, walaupun comment aku ada dekat page no 1 blog tuh. Keh keh keh. Niat aku nak suruh dia padam jer post tuh. Tapi takde lah hebat sangat macam korang-korang semua yang ada sijil separa tuhan yang boleh tentukan syurga neraka orang. Ingat! Syurga neraka korang pun korang tak tahu. 

Pada aku dara nie takdelah penting mana. Yang penting kesucian diri. Lelaki ada dara ke? Teruna of course lah ada. Tapi nampak ke teruna tuh macam mana? Bagi yang perempuan. nak ke korang kahwin dengan lelaki yang dah game dengan perempuan lain? Bukan korang tahu pun macam mana perangai laki korang sebelum kahwin dulu. Sebab tuh aku kata kesucian tuh lebih penting dari dara itu sendiri. Macam simbolik plak dara tuh aku rasa. Keh keh keh. Kadang-kadang kita kena juga tengok diri sendiri sebelum judge orang. Bukan nak menangkan mana-mana pihak, tapi kalau benda nie terus menerus jadi macam nie, jangan terkejut kalau lepas nie bomba sibuk datang Pavi acha-acha nak selamat kan seorang budak berumur 14 tahun dari terjun bangunan tuh. Keh keh keh.

Akhir kata aku cuma nak bagi nasihat kat semua blogger jer termasuk diri aku sendiri. Fikir dulu apa yang seharusnya kita post dan adakah post itu akan memberi impak kepada diri sendiri dan juga orang lain. Kalau memang sengaja nak jadi hot, sediakan dulu payung sebelum hujan. Dah takde guna kalau benda dah melarat macam nie baru kita nak menyesal. Sesungguhnya pada zaman sekarang nie, kuasa blogger itu sangat kuat dan penting. Berhati-hati ketika menulis. Keh keh keh.

P/S : Dah sampai kementerian dah benda nie. Hopefully selesai dengan cara yang sepatutnya.
Don't hate me cause I'm beautiful. Keh keh keh.
Sumber :  Oh! Bulan

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Anda Suka Main Game Angry Bird?

|
Angry Bird datang KL woo~ :D

Salam dan selamat sejahtera kepada semua. Macam mana hari nie? Saje jer buat post pagi-pagi untuk hari nie. Yang penting mulakan hari anda dengan senyuman. Barulah sampai ke petang penuh dengan keceriaan. Memandai jer aku bagi tips kat orang. Keh keh keh.

Post nie aku buat sebab nak ajak rakan-rakan semua join gathering peminat game Angry Bird kat Low Yatt nanti yang dianjurkan oleh Nokia. Perhimpunan terbesar peminat Angry Bird di dunia tau! Aku pun salah sorang yang main game nie jugak. Simple game and interactive. Bukan susah sangat kalau setakat nak attack ba alif ba ya tuh. Keh keh keh. Tapi kadang-kadang perlukan kesabaran, ketepatan dan juga strategi yang bijak. Nampak macam senang, tapi bila kita tak dapat complete mission ba alif ba ya tuh gelakkan kita, bengang jer rasa.

Yang paling penting bila main game nie perlukan kesabaran, janganlah tension-tension sebab kita main game nak release tension. Nak tau maklumat lebih lanjut tentang gathering peminat Angry Bird dekat Plaza Low Yatt nanti, click link kat bawah nie. :)


P/S : Macam-macam jenis game dah aku main sementara nak habiskan cuti nie. Keh keh keh.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

TandaTanya : Apa Itu ZineSatuMalam?

|
Salam dan hai semua. Dah lama rasanya aku tak menulis dalam keadaan yang betul-betul menulis dalam situasi yang sebegini. Ok, malas tekan backspace. Faham sendiri susah ye ayat aku. Haha. Aku ada misi aku sendiri kenapa sejak dua menjak nie blog aku jadi makin merepek. Jangan pelik dan jangan hairan ye. Biarkan jer kepelikan itu terus menjadi tanda tanya. Hehe. Dah bukan macam blog aku rasa sejak dua menjak nie. Tapi nak buat macam mana, ada benda aku kena kejar sikit. Hehe.

Ok, kali nie aku nak terangkan pasal satu benda, apa dia? ZineSatuMalam. Pernah dengar? Tak pernah dengar? Bagus, meh aku tulis dan korang baca ye.

Zine nie bukan zina lah mangkuk. Zine nie diambil sempena dari Magazine. Semua penulis dikumpulkan dan mereka akan diberikan satu tajuk pada masa-masa atau hari tertentu. Dan sebelum matahari terbit, zine ini sudah diterbitkan. Semua tulisan-tulisan mereka yang mengambil bahagian digabungkan dalam bentuk PDF dan boleh download. Maksudnya sebiji macam e-book lah. Tak kira siapa pun nak menulis, takde diskriminasi. Semua orang layak untuk join Zine nie. Lebih 30 perkataan jer dah kira karya lah tuh. Haha. Yang paling menarik, tajuk hanya akan diberi setelah hari gelap dan akan dikutip pada pukul 12. Kemudiannya, akan diterbitkan sebelum Subuh. Dalam masa semalam jer zine-zine ini disiapkan. Sekarang sudah masuk edisi ketiga. Bacalah dua edisi sebelum nie, dua-dua ada karya aku. Hehe. Jangan takbur woi. :D

Korang berminat? Nak join? Jom baca dulu dan meh lepak fanpage ZineSatuMalam. Kalau nak tengok contoh, aku sediakan sekali contoh ye. :)

Cover ZineSatuMalam #1 : Bangang


Untuk maklumat lanjut, jom ke Fanpage : ZineSatuMalam


Download ZineSatuMalam
ZineSatuMalam #1 : Bangang
ZineSatuMalam #2 : Terima Kasih


P/S : Rindu nak mengarang panjang-panjang. Tapi tengah takde masa sangat. Hehe.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Hangat! Software Terbaru Mencegah Laptop Anda daripada Hilang!

|
Salam semua. Hari nie aku ingin berkongsi satu maklumat paling berharga kepada korang semua. Terpulanglah samada korang nak percaya atau tak. Untuk aku, benda nie amat penting untuk budak-budak yang menetap di hostel dan rumah-rumah sewa. Sekiranya korang sayangkan laptop korang, sila baca artikel ini sehingga ke penghujungnya. Artikel dibawah ini dipetik dari Fulamak.

Komputer riba atau dikenali sebagai laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti seharian mereka. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang portable mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dengan keistimewaan ini bukan sahaja memudahkan anda malah ia juga memudahkan si PENCURI. Tahukah anda bahawa komputer riba sangat mudah untuk dicuri walaupun anda menyimpannya ditempat yang selamat. Ini kerana tempat yang anda rasakan selamat sebenarnya juga mempunyai risiko dan anda tidak akan menjangkanya. Anda mungkin boleh mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku ke atas diri anda namun jika ia berjaya dicuri apakah tindakan anda untuk mendapatkan semula komputer riba anda?

Setiap hari terdapat laporan kehilangan dan kecurian komputer riba yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Malangnya tiada tangkapan yang berjaya dibuat bagi menyelesaikan masalah ini. Lebih 97% kes kecurian komputer riba tidak dapat dijejaki semula. Banyak kes yang berlaku melibatkan kecurian di dalam kereta, kolej, asrama, pejabat, kedai makan dan sebagainya. Fenomena ini bagai tidak dapat dielakkan walaupun pengguna merasakan ianya selamat daripada dicuri kerana kecuaian dan kecurian adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka.

Kebanyakkan mangsa kecurian akan melaporkan kepada polis namun tiada apa yang dapat dilakukan kerana kes-kes sebegini adalah perkara biasa dan terlalu banyak untuk disiasat. Tidak kurang juga ada yang menggunakan khidmat bomoh yang kononnya mampu memberi gambaran wajah si pencuri. Sejauh manakah kebenarannya dan apakah bukti yang boleh dikaitkan dengan gambaran yang diberikan.

Sebagai pengguna komputer riba seperti anda, kami juga pernah mengalami masalah ini dan kini kami telah menemui sehingga 80% jalan penyelesaian bagaimana untuk melindungi komputer riba anda.


F-TRACKER

Satu perisian komputer bersaiz kecil yang kami hasilkan telah terbukti dapat menyelesaikan masalah ini sehingga 80%. Hanya dengan menggunakan perisian F-Tracker komputer riba anda dapat dipantau walaupun ia telah dibawa jauh dari anda. F-Tracker akan mengikut ke mana sahaja komputer riba anda dibawa dan akan menjadi perisik untuk anda. Dengan keupayaan menggunakan 'webcam' komputer riba anda perisian ini akan menangkap gambar individu yang menggunakan komputer riba anda setelah ianya hilang. Maklumat lain seperti alamat IP juga akan dihantar kepada anda bagi memudahkan anda menjejaki dan mengenalpasti suspek. Maklumat ini dapat diakses melalui akaun Fulamak Network dan ianya boleh dijadikan bahan bukti untuk disertakan semasa membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dan tangkapan.


Jika komputer riba anda tidak dilengkapi dengan perisian ini mungkin anda akan kehilangan komputer riba kesayangan anda buat selamanya. Namun jika komputer riba anda dilengkapi dengan F-Tracker anda mempunyai sehingga 80% peluang untuk mendapatkan semula komputer riba anda. Sebelum anda menyesal pastikan anda menggunakan F-Tracker sekarang sebagai persediaan jika kecurian berlaku ke atas diri anda.

F-Tracker akan menangkap gambar suspek secara pintar dimana gambar yang ditangkap melalui 'built-in' webcam ini tidak akan disedari oleh suspek ketika sedang sibuk menggeledah isi kandungan di dalam komputer riba anda. F-Tracker akan menyimpan gambar suspek tersebut di dalam hardisk dan akan menghantar gambar dan maklumat IP sekiranya terdapat talian internet.

Satu-satunya seumpamanya di Malaysia.
Untuk Maklumat Lanjut, sila KLIK SINI.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Hangat! Video Sambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah?

|
Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit mungkin adalah sambungan sequel dari Hantu Kak Limah balik rumah? Lebih kurang sama kerana tragedi ini berlaku di Kampung Pisang jugak. Dan ada nampak Warung Pak Jabit dalam Video ini. Hehehe.
Di ambil dari EMI. Kalau tak dapat tengok terus, click link kat video untuk pergi kat official EMI Youtube site k. :) Mesti semua tak sabar nak tengok wayang cerita nie. :)
Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Video Usop Wilcha Pertama Kali di Maharaja Lawak.

|


Awok nak set nie semuaaaa warna pink bukan warna koko.~~ Haha.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Video Usop Wilcha Menyanyi di Maharaja Lawak.

|

Usop Wilcha nie ada jer benda dia nak buat. Haha. Kelakar betul.
Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Video Johan dan Usop Wilcha di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

|


Meh sama-sama kita pecah perut. Mereka nie memang totally kelakar. XD
Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Ada Sesiapa Nak Header Blog Baru?

|
Salam semua. :) Hari nie nak kongsi tentang benda baru. Apa dia? Meh, meh baca sampai habis baru boleh tahu. Miahahaha. *Ketawa gedik. Sumpah aku tak suka doe. =="

Korang selalu dengar tak pasal header? Ya, header blog. Takkan lah ada blog takde header kan? Kes pelik tuh. Haha. Oleh kerana itu, aku nak memperkenalkan korang kepada satu syarikat kecil milik anak muda tempatan. *Jangan nak muda sangat lah. Haha. Korang tengok jer la link yang akan diberi sebentar lagi yea. Harap-harap korang berminat. :)

Dekat sini aku nak memperkenalkan Chuck Artwork. :)



Chuck Artwork
Banner Chuck Artwork


Blog Chuck Artwork
Meh la datang. Singgah-singgah kejap dekat Chuck Artwork. Tengok-tengok pilihan yang ada. :)
Click Chuck Artwork untuk direct pergi ke Chuck Artwork.

P/S : Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Mahukan Blog Review Dari Expect the Unexpected?

|
Salam semua. Oleh kerana dalam minggu nie aku adalah dapat 2-3 review dari blog-blog yang hebat, aku nak berterima kasih kepada mereka yang sudi review blog aku. Dengan itu, aku akan mengisytiharkan, blog aku akan mereview blog korang pula. Cara-cara untuk aku mereview blog korang nie mudah jer. Tanpa sebarang syarat ketat dan yang agak ketat. Just drop comment dekat entry nie.
Contoh : Chuck - http://chichakx.blogspot.com/ . Yang lain-lain korang nak tambah tuh terpulang lah ye. :)

Eh? Macam kenal lah? Haha.


P/S : Thanks banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi mereview blog aku. :)
Perhatian : Penyertaan untuk review ini ditutup pada 4 Mac 2011.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Terima Kasih Kepada Anda.

|
Salam kepada semua pembaca blog yang jarang update nie. Maafkan aku sebab aku tak banyak idea macam korang-korang semua. Kali nie just nak share pasal traffic blog aku jer. Sumber macam biasa la, tak dari stats pun ambil dari analytics Nuffnang. Apa lah sangat blog aku nie. Tak pernah pun ambil Buffered Earning dari Nuffnang. Tak pernah dapat blogger terbaik dari Nuffnang. Tapi aku still mengekalkan status Glitterati untuk profile Nuffnang aku. Hopefully BE aku naik lah lepas buat backlink pasal Nuffnang nie. *Ketawa.

Nak bagitahu berapa BE aku ke? Haha. Tak payah la. Buat malu sendiri jer. Bukan tujuan aku berblog nak dapat duit pun. Tapi kalau dapat duit tuh kira advantage lah kan? *Ketawa. 
Kena tengok juga keyword macam mana. Kalau tak, penat menulis. *Sigh.

Keyword Nuffnang aku.


Nie untuk last week. Tengok dalam picture kat atas. Kalau ikut referral, ramai yang datang sini atas Keyword 'Helmet Arai Nakano'. Maknanya banyak mat rempit la masuk sini? *Ketawa. Aku sure akan buat satu post akan datang pasal helmet Arai sekali lagi. Traffic tuh brai. *Ketawa.

Yang tuh semua tak penting sangat kot. Yang paling penting, ada juga orang nak singgah blog aku nie kan? Terima kasih kepada semua sebab tanpa pembaca apalah ertinya aku menulis kan?

Referral Nuffnang aku.
Banyak yang datang dari http://blogger.com/home. Maknanya? Of course lah dari follower-follower dan rakan-rakan blog yang lain. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah dekat sini. Terima kasih kerana follow dan membaca ya. :) Mungkin aku tak dapat balas balik semua kunjungan korang, tapi aku sure aku akan cuba untuk balas kunjungan korang. :)

P/S : First time aku mendedahkan pasal Nuffnang aku. *Tutup muka. Malu.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Contest dari KakiBLOGGER (Contest Design Baju) - Hadiah Percutian di Langkawi!

|
Template Contest Design Baju Kaki Blogger


Syarat-syarat Penyertaan dan Hadiah
  • Hadiah : Percutian di Langkawi (2 Hari 1 Malam) Untuk 2 Orang. (Tidak Termasuk Pengangkutan Ke Langkawi)
  • Tarikh tutup menghantar penyertaan : 5 Mac 2011
  • Durasi contest : 5 Mac 2011 sehingga 23 April 2011
  • Tarikh umum pemenang : 1 Mei 2011
  • Cara pemilihan : Design Peserta Akan Diletakkan Di Album Fanpage KakiBLOGGER. Pemenang dipilih berdasarkan 50% jumlah like tertinggi dan 50% dari admin-admin KakiBLOGGER sendiri.
  • Peserta dikehendaki menggunakan template yang telah disediakan dan letakkan banner pertandingan di sidebar blog. 
  • Design yang telah siap boleh terus dihantar ke fanpage KakiBLOGGER
  • Bagi yang mempunyai blog : Anda dikehendaki membuat 1 entry di blog anda sendiri untuk mempromosi design baju anda.
  • Pemenang akan diumumkan di Fanpage KakiBLOGGER
Banner Contest


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Doa Kita Bersama Mereka.

|
Baru-baru nie aku dapat contact balik dengan kawan aku sorang lepas hampir 8 tahun lost contact. Classmate aku masa darjah 6. Memang susah aku cari dia, nama dekat FB memang takde kena mengena dengan nama dia. At last, aku tahu yang tuh memang classmate aku dulu. Dah lama tak borak and sekarang aku tahu dia dekat Alexandria, Egypt.
Masa aku chatting dengan dia kat FB, aku sempat mintak ID Skype dia sebab dia kata pada masa tuh dalam 2-3 hari lagi, FB akan kena block sebab Twitter telah awal-awal lagi di blocked. Memang betul jangkaan dia, esoknya FB di Egypt terus kena blocked. Kerajaan Egypt blocked semua sebab mereka tak mahu orang awam connect sesama mereka dan juga pihak luar. Talian telefon turut disekat. Aku hanya berhubung melalui Skype.
Dia story kat aku yang everyday ada riot dan everyday ada yang terbunuh. Polis tembak orang awam dah macam patung. Nyawa bagaikan takde nilai dah. Rakyat Egypt buat riot kerana mereka tak bersetuju dengan Presiden mereka sekarang yang telah memerintah selama 3 dekad. Banyak rasuah dan banyak gejala buruk lain semakin menular disebabkan Presiden mereka.


Aku tahu, yang ramai lagi rakyat dan pelajar kita dekat sana. Aku ada terbaca yang ada pelajar dari Malaysia telah cedera ditembak kat kaki. Sama-sama kita harapkan tak berlaku perkara buruk kat pelajar dari Malaysia. Termasuk kawan lama aku, Nur Ain binti Mahfar.
Now, aku dah lost contact semula dengan kawan aku. Hopefully, takde apa-apa yang akan berlaku. Sekarang kita hanya mampu berdoa untuk mereka supaya keadaan dekat sana kembali aman.

P/S : Aku harap segalanya akan kembali seperti sediakala.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Pendapat Anda Sangat Di Perlukan Di Sini.

|
Salam. Lama tak menaip dalam nie. Untuk entry kali nie, aku nak mintak pendapat korang lah. Before nie blog aku tersangatlah berat pada pendapat aku sendiri iaitu dalam 180 kb ke atas la lebih kurang. Then memang lambat nak load. Tuan punya blog bukak pun lambat load. Apa lagi bila orang lain bukak kan?
Aku banyak buang widget yang mengarut-ngarut sejak aku tukar layout hari tuh. Pening juga kadang-kadang pakai layout macam nieh. Cari HTML code semua takde, semua different function. Serious memang lain. =="

Buat masa sekarang aku upgrade blog aku dengan menukar function-function seperti :
  • Ajax Shoutbox - Korang try, memang berat blog akan jadi different sangat-sangat.
  • Widget untuk picture - Gambar akan jadi kelabu bila tak scroll.
  • Reply to comment - Senang aku nak membalas comment. :)
Hasil dari semua yang aku cuba tambah dan tolak nie memberikan aku result di bawah.


Then? Apa pendapat korang? Masih berat lagi ke? Taktaulah kalau ada yang kata masih berat. ==" Sila tinggalkan comment samada untuk memberi pendapat atau request tutorial. :)


P/S : Pening fikir macam mana nak ringankan blog. Haha . :)


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Banner KakiBLOGGER Untuk Anda Semua.

|
Selamat datang kepada semua ahli KakiBLOGGER. Ada banner untuk anda semua. Kali ini, kita sama-sama mempromosikan page ini. Selalunya, hanya kami (admin) yang mempromosikan blog anda. Diharapkan semua KakiBLOGGER dapat memberikan kerjasama. Terima Kasih.

KakiBLOGGER

Cara untuk meletakkan banner ini di blog anda :
1. Design > Add A Gadget > HTML/Javascript
2. Copy (CTRL + C) dan Paste (CTRL + V) code ini :

<center><a href="http://www.facebook.com/pages/KakiBLOGGER/157075937670515?ref=sgm" target="_blank" title="KakiBLOGGER"><img alt="KakiBLOGGER" width="200" src="http://img407.imageshack.us/img407/5715/animationi.gif" height="200" /></a></center>

3. Save dan Selesai. Terima Kasih.

Perhatian : Untuk menukar size, sila tukarkan code yang berwarna kuning mengikut kesesuaian di blog anda.


P/S : Diharapkan KakiBLOGGER akan terus berkembang.


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker