Rakan-rakan Blog

Siapa Superhero Korang?

|
Kadang-kala pernah satu ketika aku membayangkan yang aku berkahwin. Ya, berkahwin. Mempunyai seorang isteri. Tapi bukan dalam masa terdekat kerana aku masih lagi bergelar seorang pelajar. Tapi yang pastinya bila umur kita semakin meningkat, perasaan untuk mendirikan rumahtangga semakin hari semakin kuat. Tapi biarlah impian yang bakal dibina mempunyai asas dan kalau boleh biarlah rumahtangga yang dibina menjadi utuh dan kukuh. Semoga ia akan berdiri selamanya. Jangan gunakan perkataan kahwin sebagai ayat untuk menghalalkan yang terlarang sahaja tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul kelak.

Entah kenapa, malam nie aku terfikir. Teringat kudrat kedua ibubapa yang telah membesarkan aku. Aku cuba meletakkan diri di tempat abah. Setiap hari dia akan bangun seawal 4 pagi dan balik selewat 8 malam. Pernah tak korang bayangkan situasi ini? Maaf jika korang tak pernah. Tapi aku bukan orang senang macam korang-korang semua. Sekadar cukup makan untuk aku sekeluarga. Jarang dapat bermewah-mewah macam korang-korang semua. Aku cukup bangga dengan apa yang abah lakukan kerana hanya dengan kelulusan darjah 6 sahaja dia tetap boleh menyara kami sekeluarga. Sehingga aku boleh merasa udara dunia selama lebih kurang 20 tahun. Dia sudah berikan aku kasih sayang yang cukup. Mengasuh aku dengan baik dan memberikan yang terbaik untuk aku.

Macam-macam cara dia cuba untuk beri kesenangan kepada kami sekeluarga walaupun kadang-kadang dia tak dapat apa yang dia mahukan. Cuma dua orang cahaya mata yang dikurniakan kepadanya. Tapi aku dan abah selalu berlainan pendapat. Dia orang seni. Aku juga sukakan seni. Tapi seni dia bukan seperti seni yang aku gilakan sekarang. Dia dengan dunia dia dan aku dengan dunia aku. Berjumpa lagilah jarang. Lebih-lebih lagi sejak aku duduk di asrama. Tapi semua keperluan aku cukup hasil dari keringat dia membanting tulang. Tak pernah aku dengar dia merungut kerana penat. Tetapi setiap hari terpancar seribu senyuman yang kadang-kadang tidak terjangkau akal aku. Setiap masa dia akan membuat kami sekeluarga ketawa dengan jenaka dia. Dia juga yang mengajar aku untuk sentiasa senyum ketika ada masalah mendatang. Kadang-kadang kita tak perlukan berbagai-bagai hari seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan macam-macam hari untuk kita meluahkan ekpressi sayang kita kepada seseorang.

Aku takde apa nak dibanggakan. Tiada DSLR, tiada Blackberry, tiada I Phone dan jauh sekali I Pad macam korang-korang semua. Tapi aku tahu aku ada seorang SUPERHERO yang selalu berada di belakang aku iaitu abah aku.


Superhero Aku.

P/S : Kebetulan post yang aku nak buat nie ada kena mengena dengan ZineSatuMalam. Jadi aku terus join diorang. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

16 Commments:

ArmsJackal said...

takde abah tak hidup la kite kat dunia ni..

TUNASYA said...

so sweet... =)

Shareeza said...

sweet.. btol2... mmg abah la superhero yg patut kita jd kan idola.. aku teringat 1 lagu dr inteam... tajuk die sentuhanmu... best.. setiap kali dgr lagu tu mesti aku terpikir.. btol gk lirik die.. xpernah aku tnya ke mana tumpahnya keringat ayah aku,kalau bukan utk kami adik beradik... dan xpernah aku kira brape byk kerutan kt dahi ayah aku.. brape glap kulit die (die cina,so aku tau die putih,,tp lengan die skg gelap giler) bekerja utk cari rezeki wat kami semua.. yg kita ank2 pikir hnya la kemahuan kita kan... hayati lirik lagu ni... best :)





Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Chuck said...

@ArmsJackal Yup bro. Selagi ada, kita sayangilah dia sebaik mungkin. :)

Chuck said...

@TUNASYA Thanks mim. :)

Chuck said...

@Shareeza Thanks. Sgt terharu. Siap lirik awak send dekat sini. Thanks banyak-banyak. :')

Fatihah Baihaki said...

betul2.jangan lah bila diorang dah xde baru nak sedar pengorbanan diorang.jus like me :(

Shafiza said...

Aku pun takda Iphone, blackberry, Ipad semua tu.
Kalau nak beli henset pun guna duit sendiri.
Malas nak bebankan makayah aku demi keinginan aku.

GkaChan said...

:')

ayu cheese cake said...

tersentuh hati :')

Chuck said...

@Fatihah Baihaki I'm sorry. Never meant utk buat u sedih. Yang penting doa untuk mereka yang dah pergi. Doa anak yang soleh penting untuk mereka disana. :)

Chuck said...

@Shafiza Betul. Nak bergaya tak perlukan duit mak bapak. :)

Chuck said...

@GkaChan Thanks leaving a comment. :')

Chuck said...

@ayu cheese cake Thanks babe sudi comment kat sini. :)

Shareeza said...

sama2... sbb lirik tu mmg sgt menyentuh hati.... boleh menitis air mata kalau dgr lagu die skali.. :)

Chuck said...

@Shareeza hehe. maksud lagu dia mendalam. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker