Salam, bertemu lagi kita di Episod ke 4. Untuk episod kali ini, saya mahu berkongsi lagi mengenai projek Kancil kesayangan saya.
Untuk projek kali ini, saya letakkan dua item sekali iaitu Spoiler Moderno Limited dan Speaker Carrozzeria.
Bagi mereka yang memperjuangkan bodypart Moderno, antara benda wajib kena ada, adalah spoiler Moderno Limited dan Lampu Ketam. Untuk lampu ketam, saya belum lagi dapat memilikinya. Kenapa? Kerana harganya agak mahal dan barang semakin sukar di jumpai. Anda tahu berapa harganya? Ya, dalam lingkungan RM600 hingga ke RM900. Saya tangguhkan dulu niat memilikinya dan berharap, satu hari nanti saya dapat memilikinya.
Buat masa sekarang, saya telah perolehi spoiler Moderno limited yang saya dapat dari seorang sahabat dengan harga yang berpatutan. Terima kasih sahabat kerana memberikan saya peluang merasa barang yang semakin sukar dijumpai ini.
Untuk spoiler pula terbahagi kepada beberapa kategori. Untuk Mira Moderno biasanya orang akan menggunakan Spoiler dari Model L5, Mira J dan spoiler Moderno Limited. Spoiler L5 sudah cukup baik sebenarnya cuma mengikut die hard fan, masih belum cukup tegar sekiranya tiada spoiler Mira J atau Moderno Limited kerana masih belum mengikut catalog Mira Moderno. Selain itu, ada modifikasi yang perlu dilakukan jika ingin menggunakan spoiler L5 disebabkan bonet L5 dan bonet Moderno tidak mempunyai cutting yang sama.
Untuk speaker pula terbahagi ke beberapa bahagian juga, penggemar JDM biasanya yang memilih jenama Carrozzeria by Pioneer adalah disebabkan kerana Carrozzeria adalah speaker stock untuk kebanyakan kereta-kereta di Jepun. Nak kata bunyinya hebat? Pada saya biasa sahaja, cuma imej JDM yang menjadi buruan. Terdapat speaker Carrozerria Tiang Gol, Bantal, Bantal Walnut, Raket, Dugong, Roti John dan berbagai lagi. Jangan pelik dengan namanya kerana didalam istilah JDM memang macam-macam nama. Saya memilih kategori bantal iaitu Carrozzeria 4 way sebagai pilihan.
Ini kerana, bunyinya dan juga yang paling penting lampu yang terang. Ya, speaker ini mempunyai lampu LED. Baru belanja, tak gitu? Haha. Saya juga turut menukar papan speaker dan tapak speaker kerana papan dan tapak asal sudah tidak berapa elok. Jadi saya ambil di halfcut dan tukarkannya. Beza papan berserta tapak speaker Kancil dan L2 adalah pada warnanya, iaitu L2 hitam dan Kancil Kelabu.
Jom enjoy gambar. :D
Spoiler Moderno Limited - RM300 (Waq Nen, pasang by Abg Long Tarosan)
Speaker Carrozzeria - RM300 (Waq Nen)
Papan Speaker Hitam - RM80 (Half Cut Pontian)
Tapak Speaker Hitam - RM50 (Ah Tai, Pontian)
Spoiler Moderno Limited |
Speaker Carrozzeria 4 Way |
Lampu Apabila Malam |
0 Commments:
Post a Comment