Salam semua,
Untuk episod kali ini agak mudah dilaksanakan jadinya, saya akan gabung kan entry ni menjadi satu.
Untuk episod ketiga ini, saya gabungkan 3 benda sekali untuk dipasang di kereta kesayangan saya ini.
3 barang yang dimaksudkan adalah,
- Scoop besar L2s (Rujuk entry lepas, scoop yang asal dapat tapak tak berapa cun)
- Foglamp Libero (Rujuk entry lepas, bumper belakang berlubang siap ditebuk)
- Dashboard Daihatsu Opti (Asal dashboard Kancil 850)
Saya akan lebih fokus di Dashboard untuk entry kali ini.
Disaat semua peminat K-car sibuk mengejar Dashboard L5 Hitam + Jam tenggek + Meter Merah atau Meter 220 km/H, saya dengan sengaja cuba menongkah arus dengan menggunakan dashboard yang diceduk dari Daihatsu L300s iaitu Daihatsu Opti.
Dashboard ni sememangnya ada dalam jiwa pejuang-pejuang K-car tapi biasanya jarang dapat bertemu, jadi saya buat keputusan memang nak gunakan dashboard ni. Sebabnya bila guna dashboard L5 telah lari dari catalog original Mira Moderno jadi apa bezanya jika saya guna dashboard Opti?
Cuma ada beberapa aksesori yang terpaksa saya dapatkan secara berasingan dan agak susah nak jumpa di masa semua org sibuk mengejar dashboard L5. Contohnya :
- Jam walnut Opti
- Burger Walnut Opti - (Datang dengan dashboard)
- RPM tenggek Opti - (Datang dengan dashboard)
- Laci syiling Opti (Engrave font)
Proses untuk completekan dashboard ni memang makan masa yang lama dan sehingga entry ini ditulis, padanan doortrim dashboard ini masih lagi tidak saya ketemui dengan harga yang munasabah. Tapi apa pun saya akan cuba untuk completekan dalaman fully mengikut spec Daihatsu Opti!
Untuk dashboard ini, saya ambil di Melaka juga. Dashboard Opti ni banyak boleh didapati tapi nak dapatkan yang complete dengan Burger Walnut Opti ni bukan mudah. Saya pernah bertanya di sebuah kedai Half Cut di JB untuk Burger Walnut ini, anda tau berapa harganya? RM450 burger sahaja! Hilang akal nak beli tu sahaja dengan harga tu. Takpelah, kirim salam je la. Haha.
Ketika saya datang ke Melaka untuk ambil Dashboard ini, sungguh bertuah nasib saya bila hamba Allah yang menjualnya turut memberikan saya Karpet Krim Opti sebagai freegift kerana nampak kesungguhan saya sanggup ke Melaka dari Johor untuk COD Dashboard tersebut.
Sekali dengan pasang dashboard tu, saya pun ambil kesempatan pasang sekali antenna Mira yang lama dah terperuk dalam simpanan. Beza antenna Mira L2s dan Kancil adalah kedudukan dan rupa nya. Antenna Mira L2s di tengah, manakala antenna Kancil di tepi. Ikutkan antenna Moderno sama je macam Kancil tapi tak nampak pulak perubahannya nanti. Kakaka.
Harga :
Dashboard Opti - RM450 freegift Karpet Krim (Amin Skyhigh, Melaka)
Laci syiling Opti - RM100 (Deng Global Autopart)
Scoop Besar L2s - RM70 (Ah Tai, Pontian)
Foglamp Libero - RM50 (Li'en Evo, Online) - Layan ayam dulu. Ori akan datang.
Suis sportlight Opti - Trade in dengan 2 suis lain. (Nak cari memang susah!)
Jam Walnut Opti - RM100 (Que Chipka, JB)
Antenna L2s dan Cable - (Bob Kurr Mira)
Dipasang di Az Garage, Jalan Tahana, Tampoi
Antenna L2s dan Cable - (Bob Kurr Mira)
Dipasang di Az Garage, Jalan Tahana, Tampoi
Foglamp Mitsubishi Libero |
Scoop Bonet L2s |
0 Commments:
Post a Comment