Salam, episod kedua telah pun bermula, apabila sibuk scroll forum Kcarlife, time saya start scroll ni memang zaman Kcarlife dah slow sangat. Kcarlife aktif sebelum zaman Facebook lagi, jadi tak hairan lah kalau otai-otai kcar semua berkampung kat sini. Scroll punya scroll dekat Kcarlife punya forum, tetiba termasuk thread Racun Moderno! Berbulan jugak la belek punya belek. Lastly, dah buat keputusan memang jiwa saya dekat Moderno.
Teruslah saya pun usha-usha melalui Mudah.my dan group di Facebook. Time ni baru tersedar, yang barang Kcar ni harga sangat mengarut. Bayangkan? Bonet scoop L2s boleh jejak RM700? Jadi lepas selak wallet, saya tinggalkan la minat tu demi menyambung kelangsungan hidup. (Modai takda lagi bai sebab masih student.)
Sampailah satu hari tu 26 September 2014, tiba-tiba ada sorang mamat ni nama Mahathir post dekat Facebook, kereta nak dijual. Kereta tu dengan bodypart Moderno dan siap bonet scoop L2s original! Saya pun apa lagi la, terus cucuk jarum owner. Nak tak trade bodypart dgn saya? Kebetulan mmg sama-sama warna biru pun. Jadi dia pun setuju, saya apa lagi dari Johor terus ke Melaka untuk trade body part standard dan paling seronok dapatlah merasa bodypart idaman saya termasuk Bonet scoop L2s.
Tapi ending dia tak habis sampai situ je. Barang yang saya dapat tak berapa cun. Bumper depan berlubang kerana dah siap tebuk untuk IC (Intercooler), bumper belakang dah siap tebuk untuk foglamp Libero, Scoop depan tapak banyak patah, signal fender dah kusam teruk, bracket bumper depan belakang takde. Nak tak nak saya terpaksa accept sebab masa dia hantar gambar, bodypart tu nampak elok, saya pun malas buang masa sebab dari jauh dah datang. Harga pun boleh dengar lagi. Lagipun kawan saya, Shukri tolong pasang. Jadi kerja lebih mudah, walaupun berpeluh lah juga. Pengalaman pertama katakan. Kebetulan memang nak singgah wedding kawan saya yang lain. Terus lah minta tolong dia untung tolong pasangkan sekali. Naya member. Haha.
Jadi, banyak lagi progress saya kena lalui ni untuk teruskan misi Moderno ini.
Lalu saya pun trade in Bodypart Kancil 850. Barang asal kereta ni ada masalah kalau ikutkan, since pintu sudah disimen (buang line pintu), dari fender membawa ke body belakang semua takde line.
-Bumper depan Moderno (Siap tebuk IC) - Market RM350
-Bumper belakang Moderno (Siap tebuk foglamp) - Market RM150
-Bonet scoop L2s (Scoop tapak patah) - Market RM550
-Bonet belakang Moderno - Market RM350
-Spoiler L5 - Market RM150
-Fender L2s (Signal Kusam dan Banyak Simen) - Market RM150
Harga siap trade in - RM800
Penjimatan - RM900
Masa beli memang fikir jimat macam ni, tapi bila dah build over semula yang tak berapa cun tu, lebih kurang harga market je jadinya. Haha!
Ini antara barang yang kena tukar semula.
-Bumper depan baru - RM300-RM350
-Scoop bonet - RM50
-Signal fender - RM50
-Spoiler Moderno Limited - RM400-RM700
-Foglamp Libero - RM180
-Bracket Bumper Depan + Belakang - RM50
-Pintu 1 set - RM200
Kenapa kena tukar pintu? Kereta ini asalnya memang takde line dari belakang sampai ke fender, jadinya takkan di fender je ada line! :P Nak taknak terpaksa juga lah. Okay, untuk Episod kali ni, sampai di sini sahaja, bertemu di Episod akan datang.
0 Commments:
Post a Comment