Salam, sejak diconvert ke Daihatsu Mira Moderno ni kereta ni dah mula nak buat hal. Enjin tak berapa perform dan dah mula makan minyak hitam. Sampailah satu hari tu, saya pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor. Dalam perjalanan pulang, tetiba terus mati. Nak start memang dah tak boleh. Rupanya piston sebiji dah out. Nak taknak dengan bantuan rakan-rakan terdekat. Cuba hubungi bengkel-bengkel sekitar tu, dan akhirnya sembuh seperti sediakala.
Tapi malangnya dalam seminggu dua lepas dah turun enjin, dia buat perangai lagi. Masalah yang sama terjadi semula. Saya dah serik untuk overhaul sahaja, kosnya bukan murah dan saya takut masalah sama berulang kembali. Jadi dengan iltizam dan poket agak tebal terus saya singgah ke Apel Zaff Garage yang terletak di Taman Universiti, Skudai untuk proses penukaran enjin standard kepada enjin ....?
Saya masih dalam dilemma samada mahu menggunakan jentera yang berkuasa turbo atau NA. Setelah ditimbang tara dan diperhalusi lagi perjalanan saya yang memang banyak ulang-alik serata negeri, jadi saya ambil keputusan untuk ambil enjin NA iaitu datang dari Daihatsu Storia 1.0. Enjin ni lebih kurang enjin Kelisa sebenarnya, cuma bezanya datang dari Jepun dan ada yang cakap enjin ini lagi tahan dari enjin Kelisa di Malaysia.
Enjin ni mudah di maintenance kan berbanding enjin yang berkuasa turbo kerana kurang panas jika dibandingkan keduanya. Janji sampai masa tukar minyak hitam and ready to go! Saya terpaksa tukar enjin dahulu kerana gearbox 1.0 telah out dari budget saya. Saya mengekalkan gearbox 850 yang lebih pikap dari gearbox 1.0, cumanya top speed agak kurang dari gearbox 1.0. Takpe pelan-pelan tukar, insyaAllah nanti upgrade lagi.
Dalam 2 minggu kereta ni masuk bengkel untuk ditukar jantungnya. Alang-alang dah nak tukar enjin, apalagi tembak spray terus dekat Enjin Bay. Saya pilih Striking Pink, tetiba berkenan pulak dengan colour ni. Biar luar nampak ganas. Yang penting dalam enjin Jambu. Kakaka.
Bengkel : Apel Zaff Garage
Semasa proses membarai |
Dah naik colour enjin bay |
Enjin siap dah naik |
Alhamduliilah proses naik enjin baru telah selesai |
0 Commments:
Post a Comment