Rakan-rakan Blog

TandaTanya : Adakah Agama atau Budaya Pilihan Anda?

|
Pertama sekali, aku ingin mengucapkan selamat datang ke blog usang ini.Terasa ingin mencoretkan sesuatu dan rasanya ini masa yang terbaik untuk berbuat sebegini. Seperti selalu, blog ini sekadar luahan pendapat dan mana-mana yang sudi berkongsi pendapat, sila tinggalkan komen anda. InsyaAllah akan dibalas secepat mungkin.

Upacara Akad Nikah. *Gambar Google.

Seperti apa yang baru berlaku disekeliling kita termasuk juga disekeliling penulis sendiri. Kita kadang-kadang terlupa yang kita terlampau mengagungkan budaya dan adakalanya kita terlupa tentang keagungan Agama Islam kita itu sendiri.

Contoh paling terbaru, rata-rata dari kita seharusnya tahu tentang berita terbaru iaitu antaranya ialah 'Pasangan Kahwin Muda, Bercerai Talak Tiga'. Mungkin terdetik dalam hati penulis ingin menulis bab kahwin kerana penulis sendiri belum berkahwin dan diambang untuk memikirkan tentang usaha membina mahligai rumahtangga.

Dalam contoh tajuk akhbar diatas, yang paling sedih bila berita tersebut dikongsikan di Facebook dan laman sosial yang lain. Bukan apa, anda sendiri tahu yang kadang-kadang berita itu tidak membuatkan kita berapa sedih tapi komen-komen itu yang membuatkan hati kita terasa sedih. Dan seperti biasa, yang kaki share semestinya membabibuta membuat andaian. Sedangkan kita tak pernah tahu apa masalah antara mereka.

Persepsi masyarakat kita bahawa kahwin awal itu boleh mendatangkan masalah. Ya, mungkin ada betulnya tapi kita kena ingat bahawa benda ini bukanlah sesuatu yang tidak elok. Itu adalah antara sunah Nabi Muhammad (S.A.W). Nabi sendiri meminang Aisyah (R.A) ketika Aisyah masih berumur 15 Tahun. Banyak percanggahan pendapat dalam isu ini, untuk lebih lanjut sila ke blog ini.

Penulis sendiri adalah antara remaja yang sememangnya ingin menjauhkan diri dari maksiat dan salah satu cara ialah bernikah awal. Tapi untuk bernikah bukanlah sesuatu yang murah. Pernah tak anda terfikir apabila selebriti ditaja sebanyak 13 Juta sedangkan pada masa yang sama terlampau banyak remaja yang ingin berkahwin tetapi belum berkemampuan disekeliling kita. Akad nikah bukanlah sesuatu yang mahal tetapi disebabkan sifat yang ditanam di minda kita bahawa majlis perkahwinan dan nilai hantaran perlulah mahal maka dengan itu dalam pada tak sedar, perkahwinan semakin hari semakin mahal dan zina semakin hari semakin murah.

Bukan mudah untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa kahwin awal adalah sesuatu yang baik. Biasanya kahwin awal dikaitkan dengan masalah sudah terlanjur dan berbagai lagi persepsi buruk masyarakat. Dalam sedar tak sedar kita sudah menghina ajaran islam itu sendiri yang menggalakkan umatnya berkahwin awal. Malu dengan orang sekeliling adalah antara masalah masyarakat kita tanpa sedar yang kita telah menolak tauladan dari Nabi. Pendapat penulis bermaksud bukanlah berkahwin pada usia belum baligh tapi pada usia yang sudah matang dan boleh berfikiran waras.

Apa-apa pun mudah-mudahan kerajaan dapat menyediakan bantuan untuk anak muda yang baru ingin mendirikan rumah tangga. Itu salah satu cara untuk mengurangkan kadar maksiat di negara kita dan secara tak langsung negara kita sendiri boleh membuktikan bahawa 'Negara Islam' itu bukan sekadar nama sahaja.

P/S : 13 Juta agak-agak boleh menampung berapa ramai remaja berkahwin?

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

0 Commments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker