Baucer Buku 1 Malaysia |
Salam kepada semua pembaca blog ini. Sekian lama aku tak buat post yang fully by my hand made. Hari nie aku nak share dengan korang lah pasal baucer buku yang kerajaan beri untuk semua pelajar IPT samada dari IPTA ataupun IPTS. Aku salah seorang yang dapat baucer tersebut. Jumlah baucer buku tu bernilai RM200. Empat keping baucer yang bernilai RM50 setiap satu. Pada mata aku amat bernilai. Tapi apa kegunaan baucer ini? Kerajaan mengeluarkan baucer ini atas nama baucer buku 1 Malaysia atau dalam erti kata lain ia digunakan untuk tujuan membeli buku-buku teks untuk pelajar IPT. Berlainan dengan pelajar sekolah menengah dan juga pelajar sekolah rendah dimana mereka mendapat RM100 cash. Budak-budak sekolah pun dapat bonus kan? This is good. Budak-budak tak pergi mengundi ok. Yang lain-lain aku tak nak ulas. Don't talk about politics in this post. Please.
Semalam aku baru sahaja menerima baucer tersebut dan secara tak langsung aku tersinggah lah di satu kedai buku. Ikutkan aku memang aku nak beli buku-buku berkenaan Graphic Design ataupun Photography, tapi malangnya tiada buku yang aku idamkan terdapat disitu. Jadi aku pun ambil keputusan untuk jalan-jalan di dalam kedai buku itu. Dalam kedai buku itu terdapat buku-buku, peralatan komputer serta terdapat sedikit mainan, baju dan patung-patung mainan.
Sesudah itu, aku mengambil keputusan untuk keluar. U know what? Aku melalui kaunter untuk pergi ke pintu keluar. Kaunter tu berhampiran dengan pintu keluar, jadi secara tak langsung nampak lah student-student tengah kumpul nak bayar barang-barang di atas kaunter. At the same time, aku nampak seorang hamba Allah nie beli earphone, mouse wireless dan patung dalam kuantiti yang banyak. Tak tau lah apa dia nak buat dengan benda-benda tu dalam kuantiti yang banyak kan? Maybe to be a reseller agent kot? Tiba-tiba aku nampak dia keluarkan baucer buku 1 Malaysia tu dan gunakan ia. Apa yang kepala aku fikir at the time? Is this book voucher or debit card?
Aku rasa baucer itu adalah baucer buku dan bukannya baucer kedai buku. Am I right? Kadang-kadang sedih tengok orang sendiri yang tak hargai bantuan kerajaan. Masih teringat lagi masa zaman kerajaan galakkan semua beli komputer guna duit KWSP. Kenapa sekarang takde? Kerana komputer tersebut dijual setelah dibeli menggunakan duit KWSP. Penyalahgunaan lagi. Kalau ikutkan aku, there are too many books that we can buy with the voucher. Janganlah limitkan fikiran, bila buku jer kena beli buku kursus yang universiti tawarkan. Open your mind. Banyak lagi ilmu yang kita takde. At least, beli some books yang boleh beri kita ilmu. Ilmu tu takkan habis sampai bila-bila. Sehingga sekarang fikiran aku masih berbekas dengan pesanan Dr. M iaitu bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya.
Maklumat mengenai baucer ini boleh didapati disini : http://www.dianarashid.com/2011/12/cara-tuntutan-baucar-buku-rm200-untuk.html
P/S : Masih mencari buku-buku yang dapat memberikan aku input dalam Graphic Design dan Photography.
36 Commments:
hak masing2..
suka hati depa la...pa punya owg la ni...otak bnyak pikir jahat saja meh...
setuju ngan penulis. Jangan sempitkan minda. Tidak semestinya perlu membeli buku untuk kursus yang diambil di universiti. Ilmu itu luas.
Ramai yang baca tapi tak faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya hanya nak tengok bangsa saya rajin membaca. Thats all. Kerajaan dah bantu pun still tak nak juga? Apakan daya yang saya boleh lakukan. :)
setuju dgn saudara..mmg pun,..kita harus hargai bantuan yg tlh diberikan..jgn ingt voucher tu untuk bli bnda yg ntah ap2..beli la buku,.sumber ilmu,...bacala,.seperti mna ayat surah al-alaq yg myuruh kita mmbaca.~ sekian..~
haha..jgn kolot sgt la bro..law nk cte slah gune..rmai bdak2 tajaan jpa pun bli brg mcm2 lg ler..dah kerajaan bg..pndai2 sndri la nk manfaatkn..law bli bku tp simpn je pun ap faedah..hal ni pun jd isu.hoho.
@♥ shaheizny ma ♥
ala pmpuan blambak beli novel cintan2..ohhh ilmu eh xsalah eh..kih3
sgt2 setuju ngn penulis...sy pon slh seorang penerima baucer tersebut... at the same time ade segelintir hamba ALLAH ni juga nk jual baucer tu kat orang lain dgn harga RM150 sbb mind set dorang dapat duit tunai... kdg2 dlm pandai2 masuk u ade gak bodohnya kan....
yupppp bukan buku yg berkaitan ngn kos kite amek je...that means buku fiksyen or bukan fiksyen pon boleh beli....mcm sy truly la..xder buku specific utk subjek but i'm buy buku yg berbentuk motivasi, agama..sekurang2nya leh simpan bace bile dah grad nanti...
ade je member2 gune baucer 1 Malaysia beli novel-novel cinte. . saye lak beli buku kisah2 nabi buat hadiah hari jadi adik.. agak2 salah gune tak ha?
mari beli buku soal jawab ustaz azhar idrus=)
mari beli buku soal jawab ustaz azhar idrus=)
setuju ngan penulis.
duit boucer tu pon asal duet kita gak kerajaan mane de duet..gunekanla sebaik mungkin..xperlu la nk pebesarkan isu ni..da kementerian pun luluskan alat2tan selain buku pun dibenarkan...so???kerjaan pun xkisah sbenarnye...mahasiswa pndai memlih..berdikari.....zzz
Aku rasa apa yang Chuck tulis cukup mudah untuk difahami, tambah tambah lagi jika anda seorang yang sudah biasa membaca buku. Untuk yang jarang jarang membaca buku, kalian mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mengenal pasti mesej tersurat yang cuba disampaikan.
Kalau kalian mahu, kita boleh sama sama berdoa agar suatu hari nanti kita boleh mendapat baucar earfon, baucar tetikus atau baucar patung. Woha!
@Chuck
sikap rajin membaca?
bagi aku pendekatan untuk pupuk minat membace dengan memberi voucher adalah salah. mungkin tidak kene care die la.
dan aku rasa kerajaan tak kisah student nak beli ape dengan voucher tu.
aku lagi suke anggap ia bantuan untuk pembelajaran. tak kisah nak beli apa as long as mende tu membantu kau untuk belajar. :D
mcm ko bg contoh budak tu beli earphone, patung n etc dgn kuantiti yg banyak. mungkin beliau nak jual ke lepas nie. at least dpt jugak keuntungan dkt budak tu. hehe. dpt la die beli buku yg mahal2 rege die...
@zombie Thanks Zoul. U got the point. Jarang nampak comment ko selalunya. :)
Dengar citer , kalo x nk ambil kupon , leh ambil cash ...
apa nak heran. dah tebiat students.. budak2 yg dapat biasiswa atau loan pon beli tipon canggih manggih tak sedar diri. sama je la tu.
@Anonymous bantuan dan loan benda yang berbeza. jangan la cetek sangat pemikiran. loan kena bayar tak? siap ada interest lagi. apa beza dengan pinjaman sendiri? bantuan ada kena bayar pape ke?
maybe yg beli mainan tu blaja dlm bidang pendidikan?jadi alat bantu mengajar..jgn terlalu fikir org ni salah org tu salah.kawal diri sendiri bru komen org lain
kau tak tau ke voucher tu boleh digunakan untuk beli computer accessories? aku dah tanya dah dengan orang yg bg aku voucher tu masa kat campus aku haritu..orang tu kata boleh je beli computer accessories.
@Anonymous ok, then what about the patung-patung yang aku nyatakan tu?
tu aku tak sure..kalau dah kedai buku tu terima gak voucher untuk pembelian patung tu tak boleh nak dibahaskan lagi laa..
kalau beli mouse nk bwat assignment x pe kn.
janaji die guna kan duit tu tujuan yg baik bkn salah pun xsemestinya nama baucer buku kna bli buku...........der jgn otak sempit lah n jgn skema sgt
kalau benci kerajaan, tak kan korang hadap sgt nk amek baucer sampai sanggup berator pjg2..
bila bab duit pandai je amek senyap2...
pastuh menyalak...x cukup lah duit rakyat lah ape lah...
selama hidup kat bumi malaysia ni cube kire tah bpe sen sgt duit korg yg dikatakan duit rakyat tu menyumbang kat negara?
xreti bersyukur langsung...nak beli barang lain tu belilah, tapi xpayah nak kutuk2 ke apa...
bab duit rakyat tu yg aku pelik sgt skang ni..
susah sangat ke nak ucapkan terima kasih pada kemudahan yang telah diberikan?susah?
lagi susah kot nak pegi pejabat bendahari, berator panjang2 nak amek baucer neh..
bukan ta reti bersyukur n bukan benci kepada kerajaan... tapi cuba pikir buka minda... apa TANGGUNGJAWAB sesuatu kerajaan kepada rakyat nya??? Jadi bende ni dah mmg tanggungjawab kerajaan kepada rakyat nya. Menyediakan kemudahan, bantuan dan macam2 lagi untuk kesejahteraan rakyat. Tapi mngkin saudara yg di atas ni kaya so ta kesa la kamu kata duit kiteorg ni bapew sen lah sngt ntok mnyumbngkn kt negara. takpa kami tak sekaya anda. tapi cuba pikir rakyat malaysia sekarang lebih kurang 27,565,821 orang then kali kan lah dngn RM0.50 sen sorng. hasil nya lebih kurng RM13782910.5 adakah dgn jumlah sebanyak itu tidak dapat menambah hasil pendapatan negara untuk membangunkan negara???? yela bagi kamu apa la sngt kn...mngkin kamu kaya.... lagi 1, baucer ini adalah hak kamu jadi tidak jadi masalah. Asalkan apa yg kamu beli dngn baucer ni baik dan berguna bagi kamu itu sudah cukup baik... masing2 dapat kan? jadi ta perlu la na sibukn hal orng lain...law kitew taw bnde uh salah then tapayah la ikot kan??? kite ad baucer sndri.. yg org lain pnye, kite takpayah la sibok sbb uh hak dye, dye pnye. ske hati dye la dye na wat ap ngn baucer uh. janji kita pon dpt, kita gunalah sbaiknya k...
Hi,saya setuju dgn penulis blog ni.Sy ni bekerja di kedai buku.last week mmg ramai student yg dtg & guna voucher 1Malaysia ni.Dlm hati ada brkata 'Untung student skrg. Dpt laptop free. Dpt voucher buku lg.Zaman sy study dulu xde mcm ni.Bagus ni'. Tp bila tiba2 dtg student brtanya 'Kak, voucher ni boleh ke guna utk beli komik?'. Terkedu skjap.Betul,voucher dh diberi kpd student,so terpulang utk mereka gunakannya utk beli apa2 pn yg mereka suka. Cuma..kan lebih bernilai sekiranya digunakan utk membeli sesuatu yg kita rasa teragak2 utk beli dgn duit sendiri? Cth:Kita berkenan dgn 1 buku,tp terpaksa pendam krn duit yg ada perlu digunakn utk keperluan lain yg lbh penting.Jadi,bila sudah dpt voucher sprti ni,bolehla digunakan utk beli buku tu. Ni hanya pandangan saya..jgn mudah tercuit =)
kalau depa beli novel? itu slh satu penyalahgunaan ka?
Bi beterabur, usaha lagi
Tak semestinya kena beli buku...sekarang lecterur bagi online notes, banyak nak kena print.So, saya guna baucar ni untuk beli printer dan dakwat printer serta kertas A4.
BANGSA KAMU BACA E-BOOK SAHAJA SEKARANG. LEBIH "RINGAN".
BANGSA KAMU BACA E-BOOK SAHAJA SEKARANG. LEBIH "RINGAN".
Sorry to say...
Fikirlah positif and dengan bersangka baik...
Saya di studen foundation, baru jew dapat baucer buku. Nie sem 3 so buku x de nak beli...
Expired date 31/7 masuk degree(dengan izin Allah) bulan 9...
Nak beli buku ape???
Dari membazir, belilah bende laen yang perlu...
Sorry to say...
Fikirlah positif and dengan bersangka baik...
Saya di studen foundation, baru jew dapat baucer buku. Nie sem 3 so buku x de nak beli...
Expired date 31/7 masuk degree(dengan izin Allah) bulan 9...
Nak beli buku ape???
Dari membazir, belilah bende laen yang perlu...
Harapnya orang jgn la pandang negatif kat semua org yg beli komik pakai baucer T-T
Ya memang majoriti pelajar yg beli komik untuk suka suka,tapi aku guna komik(yg memang pure jepun,tak translate) untuk improve my Japanese language skill sbb nanti belajar kat sana.*wait,asal tak baca buku teks jepun je kan byk tu,tak yah beli komik kot rasanya*fikir orang² lain.Buku teks tu bahasa baku je guys,aku nk discover gaya perbualan harian diorang.dan berlatih baca kanji.hmm tapi orang yang tak kenal aku mana nak tau semua tu.normal la kalau orang pandang slack kat aku kan haha.
So lets change our perceptions.keperluan bagi seseorang tu,mungkin sampah bagi orang lain.yoshh jom sangka baik!try not to be judgemental. tapi kalau obviously beli patung byk2 or novel cintan cintun tu hurmm no comment.
"Janganlah limitkan fikiran, bila buku jer kena beli buku kursus yang universiti tawarkan. Open your mind. Banyak lagi ilmu yang kita takde."
Yep setuju dengan penulis,byk ilmu kita takde.beli la buku masak masak ke,buku agama ke apa apa yg manfaat.ilmu ni luas.
Post a Comment