Rakan-rakan Blog

Adam Adli ditahan dan Presiden Bebas Cedera Parah?

|
Agak tertarik untuk membuat ulasan mengenai berita yang aku copy di bawah. Kerana satu bendera seluruh bangsa bertelagah. Bangsa lain duduk tepi tepuk tangan. Baca artikel ini sehingga habis dan aku akan membuat ulasan diakhir nanti. Sekadar pendapat aku untuk dikongsi.

KUALA LUMPUR – Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.

Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.

Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.

(GAMBAR: Adam Adli di lokap IPD Tanjung Malim)

Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.

Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.


Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.

Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.

“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau juga mendesak pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.





(SUMBER GAMBAR: Blog Politikus)

Jauh di sudut hati aku, aku menghormati perjuangan SMM. Sebagai salah seorang mahasiswa, aku tak nampak apa yang salah dalam hal nie. Mereka hanya menuntut kebebasan bersuara dan langsung tiada kena mengena dengan parti politik. Cuma mereka tersilap dengan menurunkan bendera Perdana Menteri. Dan kini SMM sedang menghadapi UMNO? This is ROFL. Merujuk kepada berita diatas, adakah ini yang kerajaan Malaysia cuba sampaikan? Perhimpunan Mahasiswa dibalas dengan keganasan? Tepuk dada dan tanya selera.

P/S : Gusar sekirannya hak aku dicuit dalam apa perkara sekalipun.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

8 Commments:

Anonymous said...

kalau himpun elok2,xde sape nk marah pun..yg ko g rempuh FRU yg tgh mengawal keadaan tu nk buat ape?padan muke!!

Anonymous said...

kalau nak jd SMM... biar neutral tanpa sokongan pemimpin baik pembangkang atau pro-kerajaan.. SMM perlu bergrak sendirian... dan x perlula sampai nak turunkn gmbr najib... btw, nampak sgt nak buat kecoh time kes liwat anwar 9/1/2012 ni... jgn mudah terpedaya ngn dakyah anwar bro...

Anonymous said...

BILA DAH KENA HAL,SIKIT2 SALAHKAN POLIS....POLIS JUGAK DISALAHKAN.INGAT POLIS NI SUKA SANGATKAH BUAT PERKARA SEBEGINI!!!!..LAINKALI FIKIR BANYAK KALI SEBELUM MELAKUKAN SESUATU YG TERANG2 MELANGGAR UNDANG2 NEGARA.MELAYU SAMA MELAYU BERGADUH,CINA,INDIA DLL BANGSA KETAWA TERBAHAK-BAHAK..TAK MALU KAH!!!!!!!!!!

Anonymous said...

SETIAP KALI BERLAKU HAL SEPERTI INI,MENYALAHKAN PIHAK UMNO...UMNO NI JAHAT SANGAT KAH???....SIAPAKAH DLM UMNO TU,BANGSA APA ?...BANGSA MELAYU KAN...MENGAPA MELAYU SAMA MELAYU SUKA SANGAT BERGADUH.DAH BERTAHUN-TAHUN,BUKAN SEHARI DUA...TAK BLH KAH MUHASABAHKAN DIRI..TAK PAYAHLAH NAK TUNJUKKAN TARING SEMATA-MATA KERANA SESEORANG.NAK BUAT PUN BIARLAH IKUT UNDANG2.JGN IKIUT KEPALA OTAK SENDIRI JE....BILA KENA BELASAH,MAKI HAMUN POLIS,CAKAP
POLIS TU ANJINGLAH...INGAT POLIS TU SUKA BELASAH ORG KAH??? LEBIH BAIK SIAPA2 MAHASISWA MASUK KERJA POLIS ,BARULAH RASA BAGAIMANA KERJA SEORANG ANGGOTA POLIS...CARRY ON YOUR WORK COPS,ALLAH BERSAMAMU..

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya bersimpati dengan keadaan yang berlaku, lagi2 saya mahasiswa malaysia yang menuntut di luar, keadaan diatas mmg x patut dilakukan polis, tp apa yang disebutkan dalam komen2 diatas x salah, demo secara aman kan bole, polis di situ sebagai batas supaya tiada yang tercedera tp kalau pendemo sendiri cari bala, memangla kena. saya x nak ckp pape la, bole twitter kat dalam lokap, mmg hebat, sebab setahu saya, barangan peribadi diambil selama owg kat lokap, selain tu, ingat2la, kita mahasiswa, pelajar, kata bakal pemimpin masa depan, ilmu kena cukup di dada baru bole lawan.bertindak bijak, dapat mengelakkan segala yang berlaku semalam.

Anonymous said...

jangan nak salah kan polis kalo korang tu x cukup nak ajar...nie ke BAKAL PENDIDIK ANAK AKU 6TY ??? . YANG SELOK2 NAK G REMPUH UPSI APESAL !!! MAK SUROH G BELAJAR LAAAAA....

Unknown said...

kenapa banyak nah anon ni ?
apapun naz simpati dengan mahasiswa ni sebab naz juga mahasiswa ipta .

Sepatutnya pihak terbabit mengambil kira apa yang dirusuhkan dengan perbincangan bukan membalas dengan keganasan .

Kalau macam ni ,mana yang dikatakan mahasiswa mempunyai hak bersuara kalau tak di endahkan langsung .kan :)

Anonymous said...

Klu nak guna hak bersuara pun, gunalah cara yang baik, saluran yang betul.. x payah lah nak main2 rempuh FRU tu.. Berhimpun tengah malam buat apa? Ada orang ke nak layan? Dari menganggu ketenteraman masyarakat di malam hari, kan lebih baik balik rumah dulu, tido kumpul tenaga dulu n berhimpun masa siang hari.. kan lebih baik.. ayat2 kat twitter tu kalau boleh biarlah berhemah.. Bukan apa, takut memikirkan macam mana akhlak/moral generasi akan datang kalau diajar oleh cikgu dengan ayat2 macam tu. X naklah naT, murid2 bila kena marah je, kluar ayat @#$%..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker