Rakan-rakan Blog

Akta Baru Untuk Pembeli dan Penjual Online?

|
Ini salah satu berita yang menjadi berita baik untuk aku kerana aku adalah salah seorang penjual dalam talian. Sebelum ini terdapat banyak kes penipuan yang berlaku disebabkan oleh kebanyakan peniaga atau pembeli terlibat dengan penipuan kerana hanya berurusniaga diatas. Ada kerugiaan yang melibatkan ribuan ribu ringgit. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri melibatkan rakan yang terlibat dalam urusniaga dalam talian. Tetapi kebanyakan mereka tidak dapat menuntut hak masing-masing kerana terlampau banyak perkara sebegini dilaporkan kepada pihak polis. Ikuti berita ini dari myMetro.


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang untuk membentuk satu akta yang mampu melindungi pengguna dalam urusan perniagaan secara atas talian seperti e-dagang tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, cadangan itu akan dibentang ke Parlimen pada April depan untuk diputuskan berikutan peningkatan 130 peratus jenayah siber kepada 11,930 kes dicatatkan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 8,090 kes dilaporkan pada 2010 oleh Cyber999 Help Centre. “Pecahan statistik itu menunjukkan jenayah penipuan menjadi kes majoriti dilaporkan kepada 4,175 kes, penyebaran kod berniat jahat sebanyak 3,452 kes dan pencerobohan berada di tempat ketiga iaitu 2,345 kes.

“Melihat kepada laporan ini, kementerian khuatir ia akan terus meningkat pada masa depan kerana kini sistem urusan kewangan lebih banyak dilaksanakan secara atas talian dan lebih membimbangkan ia membabitkan proses transaksi tunai di kalangan pengguna dan peniaga,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, akta itu akan turut meliputi perlindungan hak peribadi pengguna termasuk pendedahan identiti pelanggan yang sering dikongsi di kalangan peniaga bagi mengelakkan kerahsiaan data peribadi orang ramai tidak dicerobohi dengan mudah.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2012, beliau berkata, peniaga diharap tidak menaikkan kadar harga barangan selepas kerajaan menawarkan RM500 kepada orang ramai yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

“Kerajaan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan dalam perniagaan seperti peruncit, pemilik restoran, pengeluar dan pemborong bagi mengelakkan peningkatan harga barang kepada pengguna,” katanya.

Sumber : myMetro


P/S : Rasa selamat untuk berurusniaga sekiranya akta ini diwujudkan. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

2 Commments:

Benjamin Ali Rifqi said...

a'laika salamun

lepas ni mesti wujud akta blogger plak hihihihi

Chuck said...

hehehe. hope ada lah akta untuk blogger nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker