Rakan-rakan Blog

Cerita Hangat Pasal Dara.

|
Siapa nie? Cuba teka? Keh keh keh.

Blogger dilanda dengan satu kontroversi hebat mengenai seorang yang secara langsung mendedahkan bahawa beliau sudah tiada lagi dara. Ok, aku kat sini bukan nak menyebarkan lagi blog yang hangat diperkatakan tuh. Cuma nak bagi ulasan sikit pasal blog tersebut. 

Kadang-kadang dalam tak sedar kita sendiri dah buat silap kan. Bodoh sebab kita buat silap, tapi jangan tambahkan lagi bodoh tuh dengan bagitahu semua orang yang kita dah buat silap. Tak payah lah nak canang cerita pasal diri sendiri dekat orang lain. Sama jer dengan berak tengah jalan dan bagitahu orang kampung yang tahi tuh tahi kita. Tak pasal-pasal secara tak sengaja dah jadi popular. Korang tahu ke siapa yang aku maksudkan? Hopefully korang tahu siapa. Aku malas nak meleret-leretkan lagi link yang paling terkenal sekarang nie. Tak percaya? Dah jadi trend nombor 3 yang paling top kat twitter. So hot. Cari sendiri kalau tak tahu. 

Yang tukang baca pulak, jangan lah main serkap jarang jer. Korang kenal ke siapa dia tuh? Baru sekali tengok dah sibuk nak judge orang. Korang tahu ke sejarah hidup dia? No one know. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh hilang dara. Kalau korang tahu, korang memang hebat. Aku salute. Aku pun kadang-kadang tak suka juga condemn orang tak bersebab nie, walaupun comment aku ada dekat page no 1 blog tuh. Keh keh keh. Niat aku nak suruh dia padam jer post tuh. Tapi takde lah hebat sangat macam korang-korang semua yang ada sijil separa tuhan yang boleh tentukan syurga neraka orang. Ingat! Syurga neraka korang pun korang tak tahu. 

Pada aku dara nie takdelah penting mana. Yang penting kesucian diri. Lelaki ada dara ke? Teruna of course lah ada. Tapi nampak ke teruna tuh macam mana? Bagi yang perempuan. nak ke korang kahwin dengan lelaki yang dah game dengan perempuan lain? Bukan korang tahu pun macam mana perangai laki korang sebelum kahwin dulu. Sebab tuh aku kata kesucian tuh lebih penting dari dara itu sendiri. Macam simbolik plak dara tuh aku rasa. Keh keh keh. Kadang-kadang kita kena juga tengok diri sendiri sebelum judge orang. Bukan nak menangkan mana-mana pihak, tapi kalau benda nie terus menerus jadi macam nie, jangan terkejut kalau lepas nie bomba sibuk datang Pavi acha-acha nak selamat kan seorang budak berumur 14 tahun dari terjun bangunan tuh. Keh keh keh.

Akhir kata aku cuma nak bagi nasihat kat semua blogger jer termasuk diri aku sendiri. Fikir dulu apa yang seharusnya kita post dan adakah post itu akan memberi impak kepada diri sendiri dan juga orang lain. Kalau memang sengaja nak jadi hot, sediakan dulu payung sebelum hujan. Dah takde guna kalau benda dah melarat macam nie baru kita nak menyesal. Sesungguhnya pada zaman sekarang nie, kuasa blogger itu sangat kuat dan penting. Berhati-hati ketika menulis. Keh keh keh.

P/S : Dah sampai kementerian dah benda nie. Hopefully selesai dengan cara yang sepatutnya.
Don't hate me cause I'm beautiful. Keh keh keh.
Sumber :  Oh! Bulan

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

63 Commments:

Anonymous said...

hehe... spe gurl 2.. ade n0 tip0n x..??

Anonymous said...

chuck dah mai dah. tudiaa.

Anonymous said...

kata-kata anda buat saya senyum kerana ada betulnya disitu . =)

ieka K A M A L said...

dont hate me cause im beautiful .
ahaha . itu yang cuba disampaikan oleh 'kanak-kanak' ni kot -.-'

Anne Nurain said...

yup, dats true..
org len asik nak maki2 dia jak..
apa slh ny nasihat budak tu bgus2..
yg tukang maki tu bikin tambah dosa jak..

p/s: ada tak budak tu reply semua komen2 kat blog dia tu??

Adibah Hanis said...

biasalah. manusia memang akan buat silap. aishh

Shareeza said...

br je tau kisah budak ni awal pg td.. sbb terfaktab ade link kan... hurm... sebenarnya kalau org xsensasi kan cerita die ni xde org pon tau,.. and mcm mana terjadi kejadian hilang 'bnda' tu die je yg tau.. kisah die kita xtau..cuma 1 je kesilapan die... die membongkarkan aib die sendiri.. bukan ape.. sebolehnya kalau kita berbuat silap kita cuba utk menutup aib kita sendiri.. pada saya yg silap nye adik ni g buka pekung sendiri.. memobngkar aib sendiri yg patutnya die simpan kemas dlm almari baju je... ape pon... harap sgt kisah sensasi adik die kita ttup la... xyah la ditambah dosa lagi.. kita yg dok bercerita ni pon seolah2 membuka aib die juga kan.. sedangkan pahala menutup aib org lain tu kan besar ganjaran nye... peace :)

Unknown said...

betul. aku sangat sokong kau chuck!

Anonymous said...

sgt sgt sokong...kita ni pun xtaw lagi pengakhiran kita mcm mna ni plak nak judgr bdk tu mcm3..instead of maki3 dat dara..kena main peranan nasihatkan dye spy jgn bukak pekung di dada cmtu skali..

[LUcKy]BoYz said...

dara tuh penting jugak..sebab nanti apabila malam pertama yang lelaki tidak akan puasss Der..."kerana Kelapa sudah ditebuk tupaiii"
..

Chuck said...

@Anonymous Kalau ada no phone pun aku tak nak bagi. Aku bukan perosak bangsa sendiri.

Chuck said...

@meLLy! Biasa-biasa jer Melly. Hihi.

Chuck said...

@azel cak Anyway thanks sudi baca dan komen. :)

Chuck said...

@ieka K A M A L Orang hate dia sebab dia tunjuk kebodohan dia kat semua orang. Tapi nak hukum dia bukan kerja kita. :)

Chuck said...

@Anne Nurain Rasanya satu comment pun dia tak reply. Hehe. Tak mampu nak reply 1000++ comment. XD

Chuck said...

@d y b a Betul. Tapi kita bukan tuhan nak tentukan syurga neraka orang lain kan? :)

Chuck said...

@Shareeza Sebab tuh aku takde bagi link untuk ke blog budak nie. Cuma sedikit ulasan mengenai isu nie jer.

Chuck said...

@GadisKechil Thanks Ayin. :)

Chuck said...

@noor arina Kita cuma boleh nasihatkan dia jer. Nak dengar atau tak, terpulang dekat dia. Tapi benda dah jadi macam nie, payahh~ Hehe.

Chuck said...

@[LUcKy]BoYz Dara bila-bila boleh buat balik. Boleh jadi hilang tanpa kerelaan dia atau pun secara tak sengaja. Tapi kesucian tuh, tuan badan jer yang tahu kan? :)

NuRiNzA TeDdiE said...

YuP2....Sy SeTUjU DenGAn PenDapAtaN SaUDare..EhH SilAp PenDaPat...HaaHA....

MmG EloK SalInG TegUr MeneGur,InGaT MengInGaTi...TaPi denGAn CaRe Yg BerkHemAH la..eH SilAp LAgi BeRhemAh..Hihii.....

TeRusKAn UsAha SaUdaRe UtK MemberI PanDanGan YaNG BeRnaS.....(^^,)

Chuck said...

@NuRiNzA TeDdiE Insyallah saya akan cuba untuk buat post yang terbaik untuk anda semua. :)

cik azeya said...

@Chuck

dah sampai kementerian? perghhh! hebat.

Chuck said...

@cik azeya Budak-budak zaman sekarang nie memang hebat. Keh keh keh.

ownOFmine said...

orang skang kan makin membangge-bangge kan dose. yang jahat 2 lar nak diceritakan, bile buat baik senyap. takot kawan2 ejek larr.

Chuck said...

@ownOFmine Itulah dia antara petanda akhir zaman. :)

NuRiNzA TeDdiE said...

GuD2.....PeRbAnyaKkaN iNfOrMasI kUrAnGkan KoNtRoVeRSi...Tettt.....
(^^,)

Love hurt aeNnn said...

tak payah laaa kita nak cari salah orang je sb nya kita sendiri kekadang tak sedar yang kita penah buat silap.. so tak payah laa nak memperbesarkan lagi hal nie.. kan ? hee. suke penulisan kat belog nie.. :)

Mr.NS said...

@Love hurt aeNnn

bdk2 baru nak up 2 besa la...nnt bila dh up sedar la 2...kekek

Chuck said...

@NuRiNzA TeDdiE Hehehe. Yup, I will. :)

Chuck said...

@Love hurt aeNnn Hehe. Terima kasih banyak-banyak singgah sini dan tinggalkan komen ye. :)

Chuck said...

@Mr.NS Biasalah. Budak2 baru nak naik. :)

Aika Ishak said...

dha bace ,, dha blog nyer ... amat tak disangke .. coz dea ,, amt stupid upe nyer .. haha .. apelha dedah kan identiti ..pribadi dea tahh ppew jer kenn

Chuck said...

@iykabukan kerja kita nak menilai peribadi orang. tapi dia salah sebab buat post bukan-bukan. :)

NoorFasyaNabilah said...

yaa... saya amat setuju dengan statement anda "yang penting kesucian diri" orang zaman sekarang memang kolot...yang dorang tahu nk hukum org jer...tapi budak "tu" pn satu...yang g wat statement tu plak asl...aduhai..cam nak populer jer...
ape pun tak boleh...!! :)

Chuck said...

@FashaNaBiLa Yang tak boleh tahan, siap sempat tukar background blog lagi. Hahahaha.

Kaki Wayang said...

Aku tak lah baik sangat..tp dgn didikan yg diberikan..aku mc mampu mbzakan yg mana baik dn yg mana buruk..xnk komen sal ni..cuma tamsil dn pbandingn..org slalu kata ingat org yg g kelab mlm xsolat ke?xjaga maruah ke..masalahnya..kelab ml tu tempt yg xelok..samalah mcm pe yg dia ckp sal ksucian,maruah dn dara..

Chuck said...

@Kaki Wayang Haha. Aku suka statement nie. Untuk next entry aku rasa memang nak tulis pasal club malam pun. :)

Starfalling said...

Cukup kenal aku dengan budak perempuan ni hahahahaha adoiiii apa nak jadi la kat kau minah tak habis2 kecoh la 1 fb nnty adeyhhh WTFFF nasib kau lah minah padan muka kau lah sapa suh pi dajai orang dulu la ni hang plak kena amik giii tek duk atas pala sendiri ~

CikSepet said...

haha..iye gak..betol la tuu..glemer tol dy kan..kalah artis.. ayoyo. p/s:i hate u coz u're beautyful than me..haha!!

Anonymous said...

der, dye ade reply la.da bace?haha tapi tak bg lak komen -.-
nice entry oke :)

Nurul Diyana said...

name dia Milano right ?

Miss Iqen said...

mmg berani abes la minah ni gtau 1 dunia pasal kedaraan dia...huhu.
btw,i agree with what u wrote. :)

Chuck said...

@kechiqsantz Falling Biasalah der. Dunia nie kan bulat. Hehe. :) Thanks singgah.

Chuck said...

@SHYLA CHUKE AWAK trend no 3 kat twitter. tak cukup glemer lagi ke? Keh keh keh.

Chuck said...

@bieha-chan :) Dah. Gua dah baca, baru jer dia reply kan? Mantol punya jenis budak tuh. Hahaha.

Chuck said...

@Dee Entah. Semua blogger dah kenal rasanya. :)

Chuck said...

@IqenMissChubby Anyway, thanks singgah dan drop ur comment. :)

Fatihah Baihaki said...

haihh.hilang dara pun bangga.doa2 je la moga dia sempat bertaubat

Chuck said...

@Fatihah Baihaki Insyallah. Sama-sama kita doakan dia akan bertaubat. :)

yanah96 said...

huh..boley bunuo diri ow klu da x suci..

Chuck said...

@Fatihah Baihaki kalau macam tuh ramai dah bunuh diri dik. think before comment. :)

nina(니나) said...

tuhan tuh maha pemurah , dah bagi peluang mcm mcm peluang, cuma kita kene pikir betul betul mana yang baik dan mana yang buruk. dah cukup bersyukur tuhan tak tarik nyawa dia lagi, pintu taubat terbuka luas. sepatutnya adik ni bertaubat sebelum terlambat. :)

Chuck said...

@nina(니나) mudah-mudahan taubatnya masih diterima. amin~

$@z2z uNLimiTedBoyZ2z said...

adinda evans ... tao lame dahhh ...

aku fiezah said...

da bca da blog budax tu...humm..ntah la..ape na jdi ngn dunia skrg kn...huumm,,,bala2

Dj Mist96 said...

ala.....kita nie bukan sepatutnya komen je tapi ambil itu sebagai iktibar...dia buka aib dia sendiri supaya org lain tak ikut gaya dia..

Fatihah Baihaki said...

erk u sala reply ni.bukan i yang cakap tu

Chuck said...

@Fatihah Baihaki ehh. sory2. hehe

Chuck said...

@Dj Mist96 yup. sepatutnya macam tuh lah kan.

Chuck said...

@i am fizah itulah. dah western sangat kita nie.

Chuck said...

@$@z2z uNLimiTedBoyZ2z saya tak tanya awak tau ke tidak. :)

Bukit Gambang said...

ingat mengingati kan bagus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker