Rakan-rakan Blog

Episod 12 : Proses Cat 2

|
Salam, bersambung dari episod 11 masih berkisar dengan cat. Setelah siap dispray dengan primer, sekali lagi proses simen menyimen dilakukan. Seperti yang diterangkan oleh Ali (Tukang Cat), setelah di spray primer baru kita dapat lihat lubang-lubang yang perlu ditutup.

Dan seterusnya setelah digosok, kereta akan diprimer sekali lagi tempat-tempat yang disimen kerana jika disembur direct warna akan meninggalkan bekas simen. Ini adalah disebabkan warna yang dipilih adalah warna cerah.

Proses cat dilakukan dengan teliti, bumper, spoiler, bonet depan/belakang dan side skirt di buka dan di spray secara asing. Tak semua kedai cat akan buka barang-barang tersebut, itu pun adalah salah satu faktor saya memilih kedai cat ini. Tukang cat ni dah biasa dengan body kancil, jadi takde masalah dia nak pasang semula semua barang.

Setelah siap dispray, semua barang yang di tanggalkan di pasang semula. Proses spray ni sebenarnya hanya makan sehari sahaja. Yang buat leceh adalah bahagian wrapping dan simen sahaja. Setelah selesai proses mengecat, proses gosok dan polish pula dilakukan. Proses ini makan masa selama lebih kurang 2 hari.

Time ni lah masa untuk saya keluarkan semua jajan yang saya ada. Antenna tengah Chrome Mira (sebelum ini hitam), Scoop Chrome, Lining Chrome Opti, Garnish Signal Chrome, Cover Pillar Chrome, Lining Pintu Chrome, Garnish Door Handle Chrome, Cover Nut Wiper Chrome dan Cover Plate Chrome. Semuanya pun dipasang dengan jayanya! 

Nampaknya projek saya telah pun hampir siap. Yang kasar-kasar tinggal doortrim Opti, Ketam Moderno dan Parking Pole Moderno sahaja. InsyaAllah bertemu lagi di episod lain kalau saya dapat memburu barang-barang tersebut.

Kos Spray Body - RM2500 (Ali Cat, Rawang)
Kos Spray Sport Rim - RM250 (Ali Cat, Rawang)
Antenna Chrome Mira - RM250 (Poppia Jahat)
Scoop Chrome - RM300
Cover Plate Chrome - RM300
Cover Pillar Chrome & Lining Pintu Chrome - RM180 (Syheohgh, Lelong.my)
Garnish Signal - RM30
Cover Nut Wiper Chrome - RM80

Total = RM3890

Pasang - FOC (Semua pasang sendiri) kecuali Spray
Bengkel - Ali Cat (RH Garage, Rawang)

Alhamdulillah, baru nampak rupa kereta dan siap dipasangkan jajan-jajan yang banyak saya simpan selama ni. Kiranya dapat all out la. Haha.

Meh layan gambar dan korang nilaikan lah sendiri warna hijau ke biru! Haha

So far, saya berpuas hati dengan warna pilihan dan juga hasil tangan tukang cat ni. Wiring semua pun dia cuba kemaskan balik. 4.5 star dari 5 star saya boleh bagi. Papepun meh layan gambar...

Warna Cat dalam Tin. (Biru kan?)
Bila Calit di Body (Hijau kan?) Haha
Test Spray di Cover Bonet
Barang Yang di Cabut dari Body Kereta
Proses Cat Body Kereta
Proses Cat Body Kereta
Selepas di Spray Clear
Pasang Barang Dalam Kereta
Selesai Pasang Barang Basic (Sebelum Finishing dan Polishing)
Selesai pasang barang basic (Rim belum cat lagi!)
Rim siap dicat!
Sesi Photoshoot di Putrajaya! :P
Sesi Photoshoot di Putrajaya! :P

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Episod 11 : Proses Cat 1

|
Salam, untuk episod kali ini berkisar tentang cat! Setelah hampir dua tahun proses untuk menconvert kereta saya, baru kereta saya dapat masuk ke kedai cat. Kiranya, ini adalah permulaan baru pula untuk langkah seterusnya.

Yelah, ingat dah cat kira dah siap ke? Takde maknanya. Haha! Jajan K-car akan datang meracun lagi lepas ni, ini yang buat kepala pening. Cuma dah nak sampai ending jelah. Sayu juga hati ni, mana taknya hampir dua tahun sama-sama jalan dengan kereta berbelang. Muka tebal sama dengan tebal cat dah. Tetiba nak tukar colour kan, tu yang sentimental sikit. Haha!

Untuk colour saya cuba dapatkan colour code seperti yang saya jumpa. Warna yang menghampiri hijau dan reflect kepada biru. Nak terangkan dengan ayat mahu makan 4-5 hari kang ni. Kiranya macam colour laut. Hijau ke biru korang panggil laut? Biru kan? Tapi colour code dia hijau. Haha!

Apapun layan dulu gambar dari awal kereta saya masuk ke bengkel cat sehingga keluar dari bengkel. Saya pilih bengkel cat Ali di RH Garage, Rawang. Kenapa saya memilih di sana sedangkan tiada oven? Setelah penelitian yang saya buat, hasil kerja tukang cat ini boleh diberikan pujian. Ada antara kereta hasil cat beliau telah menjadi hiasan muka hadapan majalah K-Kompak dan kereta beliau sendiri juga pernah menghiasi muka surat majalah legend untuk arena K-car. 

Saya ambil pakej warna dan ditambah diamond berserta clear coat dari brand Peacock. Hajat kalau dapat memang nak gunakan brand Glasurit tapi faham jelah, good quality never come with cheap price. Ini pun dah boleh tahan harganya. Hihi!

Terdapat masalah ketika proses awal, ini kerana fender L2s yang saya ambil awal-awal dulu rupanya sudah berada dalam kondisi teruk dan juga sebelah fender tersebut adalah fender Kancil yang diubahsuai. Sumpah dua tahun pakai tak perasan langsung. Tipah tertipu rupanya! Jadi terpaksa saya tukar fender tersebut dengan fender yang baru. Mujur Doubleseven Garage di Prima Damansara ada stok. Kalau tak, terpaksa saya gunakan juga fender asal tersebut sebabnya proses simen menyimen telah pun bermula. Bila simen tebal di fender asal itu, apabila dicat, cat boleh pecah jadi saya risau untuk mengambil risiko. Lagi pulak, fender ni lembik semacam. Meragukan sungguh! Apa lagi, melayang lagi lah duit beli fender baru~

Selain itu terdapat juga beberapa bodywork yang perlu dilakukan contohnya, lubang antenna asal Kancil, lubang spoiler L5 dan juga line di belakang pintu belakang (disimen terus oleh owner lama) perlu diubah dan untuk yang berlubang tu perlu ditutup. Tukang cat beritahu, don't worry be happy cuma tukar kan fender dan selesai masalah. Bonet depan pun ada kesan simen lama, tapi still tak teruk mana, cuma bila stand jadi senget. Takpe, nanti guna damper je bagi stabil kiri dan kanan.

Jom layan gambar...

Colour code yang dicari

Proses fitting body, fender, bonet dan pintu

Proses first step simen. (Fender tak dapat diselamatkan)

Selepas simen digosok. (Fender dah baru yang dah ditukar)

Proses gosok dan undercoat dimulakan.

Proses undercoat hampir selesai

Bersambung di episod seterusnya...





Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Episod 9 : Cermin Chromax Coco

|
Salam, bertemu lagi kita di episod 9. Projek kali ini, berkisar tentang cermin depan ataupun Windshield. Niat di hati memang dah lama nak tukar cermin depan. Yelah, cermin asal Kancil taksama dengan cermin L2s. Bezanya, cermin Kancil single layer, manakala cermin L2s dan cermin Mira yang lain adalah double layer. Selain dari tu, warna cermin Kancil dan Mira tidak sama. Cermin Jepun terdapat tiga warna iaitu clear, coco chromax (1 tone dan 2 tone) dan hijau (cermin akuarium) Pada saya nombor dua, yang penting keselamatan. Ini kerana seperti yang saya pakai sebelum ini adalah single layer, jadi tengok apa terjadi kalau pecah?

Saban hari memang bertangguh la nak menukar, yelah benda bukan keperluan jadi takde lah rasa nak menukar kan. Tiba-tiba sampai satu hari tu, tengah syok speeding atas lebuhraya LATAR. Boleh pula meletup cermin ni secara tiba-tiba, menggelabah cari punca. Mana tak nya, secara tiba-tiba retak seribu cermin tu. Dari R&R Elmina saya teruskan perjalanan ke Bukit Raja, Klang.

Maybe dah sampai masa expired dia. Jadi sekarang lah masa yang paling sesuai nak menukar cermin idaman ye tak. Kalau tak pecah, memang tak tukar la kan. Haha!

Tumpang kejap kereta di rumah member di Bukit Raja sementara dan kereta ini seterusnya di bawa ke 4G Autoworks di Rantau Panjang, Klang. Seperti deal asal, saya dijanjikan ada barang untuk dipasang, tapi setibanya di Half Cut, cermin yang sepatutnya dipasang di kereta saya pun telah crack juga! Mungkin dari kesalahan pekerja yang cuba untuk buka cermin tu. Aduh malangnya nasib.

Habis runner-runner di sekitar Selangor dan KL saya cuba hubungi tapi semuanya tiada stock. Jadi mahu atau tak saya cuma ada pilihan menggunakan cermin hijau sahaja. Yang mana saya tak mahu gunakan disebabkan cermin ni macam cermin akuarium yang terlampau telus cahaya. Saya cuba juga untuk mencari di runner-runner di sekitar Selangor. Biasalah, benda time kita taknak dia banyak tapi bila kita perlukan memang susah nak jumpa.

Akhirnya setelah cuba menghubungi semua runner-runner sekitar dapat juga barang di Bukit Tinggi, Klang.

Cermin pun selamat di pasang. Alhamdulillah tiada kecederaan sepanjang operasi penukaran cermin ini. Untuk cermin keliling chromax, insyaAllah akan diusahakan nanti. Hehe.

Cermin Chromax Coco - RM300 (Bukit Tinggi)
Upah Pasang - RM60 (4G Autoworks, Rantau Panjang)

Kaca bertaburan di sekitar kawasan kejadian
Ketika kejadian berlaku
Tersadai beberapa hari di 4G Autoworks. (2 pintu woo sebelah tu!)

Alhamdulliah semuanya selamat dipasang


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Episod 8 - Sport Rim, Bumper dan Side Skirt

|
Salam, untuk episod ini pula merangkumi di bahagian bawah kereta. Dari side skirt, bumper dan sport rim.

Sport rim asal kereta ini adalah dari model Baracuda (yang saya tak tahu langsung brand apa). Owner bagi sekali rim bersaiz 13" ini. Jadi semangat nak menukar rim tu dah lama wujud tapi mengenangkan harga tayar, terpaksa postpone dulu niat tu.
Ya, harga tayar yang buat saya pening. Walaupun Kancil, berpeluh juga poket nak keluarkan! Haha.

Sehinggalah pada suatu hari, kawan sekerja saya Nadzrin berhasrat melepaskan rim yang dipakainya iaitu rim Black Racing original 14". Jadi saya memang lama dah berminat dengan rim ni, gaji terus sapu la. Memang takde nak tunggu tunggu lagi. Pada masa yang sama juga, kawan saya dari Johor turut mahukan rim ini.

Saya ditawarkan rim Enkei 3 pieces 14" untuk ditukarkan suka sama suka. Hati memang lebih minat kepada 3 piece, apa lagi melonjak gembira la saya bila ada orang offer rim yang lebih saya minati. Terus saya bawa rim Black Racing tu ke JB dan tukarkan dengan rim kawan saya, Walid. Rim ni memang asal dari kereta Kancil jadi takde masalah. Cuma rim Black Racing saya berasal dari kereta Honda Ferio dan ada masalah sedikit ketika proses pemasangan di kereta Walid. Tapi alhamdulillah semua dapat diatasi.

Akhirnya saya sarung terus rim tersebut dengan girangnya! Haha.

Di samping rim, saya turut menambah sedikit accesories contohnya Pedang Opti (Lining chrome dibawah pintu), Lining Chrome di Signal, Lining chrome di Lampu Hadapan dan menukar side skirt L6 yang saya pasang dulu kepada side skirt Daihatsu (fiber). Original mahal sangat, dapat merasa yang clone pun dah cukup dah. Jadi sekarang ketinggian tepi saya agak stabil dengan lips di depan. Jika tidak, sebelum ini side skirt saya lebih labuh dari lips di bumper hadapan.

Untuk menjaga keselamatan rim saya telah memilih lock nut dari brand Macguard  (Bunga sakura). Kata orang lebih baik beringat sebelum terkena bukan? Lepas dah usaha, insyaAllah baru berani tawakal. Hehe.

Saya juga telah menukarkan bumper hadapan yang telah ditebuk intercooler kepada yang lain. (Rujuk episod 2) Sekarang proses luaran kereta saya sudah siap 80%.

Side skirt Daihatsu - RM250 (Crony Storage)
Lips J Mode - RM100 (Adinin Farah)
Rim Black Racing - RM1000
Pedang Opti - RM200 (Aloween Opticlassic)
Bumper Depan Moderno - RM300
Lock nut Macguard - RM200
Lining Chrome Lampu dan Signal - RM100

Semua pemasangan dilakukan sendiri, kecuali tayar dan rim. Jadi layan gambar...

Macguard Special Lock Nut
Black Racing 14"
Enkei 3 Piece 14"
Pandangan Penuh 80% Project Progress




Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Episod 7 - Exhaust System

|
Salam, untuk episod kali ini, kita ke bahagian exhaust pula. Yelah, enjin dah tukar tetiba rasa macam kurang ummphh pula kalau tak modify exhaust. Niat nak buat exhaust yang sedap didengar je. Taknaklah bising sangat.

Saje try usha-usha mudah.my, boleh tahan juga harga exhaust. Niat nak sarung exhaust RSR tapi kebetulan rezeki saya. Ada sorang kawan, Mario nak jual exhaust dia, sebabnya exhaust yang dia guna sepatutnya untuk kereta manual tapi bila masuk ke kereta auto bunyinya macam nak ke langit! Haha. Janji ori Jepun cukuplah. Baru JDM!

Tengok-tengok FB pulak ada budak nak jual piping 2.0, peh ni memang dah ngam ni. Apa lagi, sapu terus exhaust 2.0 tu dipadankan pula dengan muffler dari GT Box by Kakimoto, boleh tahan lah. Bunyi tak berapa kuat dan tak berapa slow. Tapi pikap menurun sikit lepas tukar tabung tengah dari P2. Rasa menyesal pun ada lepas tukar.

Takpelah, maybe akan jadi next projek pulak untuk buat semula semua piping. Lagipun pipe exhaust ni tak berapa cun. Sepatutnya mendongak, tapi jadi menghala ke bawah pula. Takpe, pelan-pelan akan diusahakan.

Muffler GT Box by Kakimoto - RM200 (Mario)
Piping 2.0 dari tengah - RM120
Tabung tengah - RM200 (Exhaust Rawang)
Upah pasang - RM100

Proses pemasangan exhaust

Hasilnya (Maaf gambar kereta kotor. Hihi)


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker