Salam semua, kali ini cuma mahu berkongsi tentang benda yang semua orang pernah lalui samada secara sedar ataupun tak sedar. Teruskan pembacaan anda.
Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. |
Situasi 1 :
Dari kejauhan dapat dilihat seorang kanak-kanak. Ya, kanak-kanak. Tak ubah seperti kanak-kanak biasa. Cuma bezanya hanya satu. Kanak-kanak tersebut memakai kopiah.
Ya, jarang sekali kita lihat kanak-kanak Malaysia memakai kopiah kerana selalunya rambut Justin Bieber lebih diagungkan berbanding kopiah. Biasanya, rambut ibu berwarna merah, rambut anak berwarna kuning. Biasa, itu sinonim.
Kanak-kanak tersebut juga kelihatan pelik, di kanan tangannya tergenggam helaian kertas dan disebelah kirinya sedang mengendong buku-buku yang masih belum pasti tajuknya.
Dia sedang beredar dari meja ke meja dan akhirnya sampai ke meja yang aku duduki. Kedengaran suara, ‘Bang, derma bang. Kalau abang derma 50 sen boleh, 20 sen boleh, 5 sen pun takpe bang’. Kini aku sudah pasti, Ayat-ayat al-Quran dalam bentuk stiker berada di genggaman tangan kanannya dan susunan Surah Yaasin sedang digendong di tangan kirinya. Aku angkat tangan tanda tidak mahu. Kedengaran suara keluhan, ‘Kedekut betul’.
Situasi 2 :
Nampak seorang ibu yang sarat mengandung sedang mengendong anak kecil. Ya, kasihan sungguh. Di tangannya kelihatan sebuah bakul. Penuh dengan buku-buku bertulisan Jawi. Ya, buku-buku ilmiah dan juga buku untuk surah-surah amalan.
Dia pergi dari meja ke meja meminta belas ikhsan orang. Kelihatan seperti penat bekerja dengan keadaan muka berminyak, badan berpeluh. Dia terus berjalan dari meja ke meja. Dia memandang aku, dan terus berlalu. Ya, aku kenal dia secara zahirnya, kerana hampir setiap hari kami bertemu.
Dia menghampiri meja kosong di sebelah aku. Ketika pelayan sampai di mejanya, dia bersuara, ‘ABC Special 1’. Seperti biasa, aku bukan diskriminasi apa yang dia minum. Tapi dia lagi awal telah mendiskriminasi aku dengan tidak meminta ikhsan dari aku. Ya, dia sudah tahu. Aku akan angkat tangan sebagai tanda tidak mahu. Disusuli oleh jelingan yang tajam darinya.
Kenapa aku ceritakan semua pengalaman nie? Aku rasa semua orang pernah melalui pengalaman ini bukan? Bukan niat aku hendak menghina mana-mana pihak. Tapi sekadar melihat perkembangan Malaysia yang ‘moden’. Ayat-ayat dan Qalam Allah dipergunakan dalam tujuan sebegitu rupa. Mencari sesuap nasi menggunakan ayat-ayat Allah. Mengaut keuntungan dengan ayat-ayat Allah. Aku akan jadi kurang ikhlas kalau membantu mereka yang menggunakan agama sebagai mata pencarian. Sama ertinya dengan menjual agama bukan? Tiada bezanya, kelihatan agama itu sendiri menjadi murah di mata masyarakat lain. Pernah anda lihat agama lain mengemis dengan menjual buku-buku agama mereka? Aku berani katakan kerana aku sendiri pernah terjumpa longgokan buku-buku dari satu agama lain yang diletakkan di kawasan awam untuk orang-orang awam ambil secara percuma. Perlu bayar? Tidak, ia percuma.
Kemana pergi wang yang didermakan kepada mereka yang menjual agama ini? Lebih baik aku masukkan derma aku ke tabung surau atau masjid, sudah pasti kita tahu ke mana perginya wang tersebut. Dan aku rasa lebih baik mereka menjual buku-buku ilmiah ataupun nota-nota untuk para pelajar. Sesekali kesal dengan sesetengah dari kita yang sanggup menjual agama demi sesuap nasi. Sanggup meninggalkan agama demi kemewahan dunia. Sanggup mencetuskan konflik agama untuk masuk muka surat depan akhbar harian. Masih tak faham dengan sesetengah mereka. Tapi yang pasti aku menulis kali ini kerana aku sayangkan agama aku. Kalian tidak? Teruskan, dengan penuh harapan dari aku agar kita tidak berjiran ketika di kuburan nanti. Bising, aku tak suka dan pasti yang lain pun sama. Sama-sama kita berdoa agar semua kita yang bersaudara ini akan terus berada dilandasan-Nya dan membuktikan perkataan Islam di kad pengenalan kita semua. Yang pasti, agama itu bukan untuk dijual beli.
P/S : Tak kisah di mana kita menderma. Yang penting perlu ikhlas. :)
18 Commments:
ye betul tu keikhlasan penting..~
ye kekadang smpai mreka marh..~
*pelik
manusia skrang sush nk percaya..~
aku jarang (maybe tak pernah) bagi derma kat depa yg cmni ni. btul ckp ko, mcm m'jual agama. depa ni bole wt keja len, tp lagi snggup mintak sedekah pdahal bkn tak mampu keja pn. mmg lagi baik klu kita derma kt masjid n surau je. dpt ikhlaskn diri and tak perlu sgt bg org nmpk kite wt kbaikan sedekah tu :)
terasa sgt murah nilai ayat2 suci bila berkata * akak bg berapa2 je*...ayat2 suci dipermainkan...
x faham, tengok org2 yang meminta derma begini, sihat tubuh badan, kenapa tidak bekerja yang elok, walupon hanya kerja kilang..lagi dihormati dari begini...maaf, ini luahan aku....ini pandangan aku...aku x sanggup tengok bangsa, generasi aku, MELAYU DAN ISLAM sebgini...aku setuju dengan chuck.
@Pijahh' de-Arr Kalau dah tak bagi then diorang marah? Apa perasaan orang yang nak bagi tuh? Memang terus tak nak bagi lah kan?
Gua rasa semua orang memang dari awal lagi dah tahu yang ABC special dekat situ tak sedap.
cetek ilmu punya ibu mengandung.
@BC Craft & Design Aku memang tak bagi lepas aku dengar dia kata kedekut betul. Jadi marah lak aku dengan orang macam nie. padahal sihat tubuh badan. Banyak benda lain dia boleh jual.
@CIk Qaseh Adriane Bosan kalau hari-hari menghadap diorang yang macam nie. Baik dorang bukak gerai jual kitab. Lagi bagus.
@hilmi Itulah pasal. Makan lah benda lain. Gua dah banyak kali bagitau kat dia yg ABC kat situ tak sedap.
macam jugak di stesen minyak.. selalu kalau aku,aku tanya dulu..
"betoi ka hang ni, ni kalau hang muhong aku, satgi busung perut hang"
"yer bang, tak tipu"
maka aku pun bagilah seringgit aku tu.
hahah
@nub Patutlah kat tempat lu ramai org busung. HAHAHA.
kadang kadang dia guna taktik yang sama hari hari sampai tak perasan taktik digunakan kat orang yang sama. emm.
aku kalau rase akan pertikaikan ape yang die buat, memang takkan derma. daripada tak ikhlas baik jangan hulur. kan. ;)
@.:padie_eyla:. Niat yang kita nak menderma dapat pahala aku tak berapa setuju sebab kalau dia gunakan duit tuh utk buat maksiat bukan kita dapat dosa sekali ke? Maaf kalau silap, tolong betulkan ye. :)
Kadang-kadang serba salah plak kalau orang2 macamni datang kat kita.
Nak bagi,takut sindiket.
Tak nak bagi,kesian plak.
Tapi paling tak bleh terima kalau kita taknak bagi dia kata "Kedekut".
Haish panjang plak aku bebel.
ye btul tu..
dlu..mse ak kecik2..kt perumahan ak selalu ade org dtg jual2 ayt AL-QUR'AN n buku2 agama...yg peliknye..yg jual mse tuh sume dri golongan india..yg mngatakan mereka mualaf.lepas dier dtg rumah ak.n akk ak ad la jgk beli 1 buku..tu x jdi mslh kan..yg mnjadi mslh nye..mse dier dtg rumah ak dlm keadaan baek.elok.tp lepas kuar dri pintu pagar..dier bawak beg yg berisi ayat2 suci smbil menghayun2 kt bontot dier..n pergi kt tmpat yg kawan2 yg laen berteduh..yg lagi skitkan mate dier duduk plak atas buku2 tu untuk jdikan pelapik..YA ALLAH hanye ALLAH sje yg taw niat dier..blom habis lagi..xlame lps tu..kuil yg berhampiran ngn rumah ak membangon dgn besarnyee..WALLAHua'lam.mne diorg dpt duit uh sbb sblom tu kuil uh da lme terbengkalai sbb x ckup duit nk bina...sedih kan.
@Anonymous Tak boleh nak tuduh jugak diorang guna duit tuh utk bina kuil. Just kalau boleh, tak yah menderma kat orang macam nie. Tubuh badan sihat kan? Better kita derma kat surau or masjid. Sekurang-kurangnya kita tahu duit tu pergi mana.
@Shafiza haha. dah lama tak online. takpe2. bebel panjang2 lagi.
@Pijahh' de-Arr :)
Post a Comment