Rakan-rakan Blog

TandaTanya : Apa Itu ZineSatuMalam?

|
Salam dan hai semua. Dah lama rasanya aku tak menulis dalam keadaan yang betul-betul menulis dalam situasi yang sebegini. Ok, malas tekan backspace. Faham sendiri susah ye ayat aku. Haha. Aku ada misi aku sendiri kenapa sejak dua menjak nie blog aku jadi makin merepek. Jangan pelik dan jangan hairan ye. Biarkan jer kepelikan itu terus menjadi tanda tanya. Hehe. Dah bukan macam blog aku rasa sejak dua menjak nie. Tapi nak buat macam mana, ada benda aku kena kejar sikit. Hehe.

Ok, kali nie aku nak terangkan pasal satu benda, apa dia? ZineSatuMalam. Pernah dengar? Tak pernah dengar? Bagus, meh aku tulis dan korang baca ye.

Zine nie bukan zina lah mangkuk. Zine nie diambil sempena dari Magazine. Semua penulis dikumpulkan dan mereka akan diberikan satu tajuk pada masa-masa atau hari tertentu. Dan sebelum matahari terbit, zine ini sudah diterbitkan. Semua tulisan-tulisan mereka yang mengambil bahagian digabungkan dalam bentuk PDF dan boleh download. Maksudnya sebiji macam e-book lah. Tak kira siapa pun nak menulis, takde diskriminasi. Semua orang layak untuk join Zine nie. Lebih 30 perkataan jer dah kira karya lah tuh. Haha. Yang paling menarik, tajuk hanya akan diberi setelah hari gelap dan akan dikutip pada pukul 12. Kemudiannya, akan diterbitkan sebelum Subuh. Dalam masa semalam jer zine-zine ini disiapkan. Sekarang sudah masuk edisi ketiga. Bacalah dua edisi sebelum nie, dua-dua ada karya aku. Hehe. Jangan takbur woi. :D

Korang berminat? Nak join? Jom baca dulu dan meh lepak fanpage ZineSatuMalam. Kalau nak tengok contoh, aku sediakan sekali contoh ye. :)

Cover ZineSatuMalam #1 : Bangang


Untuk maklumat lanjut, jom ke Fanpage : ZineSatuMalam


Download ZineSatuMalam
ZineSatuMalam #1 : Bangang
ZineSatuMalam #2 : Terima Kasih


P/S : Rindu nak mengarang panjang-panjang. Tapi tengah takde masa sangat. Hehe.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

20 Commments:

fiqaliqa said...

oh. tepat kena mangkuk tuuu. HAHA

Chuck said...

@fiqaliqa hahaha. takpe. tak tahu tanya. :)

Blogmerah said...

oh..serius aku bru paham.

Chuck said...

@Blogmerah dah faham jom lah join. hehehe.

zoul zombie said...

ooo baru saya faham. nie kalau nak join free ea bang?


HAHAHAHA.


anyway thanks for the help from both you and amiey. :)

Chuck said...

@zoul zombie Keh keh keh. Boleh jer abam sayam.
Welcome Zoul. :)

KHRLHSYM said...

cool promotion :) hihi.

Chuck said...

@KHRLHSYM Huhh. Thanks bro melawat blog aku. Hehe. :)

Blogmerah said...

mmg nk join pun mase yg bangang tu..sbb ngah bengang ngan seseorang yg bangang..haha..tp dah xpahm kan..undur diri la je...

Chuck said...

@Blogmerah Next time join lah k? Takdehal. Semua orang boleh join benda nie. Senang jer kan? :)

Blogmerah said...

sangat senang..hehe...pas exam lg senang! :)

Chuck said...

@Blogmerah Haha. Gua sayang lu lebih lah blog merah. Comment lu paling byk dalam blog gua. Tak payah nak kira. Hahaha.

Dee's Gojoz said...

thanx sbb explain.. membe aku si akal tunjang 2 dok beriye promote..aku like kan aje webpage ZineSatuMalam ni..hehe :) hidop blogger!! krohh krohh~~

Chuck said...

@Dee's Gojoz hahaha. jom lah join. senang jer. semua blogger dan org biasa pun boleh.

BuLat i2 CirCLE said...

donlot n try bace..ade gak hiburan mlm neh

Blogmerah said...

oh? hahaha...ha..tu la kan..nape ntah aku suke sgt buang mase kt blog kau nih....pasni aku appear as mis anon r...ngeong!! :p

Chuck said...

@BuLat i2 CirCLE boleh jer. kami ada lagi 2 zine yang panjang. kalau nak nanti request yer. :)

Chuck said...

@Blogmerah hahaha. jgn lah macam tuh. peminat setia perlu dihargai. :D

zacky ~786~ said...

menarik ~

Chuck said...

@zacky ~786~ Jom join kami? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...