Al-kisahnya benda nie tak payah nak canang seluruh kampung aku sendiri pun takpe sebab benda nie ada dekat kampung korang sendiri. Bila tengok sekeliling mesti foreigner kata Malaysia nie aman damai dan bersatu padu. Ye, kadang-kadang jer kot bersatu-padu. Soal minyak naik, soal mintak subsidi, soal video seks memang lah semua boleh bersatu padu. Tapi bab tengok bangsa sendiri maju jarang kita dapat tengok. Itulah dia kenyataan orang-orang kita nie.
Kaki ciplak
Soal nak lihat bangsa sendiri maju? Niat tuh memang ada, tapi pelaksanaan macam tahi. Camtaek bak kata Eiffel. Keh keh keh. Kenapa aku cakap macam tuh? Tengok lah sekeliling korang? Ok, aku bagi contoh sekeliling aku jer lah. Dekat taman aku sendiri, pernah satu ketika ada 6 buah kedai burger mewakili semua lorong-lorong dibahagian bawah rumah aku. 6 gerai yang menjual burger woi! Takde inisiatif lain ke?? Mostly semua orang memang suka jual burger ke? Ke memang tak boleh tengok member maju jual burger? Itu baru burger jer cik adik oi. Belum lagi ada syarikat sendiri dan seperti biasa nya orang kita nie memang kaki ciplak. Jujur aku kata, orang meniaga dia sibuk nak meniaga tapi entah berapa hari entah bertahan. Paling bangsat aku boleh bagi 3 bulan jer la. Lagi-lagi tempat yang bersewa. Tak payah cakap lain, kat blog pun bersepah kaki plagiat yang suka plagiat hasil kerja orang dengan selamba tanpa kredit.
Tak boleh tengok orang lain lebih.
Ok, itu tak cukup clear lagi? Baiklah, cuba kau try beli TV 3D LG ke Samsung ke apebenda ke then kau pakai spec 3D tuh bila jiran-jiran korang datang. For sure in a week ada salah sorang jiran korang akan beli TV yang lebih kurang sama. Tapi function haram diorang tak tahu. Nie pasal nak ikut perkembangan teknologi ke tak nak kalah dengan jiran? Betul tak? Rasa macam malu jer bila jiran ada sofa baru tapi kita tak tukar-tukar. Pada aku pergi mamp lah semua tuh. Bukan tak boleh nak duduk pun kalau sofa lama.
Suka jatuhkan orang lain
Lagi satu spesis nie memang aku paling menyampah. Spesis kuat kondem. Suka menjatuhkan orang lain. Aku selalu kena sebab aku bisnes online. Sibuk nak menjatuhkan orang. Kau dah tahu aku meniaga baju kan? Kau pergi promote tempat yang takde kena mengena dengan aku dan tempat yang kau promote tuh jual benda yang sama dengan apa yang aku jual. WTF is this?? Memang sengaja nak lingkupkan bisnes orang ke? Masih kurang jelas motifnya kat situ.
Suka gunakan nama orang
Yang nie aku rasa paling aku tak suka kerana pasal mereka yang suka menggunakan nama orang. Bila tengok orang buat benda baru mulalah dia sibuk nak kutuk tapi bila orang dah maju dia sibuk nak tumpang. Kau kondem orang sampai nyawa-nyawa ikan lepas tuh kalau orang dah bertapak, baru kau sibuk nak letak nama kau kat situ. Kau cakap kau kawan baik sejak kecik lah. Mak bapak korang selalu lepak sama-sama lah. WTF is this?? Carilah tapak sendiri cik akak cik abang oi. Orang tuh usaha penat-penat, jangan lah jadikan usaha orang macam sampah.
Dia kawan aku. Takde hal lah.
Sikap nie lah yang banyak lingkupkan perniagaan bangsa sendiri. Bila orang bisnes, macam biasa lah. Kawan-kawan orang paling dekat dan orang paling senang kita nak promote. Dah tuh bila kita nak mintak member sendiri bayar dah satu kerja. Nama pun member, serba salah jadinya. Last-last macam meniaga tuh untuk bagi barang kat member-member for free jer. Yang si member nie pun satu, dah tahu orang meniaga, tolonglah bayar. Tak gitu? Sendiri faham lah kan? This is based on my own experience.
P/S : Yang paling payah kat Malaysia nie, habis semua benda nak dipolitikkan. Boringgg~
8 Commments:
betul.. aku sokong.. kita sepatutnya mengambil kebijaksanaan bangsa yahudi untuk menaikan bangsa. ini tidak, asyik ambik keburukan yahudi je.. yg kena, bangsa sendiri pulak tu..
ini semua contoh2 sindrom buruk masyarakat. tahap penularan perhhh..tinggi gila vavas oo.
jadi tuan poke, gu mana kita nak mengubah ni??
berkemungkinan mereka ini adalah golongan manusia yang hatinya sangat busuk. masyarakat melayulah biasa macam ni. tak boleh tengok orang senang sikit. apa kata kite bunuh mereka. mahu?
@Anonymous Itulah masalahnya. Semua benda nak dimasonkan. Punah bangsa kalau terus macam nie.
@nub Haha. Saya cuba mendengar dari pihak tuan Pangkoq. Ada sebarang penambahbaikan? HAHA.
@cik azeya Hahaha. Extreme betul. Awak tuh melayu jugak. Nak kena bunuh? Haha.
chuck . gua nak jual header bole ? 2 siggit
@hakeem kira huihhhh. of coz lah boleh. haha. gua mana kisah. tangan didada mata keatas. hahaha.
Post a Comment