Rakan-rakan Blog

Hantu yang Membuatkan Orang Menjadi Hantu.

|
Seperti biasa, pagi itu Samsiah berjalan kaki pergi ke sekolah seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun dia berjalan kaki tapi dia tidak berkaki ayam. Tiada yang pelik pada hari itu, sama seperti hari-hari sebelumnya. Cuma semalam hari minggu, dia dapat cuti. Biasalah, government kan selalu bagi cuti. Sebab tuh rakyat kita sentiasa cergas dan berstamina. Sampai sahaja di sekolah, dia terus masuk ke kelas setelah menghadiri perhimpunan pagi yang selalunya membuang masa pelajar-pelajar dengan segala jenis ucapan yang hari-hari budak-budak sekolah tuh dah pernah dengar. Kalau lah telinga mereka pandai muntah, sudah pasti dah berbau hanyir sekolah tuh.

Sampai jer dalam kelas, Samsiah ataupun nama glemer dia Samsy, ternampak seorang budak baru dalam kelas dia. Ya, mamat tuh agak hensem. Jadi secara automatiknya dia pun terpikat lah. Biasa lah manusia, benda yang cantik dan lawa semua dia nak suka, semua dia nak punya. Yang tak lawa takde pun orang nak. Kesian~ Rupa-rupanya budak baru tuh pun jatuh cinta pandang pertama dekat Samsy. Ok, sampah gak lah kalau semua cerita nak buat cinta pandang pertama punya skill, lagi-lagi cerita drama melayu. Budak baru tuh nama dia Zainol tapi macam biasa lah, sebab nak masuk Akademi Fantasiot untuk sesi ke 28 nanti, dia kenalah tukar nama glemer. Jadi dia memilih Jay sebagai singkatan daripada nama Zainol.

Ok, nak dipendekkan cerita, mereka pun bercinta. Dalam sekolah bermanja, luar sekolah sambung, hari cuti sambung lagi bermanja. Mereka tak bosan ke? Aku yang cerita nie pun dah naik bosan. Nak bosan amende, nama pun bercinta. Sigh~ Sampai lah satu tahap, biasalah budak-budak muda kan? Dah bercinta tuh, mulalah pegang-pegang tangan. Lepas pegang-pegang tangan, pegang pulak yang bukan tangan. Biasalah, bak kata dalam movie 'Budak Kelantan', "Pakai seluar Levi's, hisap rokok Winston. Barulah Amerika beb!". Semua benda nak ikut budaya barat. Yang tak barat pun cuba dibaratkan. Haihh, melayu oh melayu.
Akhirnya setelah si Jay nie buat ayat manis yang boleh buat mak bapak diorang dapat kencing manis termasuk menaikkan lagi kadar gula dalam darah jiran diorang sekali, dapat lah si Jay nie bawak si Samsy nieh tidur kat hotel. Tiba-tiba, Jay dapat satu idea. Dia nak lock Samsy terus bersama dengan dia sebab biasalah, pucuk muda nieh rangup dia lain macam. Plinkkk~ Dia dapat idea! Terus dia keluarkan handphone dia. Handphone tuh dia beli pakai duit biasiswa. Nama pun budak melayu kan? Kenalah ada Belekberi, kalau tak org kata kolot lak tak boleh BBM. Tengah-tengah dia buat benda sumbang macam kera sumbang tuh, dia pun gatal-gatal lah rakam aksi kera dia dan Samsy tuh. Tapi malangnya~ Rakaman tuh terlepas dekat kawan Jay yang memang dajal. Jadi secara automatiknya video tuh sudah tersebar meluas di Internet. Search jer 'Budak Sekolah dan dot dot dot' dah terpampang gambar mereka berdua. *Ok, aku tipu. Jangan search betul-betul. Aku dapat saham sekali nanti.

Dan akhir sekali, macam biasalah kan? Sampai lah video kera tersebut kepada kedua ibubapa Samsy. Takkan lah tak boleh sampai kan? Dah jiran sebelah siap download lagi, siap wall to wall ngan jiran lagi satu. Bangga anak bangsa sendiri dalam internet. Untuk mengakhirkan kemaluan itu. Eh, salah. Untuk mengakhirkan perasaan malu itu. Samsy mengambil jalan pintas untuk berhenti menanggung malu dengan membuat keputusan drastik yang ibarat burung di lastik. Akhirnya, Samsy ditemui di belakang rumah tersangkut di pokok nangka dalam keadaan yang tragis. Begitulah berakhirnya kisah hidup Samsy. Bila dah bunuh diri comfirm lah jadi hantu. Tak faham-faham lagi? Bumi tak terima mayat. Langit tak terima roh~ Dah tuh nak pergi mana? Here we go! Merayau-rayau lah. 


Macam mana boleh sampai jadi ending macam tuh? Senang jer sebab dia jadi hantu kerana dua jenis hantu macam yang bawah nieh :

Hantu Rakam
Ok, senang jer kesimpulannya. Ingatan kepada kaum wanita. Kau nak buat maksiat ke apa ke, nak menonggeng ke, nak menelentang ke, nak kuak lentang ke. Please lah, jangan lah percaya sangat kat BF korang tuh. Belum tentu jadi husband korang kan? Even kalau dia husband korang pun. Buat peraturan baru. Dilarang membawa camcoder, handphone dan sewaktu dengannya ke dalam kamar beradu anda. Zaman sekarang semua boleh di'hack'. Harap maklum.

Hantu 3gp
Haa, bab hantu yang nie lagi teruk. Rasa kalau takde orang yang download, takdelah sampai video budak Johor boleh sampai ke Kedah kan? Tuh la masalahnya orang kita nie, bila cerita bukan main gebang. Tapi dia jugak yang sibuk nak tengok. Alasan sebab nak tau, betul ke tak budak dalam video tuh jiran dia or mak cik dia punya jiran dan sebagainya lagi. Cakap kau nak tengok jer sudah. Kau tengok memang lah orang dalam tuh macam best, tapi maruah dia? Kalau maruah dia sorang takpe. Nie habis satu family dia dah takde maruah dah. Harap maklum kali kedua.




P/S : Berhentilah menyokong porno buatan Malaysia.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

18 Commments:

aCeraP :) said...

porno luar bole lg ke chuck hahaha

lavender harum wangi said...

porno malaysia mana best~ HAHAHAHAHAHAHHAHAAHAHA :D

Chuck said...

@aCeraP :) hahahaha. entahlah. janji tak masuk saham aku.

Chuck said...

@lavender harum wangi HAHAHAHAHA. suka kau ea ika. Malaysia punya limited. HAHAHAHA.

XIX Dragunov said...

hantu betul budak 2 eko ni.ouh, bukan LHW dan acerap, tapi samsy dan jay. harap maklum yang ketiga

Chuck said...

@XIX Dragunov hahaha. yang ketiga? sudah semestinya AC. HAHAHA

Ariesya R. said...

chuck aku baca pastu aku komen hahaha suka tak hahaha

Chuck said...

@Ariesya Nadhira Roslane Hahaha. Macam terpaksa jer.

Unknown said...

sbgi rkayat johor aq brase malu krne quotation yg last 2mmg pena tr'jd pd dri aq....apabila sowg mmbe dr klantan tnjuk kn kat aq video slah budk dr jb n aq knal2 gak empunya dri dlam video 2.....

Shafiza said...

Tipu takda komen. Tapi sebab dah baca kenala komen~

Sebab tu ada kes bapak tengok 3gp skali tgk anak dia la yang beraksi~ Pastu sakit jantung.

Diorang pun nak jugak jadi pelakon filem aksi. Kan?

Chuck said...

@Kiambang Puteh TheGiel Tuhla. Budak-budak taman aku punya video pun ada. Haihh. Teruk betul perangai.

Chuck said...

@Shafiza Biasalah. Org Malaysia kan sukakan cabaran. Hahaha.

lavender harum wangi said...

@Chuck : budak JB mmg camtu.. WAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH~ :D

Chuck said...

@lavender harum wangi ==" Aku baiklah weh. Bukan main panjang lagi gelak kau. =="

Saya Nina Syakira said...

hahahahahahahahaha

Chuck said...

@Budak Giler Cadbury Nie lagi sorang. ==" Apehal gelak?

KNS said...

kesah benar ke?
=O apela nasib... last2 bunuh dri..
kesian pokok nangka =p

Chuck said...

@Nasuha Salleh haha. takdelah. anyway nak letak dalam zine KakiBLOGGER jer. Jemputlah join kami. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker