Rakan-rakan Blog

Perokok Pun Perlukan Kasih Sayang?

|
Asap berkepul-kepul di sekeliling seorang mamat bernama Chuck. Ya, nama dia Chuck. Bukan Chucky dan dia tak buat cerita Seed Of Chucky tuh. Dia tak suka bagi orang benih dia macam yang Chucky buat dalam cerita tu. Ok, kita sambung semula cerita. Asap-asap tersebut dengan selamba keluar masuk. Asap lah dol! Tolong jangan fikir yang bukan-bukan. Keluar masuk dari hidung dan mulutnya silih berganti. Ketika dia mahu menambah nikotin didalam badan beliau dengan cara menyalakan sebatang lagi rokok, tiba-tiba dia mendapati yang rokok dia hampir habis. Ya, dia sangat kusut kerana rokok itu adalah nyawa kedua beliau. Dan dia masih tak sedar yang rokok itu akan meragut nyawa beliau satu hari nanti. 
Sampai ke kedai berdekatan, dia mengeluarkan syiling-syiling yang ada didalam poket beliau dengan tujuan menggunakannya untuk membeli sekotak rokok. Kira punya kira, akhirnya cukuplah RM8.50 untuk membeli rokok kegemaran beliau yang bernama Winston. Patutlah seluar beliau senget sebelah sebentar tadi. Biarlah dipandang hina kerana merokok daripada hina meminta rokok dari orang. Ketika sesudah membeli rokok tersebut, dia terfikir mengenai harga rokok. Rasa macam menyesal pula beli rokok. Tapi biasalah, bila beli rasa menyesal. Bila hisap, hanya tuhan yang tahu nikmatnya. Sambil hisap sambil dia menyesal.
Sampai lah di satu masa. Beliau telah jatuh cinta pandang ketiga kepada seorang gadis merangkap anak kepada mak cik menjual air di depan kolej kediaman beliau. Nak dijadikan cerita, hampir setiap petang beliau duduk minum disitu sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan. Yelah, anak makcik tuh ciptaan tuhan juga kan. Kenalah mensyukuri nikmat yang diberi. Nanti orang kata kufur pula.
Bila dah hari-hari lepak situ sambil bercumbu-cumbuan bertukar-tukar senyuman, sudah pastilah rasa nak up level sikit kan? Ok, Chuck pun tegur awek tuh dengan selambanya. Perbualan dia bermula begini.

"Hai, dah lama kerja sini ke?" Tanya Chuck kepada gadis tersebut. Padahal dah hari-hari tengok muka dia.
"Takdelah. Baru tadi kerja sini." Jawab gadis tersebut dalam nada menyindir. 
"Oh. Kalau saya tahu saya mintak kerja dekat sini dulu. Boleh buat bayar duit PTPTN nanti." Terang Chuck kepada gadis tersebut.
"PTPTN? Yang awak minum sehari sampai 8 kali dekat saya nie memang lah tak boleh jimat duit tuh." Balas gadis tersebut.
"Sebenarnya, saya nak berkenalan dengan awak." Chuck berkata seperti dalam dialog filem 60'an dulu.
Dengan selamba gadis itu menjawab, "Maaf, saya tak suka kawan dengan perokok." dan dia terus berlalu ke bahagian belakang kedai tersebut.

Chuck terasa bagaikan hatinya dirobek-robek kerana dihina sebegitu. Dia bukan mat fit, kaki minum, kaki disko, mat rempit atau sebagainya. Dia hanya seorang perokok. 

Seorang perokok pun perlukan kasih sayang bukan?


P/S : Cerita ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik blog ini.


Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

16 Commments:

JuLiaNnE JiTChiE said...

ye ke tade kaitan??
ahahahaha!

Chuck Revenge said...

rasanya memang takde kaitan kot. =="

NOOR FATIN said...

erk. mmg ada pmpuan yang tak suka perokok. sy dlu pn. hahah tapi sy xletakkan syarat la untuk xnk kapel dgn perokok. tp pkwe skrg ni mmg xmerokok. hehee

Chuck Revenge said...

Haha. Untunglah ur bf. Tak payah nak berhenti pasal u kan? :D

TuNaSya said...

haa...
cAk...
anak mak ciK jual air maNa nie??
report kat n**...
hahaha...

Chuck Revenge said...

syamim : sila baca tulisan berwarna biru ye. =="

mizz ainie said...

perokok pun manusia yg ad ati n perasaan...

ingin menyintai & dicintai..

nk wat cmne bf ainie pun seorang perokok jgk... =.="

Chuck Revenge said...

mizz ainie : haha. yelah kan. tak sepatutnya seorang perokok diperlaku sedemikian rupa. *ayat tak boleh blah. haha.

mizz ainie said...

klu da syg,kena terima seadanya...
perokok pun kena la berkorban juga klu dia sygkan buah atinya & xnk kehilangannya...
:)

Chuck Revenge said...

@mizz ainie : insyaallah satu hari nanti chuck berhenti.

temox said...

hax haxxx . trkeneeeee :D

Chuck Revenge said...

@temox : haha. :)

Cik Shazie said...

perlukan kasih sayang? brenti la merokok!

Chuck Revenge said...

@Cik Shazie : Hahaha. Thats the best way. :D

Nasuha Salleh said...

gadis tu takut bile hati dah tertambat
dia pon kena kanser sama mcm sang perokok tu

@.@
hehe...
My Recent Post: Lenguh Sana Sini dan Ucapan Raya

Chuck Revenge said...

@Nasuha Salleh : agaknya la kot. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...