Rakan-rakan Blog

Kenapa Aku Berblog Dan Apa Tujuannya?

|

Sekarang zaman dah moden. Semuanya di blog.


Ramai pernah tanya aku soalan macam ni. Susah nak jawab kalau orang yang tanya tuh bukan seorang blogger tegar. Walaupun tegar tapi aku masih tak hebat macam korang semua. Sila beri tunjuk ajar yeah kawan-kawan. Dibawah ini aku terangkan kenapa aku berblog.

Kenapa Aku Berblog Dan Apa Tujuannya?

Jurnal untuk kehidupan seharian aku.
Aku rasa dengan berblog dapat melapangkan lagi fikiran. Bila senang kita tulis, bila susah pun kita tulis kan? Nak kiaskan orang pun tak kisah janji tak menyusahkan siapa-siapa. Memang susah bila kita kena jaga hati semua orang, tapi bila berblog pandai-pandai lah kita gunakan bahasa kiasan. Lagi-lagi jenis pelik macam aku, yang sangat susah nak berkongsi dengan siapa-siapa. Hanya blog jer lah tempat meluahkan perasaan dan juga cerita kehidupan seharian aku. Macam lah dia boleh jawab perasaan aku kan? At least aku tak biarkan semuanya terpendam begitu sahaja. Berblog juga banyak memberikan inspirasi, dorongan dan motivasi kepada aku untuk sentiasa bersemangat dan bangkit bekerja.

Bukan untuk menghina mana-mana pihak.
Tak semua orang mempunyai hala tuju yang sama dalam tujuan berblog mereka. Ada yang memang membuat blog semata-mata untuk menghina orang lain. Seperti kes yang pernah terjadi. Sultan Johor telah dihina oleh seorang blogger. Maafkan aku, sebagai rakyat Johor sememangnya aku rasa kesal kerana aku salah seorang dari komuniti blogger juga. Secara tidak langsung sedikit sebanyak masyarakat akan memandang serong kepada blogger-blogger seperti aku. Walaupun tidak popular tetapi bila sebut pasal blogger sudah pasti semua blogger akan terpalit dengan kemarahan rakyat. Setakat ini belum lagi aku pernah terhina orang tetapi ada 2-3 keping SMS berbunyi tidak puas hati dengan cara aku berblog kerana ayat-ayat yang aku gunakan terkena tepat didahi mereka. Maafkan aku sekiranya ianya terjadi lagi.

Bukan untuk mencari pendapatan.
Ada juga blogger yang mencari pendapatan dengan berblog. Ok, aku respect dengan cara kerja mereka. Menjual barang-barang direct kepada pengguna. Secara tak langsung memudahkan kita semua untuk membeli barang yang kita mahukan tanpa perlu ke shopping complex yang penuh dengan anak-anak muda yang menyemakkan mata. Tapi ada juga blogger yang aku kurang respect, iaitu mereka yang mengambil keuntungan dari affiliate. Yarh, ada juga yang sanggup mengambil survey dari pusat judi di luar negara semata-mata untuk menambahkan pendapatan mereka. Memang banyak yang korang akan dapat bila survey dengan host syarikat perjudian dari luar negara tetapi? Halal haram nya bagaimana? Aku tak nak lah sampai blog aku diungkit dipadang masyhar nanti. Setakat ini, aku hanya gunakan iklan dari Nuffnang sahaja dan tak pernah terfikir nak gunakan iklan yang bukan-bukan.

Menambah kenalan.
Ya, bahagian ni aku paling suka kerana aku dapat menambah kenalan. Walaupun tidak kenal antara satu sama lain tetapi korang akan senang rapat kerana masing-masing mempunyai satu minat yang sama iaitu berblog. Kenapa aku cakap macam tuh? Korang tau KakiBLOGGER? Kalau tak tahu sila klik sini. Kami berasal dari 6 orang anak muda yang menghasilkan satu group yang diberi nama KakiBLOGGER. Ya, mungkin tidak terkenal lagi. Tetapi Alhamdulillah setakat ini sudah mencapai hampir 800 fan like di fanpage kami. Kami yang bergabung menghasilkan komuniti ini kebanyakannya tidak pernah kenal antara satu sama lain dan hanya berkongsi minat yang sama iaitu berblog. Bila kita berkerja dengan minat yang sama sudah pasti lebih mudah untuk kita berkerjasama bukan? Dengan blog juga aku dapatlah jumpa awek-awek. Hee~

Medium untuk belajar.
Maksud aku bukan pelajaran mengikut syllabus PPD or whatever. Dalam hidup ni semua kita boleh panggil pelajaran kan? Kita belajar untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pada aku, aku lebih selesa untuk membaca blog mereka yang menceritakan kisah hidup mereka. Skop kehidupan kita semua sudah pasti tidak sama bukan? Apa salahnya jika kita mengambil pengajaran dari kisah hidup yang mereka kongsikan.

Memberi sedikit maklumat kepada orang ramai.
Bahagian yang ini sudah pasti ramai yang berblog untuk ini. Pahala kalau kita memberitahu sesuatu yang mereka tidak tahu. Macam mengajar juga lah kiranya. Tapi pastikan yang baik-baik ya. Untuk blog aku, aku suka bercerita mengenai propaganda dan sebagainya. Untuk umat islam semuanya. Dan juga baru-baru ini aku cuba untuk membuat tutorial dengan mengajar blogger-blogger baru dalam proses membina blog mereka. Tidak salah kalau kita berkongsi. Dan dengan itu aku rasa lebih banyak blogger dapat dilahirkan.

 

P/S : Cuba dapatkan semua yang terbaik dengan blogger.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

10 Commments:

| cik azeya | said...

sokongg! buat tambah kawan kawan. \ :)

Chuck Revenge said...

@| cik azeya | : yarh. dapat ramai kawan kan? :)

Amiey White said...

Sokong + tempat untuk mengumpat dan cari jodoh agagaga

Chuck Revenge said...

@Amiey White : Haha. Sokong yang tuh jugak. Tapi tak sempat nak tulis. :D

NOOR FATIN said...

best dapat kawan2 blogger ni. tambah ilmu pengetahuan :)

Chuck Revenge said...

@NOOR FATIN : ya. tau takpe. kongsi2 pengalaman kan. :)

JuLiaNnE JiTChiE said...

hey~aku juge perlu sokong untuk dapat ramai kawan..
seronok tahu??

Chuck Revenge said...

hahaha. sokong sangat. :D

Muslimatusoleha said...

Nanti kamu click nuffnang kat blog kite ea.. Thanks ^_^

Chuck Revenge said...

Ok. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...