Rakan-rakan Blog

Kisah Seorang Perokok dan Kotak Rokok Beliau.

|

Hari ini aku terpanggil untuk menulis pasal satu tajuk yang biasa kita dengar. Aku kurang pasti samada terpanggil ataupun dipanggil. Yang pasti ianya bukan memanggil pemanggil dengan panggilan ke Pulau Pemanggil. Ok, berhenti merepek sebentar. Aku akan menulis berkenaan rokok. Ya, rokok. Bukan berkenaan rocky mahupun choki-choki. Sebagai seorang perokok yang tegar, sudah pasti aku rasa macam tak selesa untuk menulis berkenaan dengan rokok. Ya, bukan separa pasti tidak selesa tetapi sudah pasti. Memang semua orang tahu bahayanya rokok bukan? Malangnya 50% kaum lelaki di Malaysia adalah perokok dan salah seorang daripadanya adalah aku. Yang sudah pasti, aku akan berhenti satu hari nanti. Cuma masanya belum pasti. Samada aku berhenti merokok ataupun merokok yang akan memberhentikan aku. Aku diberikan dua pilihan. Dan sudah tentu aku tidak mahukan pilihan yang kedua. Membiarkan rokok mengakhirkan hayat aku. 

Aku tak kisah kalau aku seorang sahaja yang menghidu asap berkimia tersebut tapi aku masih risaukan orang-orang sekeliling aku. Yang paling membuat aku risau adalah, asap rokok terlampau mudah mengancam kanak-kanak. Aku sayangkan kanak-kanak dan pastinya aku mahukan zuriat sendiri satu hari nanti. Rokok itu sendiri umpama 'racun'. Ya, aku tahu kesannya. Walaupun selama ini aku berkawan dengan 'racun' tetapi sudah pasti aku tidak mahukan zuriat aku di 'racun' oleh aku sendiri. Termenung jauh ketika menghabiskan ayat ini. 

Kita sendiri sudah tahu yang perokok pasif adalah orang yang terpaksa menghidu asap rokok dari perokok aktif yang berkeliaran di udara yang datang sendiri dari perokok aktif. Kepekatan bahan kimia di dalam asap yang disedut oleh perokok pasif adalah lebih pekat dari asap yang disedut oleh perokok aktif itu sendiri. Jadi? Tunggu apa lagi? Jadilah perokok aktif! Tidak, bukan menggalakkan. Sekadar gurauan. Kedua-duanya tiada kebaikan. Hanya mudarat yang menanti. Hidup korang akan lebih bermakna tanpa bahaya nikotin tersebut yang telah menjadi kawan baik aku selama lebih 8 tahun. Aku tahu aku telah memilih gaya hidup yang salah. Salah langkah sendiri yang membawa aku di dalam punca 'penyakit' tersebut. Kononnya, nampak cool atau macho bila merokok. Tuihh (bunyi ludah), aku tak pernah lagi jumpa perempuan yang kata lelaki merokok nampak cool atau macho. Tapi yang pasti kenapa aku merokok? Diri aku sendiri yang mahukannya. Bukan pengaruh rakan-rakan tetapi aku perlu persalahkan diri sendiri terlebih dahulu. 

Aku tak pernah salahkan rakan-rakan aku. Tolonglah jangan buat karangan seperti waktu di sekolah berkenaan pengaruh rakan sebaya. Aku tak pernah lagi terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya aku. Sebab lain? Hilangkan tension? Tidak sama sekali. Jangan nak menipu kalau kau merokok tension akan hilang. Aku tidak rasakan yang alasan sebegitu boleh diterima. Mula-mula mungkin boleh diterima kerana seronok melihat asap berkepul-kepul tetapi apabila sudah 'addict' sangat sedih melihat duit tak pernah dapat berkepuk-kepuk kerana hanya melihat asap sahaja berkepul-kepul. Semua boleh habis semata-mata untuk rokok. 

Peringatan : Harga sekotak rokok = Seekor ayam.

Merokok pada aku macam melompat masuk ke dalam sebuah perigi. Sangat mudah untuk masuk ke dalam tetapi untuk keluar sangat susah. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut? Janganlah masuk ke dalam perigi tersebut tetapi masuklah ke dalam Sunway Piramid ataupun City Square. Ibaratnya, tolonglah jangan cuba-cuba merokok kalau tidak tahu bagaimana 'addict' nya seorang perokok tegar dan bila anda tidak merokok sudah pasti banyak wang simpanan yang boleh dibelanjakan ke jalan yang betul tanpa pembaziran.  Jangan mulakan merokok. Itulah nasihat yang paling penting aku rasa untuk semua yang baru-baru belajar merokok. Sekian. Pesanan khidmat masyarakat dari seorang perokok tegar.


P/S : Entah bila nak berhenti pun tak pasti lagi. =="

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

16 Commments:

Unknown said...

gudluck untuk chuck dan perokok tegar yang lain untuk berhenti dari tabiat nihh ..:)

Chuck said...

@nazpunyerblog : thanks. i hope so.

Amiey White said...

good luck berhenti tau chuck...
nice entry from admin haha

Chuck said...

@Amiey White : insyallah Amiey. kalau boleh secepat mungkin nak berhenti. isk3. =="

iwan_dextrous said...

rokok2..bubye rokok..hurmm

Dextrous cyber life

Chuck said...

@iwan_dextrous : sedihnya aku dengar. haihh.

lavender harum wangi said...

nanti aku post Niquitin kat ko ea.

Chuck said...

@lavender harum wangi : kau nak belanja? FOC lah yea. :D

Mr.NS said...

nice blog bro..
follow u.

Chuck said...

@Mr.NS : thanks bro. :)

Si-D said...

masuk perigi susah nk kuar?
telepon bomba..nnt dia tarik keluar..kan senang....hehehe..gurau jerk

Chuck said...

@Shidy : haha. melawak sikit bro. thanks yarh BW sini. :)

Noor Fatin said...

baik makan ayam dari rokok kan..errr

Chuck said...

@NOOR FATIN : tuhla pasal. haha. baik makan ayam. :)

Anonymous said...

Alamak chuck, bila aku baca entri ni..macam kene kat aku balik...Aduyai...x pe..kita cuba benti sma2..hehehe


p/s: bleh ke aku benti ni...bg semangat skit..(best layan lagu ni sambil isap rokok..hehehe)

Chuck said...

@ChipCoklat : haha. ada pun org yang faham perasaan seorang perokok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker