Baru-baru nie aku dapat contact balik dengan kawan aku sorang lepas hampir 8 tahun lost contact. Classmate aku masa darjah 6. Memang susah aku cari dia, nama dekat FB memang takde kena mengena dengan nama dia. At last, aku tahu yang tuh memang classmate aku dulu. Dah lama tak borak and sekarang aku tahu dia dekat Alexandria, Egypt.
Masa aku chatting dengan dia kat FB, aku sempat mintak ID Skype dia sebab dia kata pada masa tuh dalam 2-3 hari lagi, FB akan kena block sebab Twitter telah awal-awal lagi di blocked. Memang betul jangkaan dia, esoknya FB di Egypt terus kena blocked. Kerajaan Egypt blocked semua sebab mereka tak mahu orang awam connect sesama mereka dan juga pihak luar. Talian telefon turut disekat. Aku hanya berhubung melalui Skype.
Dia story kat aku yang everyday ada riot dan everyday ada yang terbunuh. Polis tembak orang awam dah macam patung. Nyawa bagaikan takde nilai dah. Rakyat Egypt buat riot kerana mereka tak bersetuju dengan Presiden mereka sekarang yang telah memerintah selama 3 dekad. Banyak rasuah dan banyak gejala buruk lain semakin menular disebabkan Presiden mereka.
Aku tahu, yang ramai lagi rakyat dan pelajar kita dekat sana. Aku ada terbaca yang ada pelajar dari Malaysia telah cedera ditembak kat kaki. Sama-sama kita harapkan tak berlaku perkara buruk kat pelajar dari Malaysia. Termasuk kawan lama aku, Nur Ain binti Mahfar.
Now, aku dah lost contact semula dengan kawan aku. Hopefully, takde apa-apa yang akan berlaku. Sekarang kita hanya mampu berdoa untuk mereka supaya keadaan dekat sana kembali aman.
P/S : Aku harap segalanya akan kembali seperti sediakala.
18 Commments:
mintak2 dorg selamat. +.+
@.:padie_eyla:. Insyallah berkat doa kita mereka akan selamat.
kite doakan utk semua muslimin and muslimat msia kt sana yer..insyaAllah...
@NuR hANiS HaShiM Mudah-mudahan mereka semua akan selamat.
tak sangka boleh jadi macam ni kan...
mintak2 ain selamat... dan semua rakyat malaysia yg kat sana jgk...semoga dorg semua selamat...
@cik aied Kita doakan semua termasuk Ain sekali. Kawan lama kita kan.
Hurm...aku risau ngn nasib beratus shabat aku kt sana huhu...smlm dpt msj mcm2 da..harap2 segalanya ok....tmbh2 yg akhawaat...hurm...hoope everthing will be end soon...l;agi cpt lagi bagus..amin..
KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???
@Mr. TN_SkY Amin. Mudah-mudahan semuanya cepat berakhir.
haish.. risau kowt rmai member2 yang duk sana
@saperakue tuh la. kita semua sama-sama doakan mereka.
moga2 semua rakyat malaysia di sana selamat.
Hurmm.. Takutnye duduk kat sane. Kenapa ye dkt berita crita mcm xbahaye sgt. Baru smlam kot crita bhye tu. Pape pun hope semuanye selamat n dapat balik ke Malaysia scpt mungkin....
@saiful insyallah. semua akan selamat.
@Cik Rimau ada pihak terlalu menyembunyikan semua. itu lah jadinya. haihhh.
sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka.
alhadulillah Malaysia dah hantar penyelamat ke sana...
kalau aku roshan aku dah p dah.hehe!
amin..hope soo chuck =_=
KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???
@areripe hahaha. kalau boleh pilih hero dah lama aku g.
@Mr. TN_SkY yarh. hope so.
Post a Comment