Rakan-rakan Blog

Kenapa Blogger Terkenal Terus Menerus Menjadi Terkenal?

|
Entry ini ditulis atas dasar tidak puas hati tetapi jauh sekali dari dasar iri hati. 
Diharapkan anda maklum sebelum meneruskan pembacaan. Blog ini adalah blog biasa, tiada award dari Nuffnang sebagai Blog Terbaik Malaysia mahupun keluar Harian Metro dalam muka surat dua. Anda mahu membaca blog popular sahaja? Ok, hentikan bacaan anda disini. Ini sememangnya blog yang langsung tidak popular.
Nampak tajuk entry di atas? Ya, memang kedengaran seperti tidak puas hati bukan? Blogger yang terkenal akan terus terkenal? Itu sememangnya fakta. Ramai blogger seperti menjadi pencacai kepada mereka. Maaf jika ada yang terluka dengan statement ini. Ramai yang cuba menggunakan nama mereka untuk menaikkan nama blog mereka. Ini bukan sifat yang perlu ada dalam diri seorang blogger.
Aku cuma nak blogger-blogger berfikiran jauh dari apa yang selalu kita gambarkan. Selalunya semua blogger mengharapkan review blog mereka dari mereka yang telah sedia terkenal. 
Sejak aku berkenalan dengan ahli dari komuniti KakiBLOGGER, aku sudah faham tentang niat asal berbloging dan betapa hinanya pencacai-pencacai nie semua di mata orang-orang yang berusaha demi blogger mereka. Dengan itu kami dari KakiBLOGGER cuba bersaing secara sihat dengan mereka yang sememangnya telah popular.
Aku lahir dari KakiBLOGGER dan aku rasa semua ahli kami disini tidak mengejar popular dengan cara membodek blogger-blogger terkenal dan sebagainya. Mungkin ada sesetengah yang terlepas pandang. Kami cuma mahu berusaha sampai ke tahap itu. Kami hanya mahu usaha kami diiktiraf. Dengan siapa? TPM? Mustahil. Bukan benda mudah kan? Tapi bagi kami di KakiBLOGGER, semuanya tidak mustahil kerana kami adalah satu komuniti besar dan boleh mengiktiraf diri kami sendiri. Teruskan pembacaan sekiranya persoalan di minda anda masih belum terjawab.
Korang selalu nampak tak link-link blog terkenal dekat tab rakan-rakan blogger? Macam mana mereka tak terus terkenal kalau korang terus memperkenalkan mereka? Pada pendapat aku, bukan semua mereka berbakat pun. Ok, aku tak nafikan sememangnya ada blogger terkenal memang mempunyai bakat tersendiri. Tapi perlu ke kita membodek mereka untuk tumpang populariti mereka? Pasang niat yang betul ketika mula menulis. Biar usaha kita diiktiraf dengan pencapaian kita sendiri. Tak perlu mendabik dada dengan kejayaan orang lain. Please be yourself.
Dari kacamata ahli KakiBLOGGER, kami telah mendapat satu ilham. Dengan ini, KakiBLOGGER sendiri telah menghasilkan satu zine untuk menaikkan nama-nama blogger yang boleh menulis mengikut syarat-syarat yang diberikan dan hasil kerja mereka dibukukan.
Zine adalah satu majalah maya yang mengumpulkan semua tulisan-tulisan blogger yang berminat untuk menulis tentang tajuk yang dihighlightkan. Edisi pertama telah pun diterbitkan dengan tajuk Zine KakiBlogger #1: R O K O K! Nak baca zine kami? Tekan download. Ada artikel aku juga dalam tuh. :)

Cover depan Zine KakiBLOGGER #1: R O K O K!

Dan untuk zine yang kedua, tajuk 'soSIAL' akan diterbitkan. Semua blogger bebas untuk menghantar karya mereka kepada KakiBLOGGER. Anda mahu menyertai zine kedua kami? Klik KakiBLOGGER untuk ke fanpage kami. Biarlah usaha kita yang menjadi kayu pengukur kejayaan kita. Tak perlu blogwalking tipu dan juga membodek blogger-blogger terkenal untuk kita menjadi popular.



P/S : Diharapkan Zine kedua KakiBLOGGER akan mendapat lebih ramai penyertaan.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

36 Commments:

lavender harum wangi said...

wohooo~ serius nye chuck.. nak buat cane, lain org lain cara berblog kan.. :)

Chuck said...

Ye. Terserius lak. Tgh2 hari menaip nie jadinya. Haha.

Unknown said...

cayalah! :)

Chuck said...

@AyinAyob haha. apa yang cayalah?

Shafiza said...

Dulu penah cube nak rapat dgn blogger terkenal, but ssh.
Sbb kan mereke dah femes. So baik usahe sendiri.

amira aihara said...

hehe...macam bce artikel plak..

Chuck said...

@Shafiza yelah. kita blogger kan? lebih baik kita usaha sendiri. :)

Chuck said...

@amira haha. terpanjang sangat kot. tuh lah payah bila start menulis. haha.

.:padie_eyla:. said...

btol2. dah nampak banyak dah. blog dulu ngan blog sekarang laen. -.-

Nobita Sensei said...

gua setuju 100% statement tu.

Saya Nina Syakira said...

yeah diharap kali ni punya zine dapat sambutan :)

Mr.NS said...

hidup blogger underdog!!
(err seswai ke?)

zoul yazix said...

standing oviation for this article chuck. :)

Blogmerah said...

sbnrnye..sape bloger terfemes ni? blogging for fun sudaa...pis:)

The Sharkox said...

kenapa nak sibuk2 jadi blogger feymes????

apa pekdah nye??

Chuck said...

@.:padie_eyla:. tau takpe. blog dulu lain. blog sekarang lain. =="

Chuck said...

@Nobita Sensei Gua setuju 120%. Hahaha.

Chuck said...

@Budak Giler Cadbury Insyallah ramai orang join untuk zine kali nie. :)

Chuck said...

@Mr.NS Hahaha. Entahlah. Gua pun kurang pasti dengan ayat tuh. XD

Chuck said...

@zOuL_iMMe Sejak bila kau pandai speaking nieh zoul? Haha.

Chuck said...

@Blogmerah Bukan semua orang fikir macam kita. Ada yang nak jadi femes sebab orang lain.

Chuck said...

@The Sharkox Macam-macam bro yang diorang bleh dapat. Income pun boleh tahan. =="

Unknown said...

yeah sokong ko bro..dlu penah gak terpikir nk tumpang femes blogger2 len..tp rase meluat plak..hahaha...so better wat hal sendri

psl bersaing tu..hmmmmm..siyes aku xpenah fikir plak yg berblog ni kne bersaing..perlu ke?? utk ape?? bg aku "lu ade blog sendri, gua ade blog sendri..lu ade follower sendri, n gua pon ade follower gua sendri"...so nk bersaing apenye?? huhu...

psl zine tu plak...sorry la gua x join skaki...sbb sedang menunggu topic yg berkenan d hati..hehehe

p/s : sorry comment pnjang...hahaha..PEACE

Chuck said...

@iDeaL cRazEe Maksud aku bersaing untuk mendapatkan follower sendiri. Bukan ramai sangat kan dalam dunia blogging nie. Balik-balik muka yang sama. Betul tak?
Hopefully, ramai lagi yang join zine nie.
Takde hal la bro. Lagi panjang lagi bagus. Haha.

nur maisarah said...

artikel sy pon ade. yeay. haha

jay said...

sangat setuju...baik letak link pada krew2 kakiblogger xpun kita letak link mana2 blog yang baru nak naik....dapat pahala..hee :)

Chuck said...

@| cik azeya | yeahhh. artikel kita ada. :)

Chuck said...

@cik jue Betul-betul. Buatpe nak naikkan orang dah popular. Baik kita tolong mereka yang belum popular kan?

kindergartenlibrary said...

setiap blog ada keistimewaan sendiri .,
walaupun tak terkenal , ada info yang orang lain boleh dapat ..

Noor Fatin said...

kaki blogger best. semua ramah2 :)

Chuck said...

@nelly Ye. Betul-betul. Setiap blog ada keunikan sendiri selagi hasil kerja penulis tak diplagiat. :)

Chuck said...

@NOOR FATIN Haha. Yelah kan. Semua ramah-ramah belaka. :)

Misshy Innz said...

blogger pemes ni dah naik kepala bro .
semua yang dia cakap , semua orang setuju .
stupid ahh .
HAHA !

anti-blogger-pemes
;D

Chuck said...

@Misshy Innz Hahaha. Ada pun org faham perasaan blogger yang tak femes nie. Hahaha.

Anonymous said...

kaw femes la chuck.
ty aku pomote kaw kat junior.
kaw kan taste mudaaa :P

Chuck said...

@bieha-chan :) haha. taklah. tak femes langsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker