Rakan-rakan Blog

Mereka Salah Tapi Tak Salah Kawan Dengan Mereka.

|
Sosial? Banyak maksudnya dan kebanyakan yang disalah gunakan menjadikan benda tersebut soSIAL. Maaf menggunakan perkataan kurang sopan. Untuk entry kali nie aku saje nak tulis pasal pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan sosial aku sendiri.

Aku bukan malaikat dan aku juga bukan syaitan yang direjam. Sama macam manusia biasa dan tidak khilaf. Semua orang aku kawan. Semua orang juga aku cuba buat menjadi kawan. Tak susah berkawan, tapi yang paling penting tahu cara bagaimana kita berkawan. Aku bukan nak mendedahkan keburukan sesiapa tapi memang hidup aku dikelilingi oleh orang-orang macam nie. Orang macam mana? Baca sampai habis kalau nak tahu dengan penuh mendalam.

Dah lama aku travel merata tempat untuk meneruskan pembelajaran aku. Macam-macam jenis perangai aku jumpa. Kawan-kawan aku semua bukan baik dan aku sendiri bukan baik sangat. Tapi kenapa kami berkawan? Masing-masing ada faktor sendiri kenapa kita berkawan tapi yang paling penting dalam persahabatan adalah kedua-dua pihak boleh serasi dan bergembira bersama-sama.



Mat Motor Yang Bangga Menjadi Mat Rempit
Ok, orang selalu pandang hina golongan nie. Tapi tak semua mereka yang ada motor boleh didefinasikan sebagai rempit kan? Yang aku dapat kenalpasti dari golongan nie adalah kebanyakan mereka yang kurang berbakat dalam benda-benda lain dan banyak mengabadikan diri bersama motor kesayangan mereka.
Aku masih tak boleh lupa satu ayat yang aku dengar sendiri dari kawan aku, 'Aku sayang motor nie lebih dari nyawa aku sendiri'. Kenapa sampai jadi macam tuh? Sebab mereka hebat bila bersama dengan kelompok mereka, tapi bila diluar mereka zero. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.

Semua Jenis Penagih Yang Tak Kisah Menagih Apa-apa Bahan Terlarang
Cuba sebut semua jenis benda yang boleh ditagih? Aku rasa aku ada semua jenis-jenis kawan macam tuh. Tapi kadangkala aku terfikir kenapa mereka buat macam tuh. Pengaruh rakan? Mustahil. Setakat nieh aku rasa lebih sepuluh kali aku tolak perlawaan dari bermacam-macam jenis bahan terlarang. Aku masih bersih walaupun aku seorang perokok. Mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan. Aku bukan family diorang nak marah-marah. Selagi diorang tak guna jarum suntikan dah kira ok kerana bila bila mereka dah mula gunakan jarum suntikan, selamat tinggal kawan. Aku tak boleh berkawan dengan kawan yang macam nie. Aku pernah dengar, kalau kita tak dapat tegur dengan tangan, kita cuba tegur dengan mulut. Kalau tak boleh tegur dengan mulut, kita cuba tegur dengan hati. Dan menegur dengan hati adalah selemah-lemah iman. Ya, aku memang lemah kerana tak dapat bantu rakan sendiri. Mereka terdorong dari sifat ingin bebas dan ini memang remaja zaman sekarang. Cuba terima hakikat yang remaja kita semakin teruk. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.

Adik-adik Kecil Yang Mempunyai Hati Seperti Abang-abang Besar
Bahagian yang nie korang abaikan tajuk dia. Part nie paling ramai kawan-kawan aku dan kawan-kawan korang juga. Aku tak tahu nak explain macam mana. Pantang ada yang terlanggar. Semua datang buka kepak masing-masing. Biasa lah, berani bila ramai. Cuba kalau sorang-sorang. Lepas tu? Balik rumah dengan lebam-lebam? Hebat! Dah tak boleh kata apa remaja jenis macam nie. Pergi mana pun pasti akan jumpa abang-abang yang perasan besar nie. Diorang bukan siapa pun. Budak-budak baru nak naik. Tak boleh diusik, tak boleh dilanggar, tak boleh dijeling. Semua memang melenting. Malu pada diri sendiri untuk golongan macam nie. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.

Kalau nak senaraikan semua, memang takde orang nak baca. Semua dah tahu dengan benda-benda nie. Kita remaja dan kita sendiri dapat melihat keruntuhan moral rakan sebaya kita. Tapi apa yang kita mampu lakukan? Sedarlah, kita tak berbuat apa-apa. Tak sedar ke korang bila semua orang sudah mula menerima golongan-golongan macam nie? Semua orang dah anggap benda nie benda biasa kan? Bakal pemimpin akan datang macam nie? Gulpp. *Telan air liur.

P/S : Spesis bapuk pun orang pandang dah macam biasa. Tak sedar ke tu petanda akhir zaman?

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

45 Commments:

lavender harum wangi said...

abg2 besar? ko pekida ke apa? hahaha.. alaa, yg penting dari diri sendiri jugak.. boleh pikir kot yg mana perlu ikut yg mana tak.. :)

Chuck said...

@lavender harum wangi hahaha. takde kena mengena dengan pekida. semua budak-budak baru nak naik nak jadi macam nie kan?

XIX Dragunov said...

yang mane yang berul kita ikut, yang mane yang salah jangan ikut... tapi pepatah arab ade berkata, kawan dengan orang jual minyak wangi, bau wangi.. pikie2 kan lah

Anonymous said...

sosial sekarang maken hando kann .kann =.=''

ayu cheese cake said...

woah. Nice entry :)
Pemikiran yang luas.

Chuck said...

@XIX Dragunov Aku tak percaya pepatah tu. Takde istilah pengaruh rakan sebaya. Kita yang pilih semua tuh.

Chuck said...

@Aien Najib Hando? Jap-jap bukak kamus. haaa. A'ah. Memang-memang. Haha.

Chuck said...

@ayu cheese cake thanks ayu. :)

Amiey White said...

@Chucksaya suka kawan dengan pusher , dari penagih hahahaha

Chuck said...

@Amiey White hahaha. gua nak cite pasal pusher. tapi kang polis cari gua. satu hal. hahha

Anonymous said...

haha .ayat chuck ta bole blahh ..da jumpe lom makne die ?

Chuck said...

@Aien Najib hahaha. aku faham maksud kau. tapi tak dapat nak describe. haha

Anonymous said...

heks :)

CikAizA said...

betul tu.. mereka memang salah.. tapi x salah kawan dengan mereka...
Ayah saya dulu masa muda mat rempit gak.. kawan yang jadi penagish ramai gler. minum arak tak yah cter.. kaki perempuan is small matter.. Abg besar.. yes dia kawan dengan den banyak abg besar...

But now.. dia ayah yang paling membanggakan.. so jangan asyik salah kan org lain kalau kita yg x betul...

Chuck said...

@Aien Najib :)

Chuck said...

@AizA Si LovEmoNEy terima kasih sebab sokong pendapat. tak semua orang jahat akan terus jadi jahat kan? jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri yang buat salah.

Unknown said...

x kisah berkawan ngn sesapa..as long pandai jaga diri..

jadilah spt ikan di lautaan air masin..yg tidak membiarkan dirinya masin walaupun bergelumang dlm air masin..kecuali bila dijadikn ikan masin :p

Chuck said...

@chiihaaa. pendapat yang nie chuck memang sokong. :)

alyaanajwa said...

agree!

Chuck said...

@alyaanajwa thank you. :)

Shafiza said...

Kalau kite dah stuck kat sesuatu tempat, seburuk mane pon orang tu kite tetap gak kene kawan dengan die. Tak bleh wat ape sebab kadang-kadang kite takde pilihan lain. Kan?

XIX Dragunov said...

haha, memang la susah ko nak pecaye sebab tu pepatah arab..hak3 XD

Chuck said...

@Shafiza Betul. Tak semestinya kita kawan dengan dia kita akan jadi macam dia kan?

Chuck said...

@XIX Dragunov Haha. Kalau pepatah melayu gua boleh la caye sikit2.

doyah said...

kawan yang mane sesedap rasa. ngoo

Chuck said...

@ d.O.Y.A.h Hahaha. Jawapan nie simple. Tapi Chuck tak memilih sgt.

Unknown said...

maw jdkan contoh karangan buleh..haha

.:padie_eyla:. said...

kadang2 abg2 besar tu menakutkan. tapi bukan semua. they just acting like protective. ;)

Saya Nina Syakira said...

entri ko ni best2 kan jeles jap haahha :) nice entri.. goodluck :)

Chuck said...

@Masz Jewp hahahaha. nie macam perli jer. :D

Chuck said...

@.:padie_eyla:. maksud kat sini bukan abg besar yang sebenar. mereka nie fake dan suka buat huru-hara.

Chuck said...

@Budak Giler Cadbury Thanks nina. Sayang kau lah. Hahaha.

SHUKRI SALIM said...

kalau ade pape, call je gua. gua blh dtg shah alam on da spot. lu jgn risau. *abg besar.

Chuck said...

@SHUKRI SALIM HAHAHAHAHAHA. Setan kau. Ok then. Nanti ada apa-apa aku contact ABANG BESAR ye.

Noor Fatin said...

btol jugak tu chuck. mereka salah, tapi kita tak salah kawan dgm mereka. asalkan kita pandai kawal diri kita. kita yang kawal diri kita sendiri, jangan kata sebab pengaruh kawan. kalau kita xnak, xkannya nak jadi terpengaruh. hehe :)

Chuck said...

@NOOR FATIN betul tuh kan Fatin. Kita dah besar kan. Pandai-pandai lah jaga diri. :)

Unknown said...

chuck....my pleasure loh...hahah

Chuck said...

@Masz Jewp Hahaha. Pleasure utk memerli ke? :D

XIX Dragunov said...

wa rase kalau pepatah melayu pun wa rase nak patahkan..hahaha

Chuck said...

@XIX Dragunov hahaha. kau nie. semua kau nak patahkan.3 kali ek comment entry aku? dahsyat2. haha

Fara Farhana ™ said...

Mr. Chuck, nak floating nuffnang?mari klik sini :

http://www.edrienahazelina.com/2010/03/floating-nuffnang-ads.html

Chuck said...

@Fara Farhana ♥™ Thanks yarh. :)

ariph™ said...

abang chuk! nak kawan ngan awak buleh? hahaha

Chuck said...

@ariph™ Ok. Gus tak kisah kalau lus nak kawan ngan gus. HAHAHAHAHA

Kimi Kay MS said...

berkawan biar berjuta,
asal jangan hilang diri sendiri.

moralnya, takkan la salah kawan dgn orang2 yg cara hidupnya songsang? adakah kita juga akan jadi songsang krn kawan dgn meke? tentu2nya tidak, sbb kita diberi otak sendiri tuk digunakan tuk berfikir kan?

kadang2 rasa takleh blah siot, bila baca kisah2 org yg menyalahkan kawan2 atau lebih bengap lagi, benda2 ciptaan manusia sbg punca diri bermasalah. takkan la dah dpt kawan/benda2 ciptaan manusia cam FB/blog bla3 ni, terus ilang akal pkran kan?

anyway, really nice blog. jarang jumpa blog sebegini. sy mesti piley!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker