Kamal dan Karim bekerja sebagai buruh binaan. Mereka bekerja disatu tempat kerja yang sama. Yang menjadi satu persamaan diantara diorang ini adalah diorang selalu sahaja kesempitan wang. Jadi, apabila ini terjadi sudah pasti bila balik jer dari tempat kerja mereka akan dimarahi oleh keluarga mereka ataupun lebih sinonim dipanggil dengan nama isteri mereka iaitu Kamelia dan Fiona. (Macam nama lagu jer nama dua-dua.) Sudah pastinya masing-masing sudah muak mendengar bebelan isteri mereka sendiri. Siapa yang tidak mahu kaya? Cuma masing-masing belum berkemampuan. Walaupun kadang-kadang diorang main nombor ekor, tapi jarang sekali nombor yang tertulis diekor mereka itu kena. Akhirnya, mereka dinasihati oleh pro dan expert dalam bidang penikaman nombor ini untuk pergi berjumpa bomoh di sempadan Siam. Akhrinya, mereka termakan hasutan pro dan expert dalam bidang penikaman nombor ini untuk pergi kesana.
Sesampainya disana, mereka telah berjumpa dengan bomoh nombor ekor yang paling power disana.
'Sawadikap kap pun kap'. Kata Kamal kepada Tok Bomoh tuh.
'Waalaikumsalam. Biarlah kita jahat macam mana pun, salam jangan lupa.' Jawab Tok Bomoh tersebut dengan selamba.
Giliran Karim menjawab pula. 'Oh. Assalamualaikum Tok. (Bela jin tapi bagi salam? -.-")'
Tok Bomoh pun bertanya. 'Kau nie cucu aku ke? Sorry, I don't wear my spectacles. Lagi satu, jangan nak fitnah aku bela jin. Where do you know?'
'(Speaking lah pula tok bomoh nie.) No, what a horrible night to have a curse and tears don't fall.' Balas Kamal yang tak reti nak speaking. Itu pun dia hembus tajuk lagu The Black Dahlia Murder dengan Bullet For My Valentine yang anak dia selalu dengar dekat rumah.
'Oh, aku faham apa hajat korang ke mari.' Jawab tok bomoh tersebut.
Berkata dalam hati Kamal dan Karim, 'Power betul tok bomoh nieh. Tak cakap apa-apa lagi dia dah faham.'
Lalu tok bomoh mengeluarkan sebungkus bungkusan yang di balut dengan kain kuning belang-belang hitam dan purple. Nampak gaya macam stoking budak-budak yamanote jer. Dan tok bomoh pun menyerahkan bungkusan tuh kepada mereka berdua sambil berkata, 'Sampai rumah baru buka yeah bungkusan tuh. Take care, jangan nakal-nakal. Jangan jadi seperti ayam, lintaslah dengan selamat.' *Pesanan khidmat masyarakat dibawa oleh tuan punya blog.
Setelah dapat bungkusan itu, mereka pun bertolak balik ke tanah tempat tumpah darah mereka. Sampai jer rumah, mereka cepat-cepat buka bungkusan tuh. Nak tau apa dalam bungkusan tuh?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bullet For My Valentine Sticker |
The Black Dahlia Murder Sticker |
Hampeh, rupanya tok bomoh tuh layan hardcore jugak! Siap bagi sticker lagi, patut lah charge mahal semacam. Nie semua gara-gara Kamal yang tak tahu nak speaking. Penyesalan mereka sudah terlambat. Oleh disebabkan mereka pun tak tahu nak buat apa dengan sticker tuh. Jadi untuk melupakan peristiwa hitam itu, mereka telah memberi sticker tersebut kepada jiran mereka iaitu Chuck. Lalu Chuck dengan selamba menampal sticker tersebut di laptop skinnya. Sekian, terima kasih. Tamat.
P/S : Sebenarnya hajat nak tunjuk sticker baru. Haha.
Thanks to my friend, Ajiem yang buatkan aku dua sticker nie. J
0 Commments:
Post a Comment