Rakan-rakan Blog

Cinta Dulu Dan Sekarang.

|

Semasa di sekolah rendah, kita tiada apa-apa yang boleh digunakan untuk berhubung dengan kawan-kawan kecuali telefon rumah. Kadangkala, kita tidak membenarkan kawan-kawan kita menelefon ke rumah kerana bimbang kedua ibubapa akan marahkan kita. Tapi, sampai satu waktu, kita telah berjumpa dengan cinta monyet kita. Konon-kononnya seorang yang kita terlampau sayang, walaupun masih dibangku sekolah rendah lagi. Kita terpaksa cuba untuk curi-curi guna telefon rumah dan mungkin masih belum tahu lagi yang nombor telefon yang kita telefon akan keluar di bil telefon kelak. Apabila keluar bil telefon, beratus-ratus jumlahnya dan sudah pasti kita atau adik beradik kita yang lain akan disoal oleh ibubapa kita dan ada ibubapa yang terus menelefon nombor yang ada dalam bil telefon itu. Sampai satu tahap, ibubapa kita tahu yang kita yang menjadi penyebab bil telefon menjadi melambung. Setelah teruk dimarahi, ibubapa mungkin akan mengunci telefon berkenaan ataupun memotong talian telefon tersebut. Tapi kita? Kita tetap masih mahu bercinta dengan si dia walaupun talian telefon telah tiada. Tapi bagaimana? Caranya adalah dengan menggunakan surat! Ya, surat cinta. Kita akan cari seorang untuk dijadikan posmen kerana pada waktu itu masih dalam keadaan malu-malu untuk berjumpa. Jadi, aku namakan cinta ini sebagai Cinta Malu-Malu. Kononnya, kita sayangkan si dia dan hari-hari kalau boleh kita mahu menghantar surat kepada si dia. Waktu paling mendebarkan ialah apabila keesokan harinya bila si dia membalas surat kita. Hati berbunga mekar dan penuh dengan perasaan bangga. Kalau boleh, mahu satu sekolah kita canangkan tentang hubungan kita dengan si dia, tapi al-maklumlah, masa sekolah rendah mungkin kita akan didenda sekiranya didapati sedang bercinta. Berpuluh-puluh surat kita kumpul tanda sayang kita kepada si dia.
Apabila masuk sekolah menengah, mungkin kebanyakkan dari kita telah mendapat telefon bimbit pemberian dari kedua orang tua. Hari-hari yang kita lalui penuh bermakna kononnya apabila menerima SMS dari si dia. Tapi ada satu masalah besar! Kita tidak mempunyai kewangan yang utuh untuk membeli tambah nilai sendiri. Jadi? Konklusinya adalah dengan menyimpan duit harian yang diberi oleh kedua ibubapa untuk belanja di sekolah sebagai satu medium untuk kita membeli tambah nilai sendiri. Waktu itu, nasi ayam di kantin sudah tidak dapat hendak mengaburi mata lagi. Hati tetap untuk yang tersayang. Sanggup mengikat perut semata-mata mahu membeli tambah nilai sendiri. Tapi pada waktu itu masih malu-malu untuk berjumpa face to face dengan orang yang tersayang. Paling banyak pun kita akan mendapat gambar untuk disimpan didalam beg duit ataupun biodata mengenai makan kegemaran, minuman kegemaran dan sewaktu dengannya. Dan yang paling penting pada waktu itu kita tiada akaun facebook lagi. Itu lah cerita cinta kita pada waktu kecil. Cinta Malu-malu.
Apa bezanya dengan budak-budak zaman sekarang? Melihat keadaan sekeliling, kebanyakkan kanak-kanak zaman sekarang lagi mendahului kita sebelum sampai waktunya. Baru darjah 3 sudah wajib ada telefon bimbit sendiri. Alasannya? Senang hendak berhubung dengan kawan-kawan mengenai pelajaran. Ibubapa terlampau memberikan kemudahan kepada anak-anak. Sedangkan tidak semua menggunakannya secara berhemah tanpa mengeksplotasikan kemudahan tersebut. Mungkin tidak pada waktu tersebut, tapi dia akan belajar dari keadaan sekeliling. Cinta pada waktu sekarang amat berbeza dengan suatu waktu yang dulu apabila cinta dilihat seakan murah apabila wujudnya teknologi yang berkembang pesat. Semuanya menjadi cepat tanpa bantuan surat cinta yang perlu dinanti-nanti setiap hari. Semuanya dihujung jari. Lagi parah apabila terciptanya laman-laman social seperti Facebook, Myspace dan sebagainya. Aku sendiri pernah bertemu dengan pemilik akaun facebook yang baru dalam darjah 2. Semuanya tidak mustahil pada masa kini.Sangat berbeza dengan masa lalu, semua remaja sudah tidak mengenal erti Cnta Malu-Malu. Dahulu, sekeping gambar yang diperolehi dari buah hati adalah sangat memberikan erti. Tapi sekarang? Bersepah default picture di akaun-akaun laman sosial gadis yang kita minati. Semua orang mengagumi kecantikannya. Sudah tiada privasi dalam persoalan mengenai gambar. Dulu juga kita tidak mengenal erti temujanji tetapi berbeza dengan sekarang iaitu anak-anak muda lagi dulu memenuhi shopping-shopping complex dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Anak-anak muda sekarang sememangnya peramah dan senang untuk diajak bertemu janji dan ini yang merisaukan ibubapa. Disebabkan ini juga anak-anak muda sekarang tidak segan untuk berasmara didepan awam dan hamil sebelum waktunya. Disebabkan itu jumlah pembuangan bayi akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Apa yang membuatkan ini berlaku? Tiada lagi Cinta Malu-Malu dalam kamus hidup remaja sekarang dan cinta yang agung sebenarnya adalah yang berasal dari Cinta Malu-Malu.

 

P/S : Tiba-tiba tefikir tentang perbezaan dahulu dan sekarang.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

4 Commments:

TUNASYA said...

terbaEk larr post niE! =)

Noor Fatin said...

teringat jugak kisah lalu, sy dlu skolah rendah kalau nak contact buah hati senang je sebab jiran sendiri, haha xpenah guna hp. bila sekolah menengah guna pblic phone je. jenuh la kmpul duit syiling.. abah sy bagi guna hp masa lpas spm.tu pn jenuh mintak baru dpat.. jeles kan kawan2 ramai yg dh pakai hp..

sy ada adik angkat, dr kcik2 lagi. dia drjah 5 skrg. dh pakai hp. slalu msj sy.. hohohoho

beza sgt2 rasanya..

Arine Romano said...

ahhahaa..
nsb bek zmn skola i ta bercinta..
pndai u story ea..
ni mst u pnh kn kn...

Chuck said...

thanks kepada yang comment. :)
rasanya semua telah mengalami pengalaman yang sama kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker