Rakan-rakan Blog

Terima Kasih Sayang.

|
Melambangkan kesedihan aku sekarang.
Berkaca mata ini tatkala mula menulis. Maafkan aku semua. Hari ini merupakan hari yang penuh dengan mimpi-mimpi tapi hari ini juga perlu aku alami. Asam garam kehidupan duniawi. Tapi? Dua kekecewaan dalam satu masa? Aku juga manusia biasa. Mana bisa untuk aku mengharunginya tanpa sebarang cacat cela. Kadang-kala bosan, kadang kala suka tapi itulah dia, warna dunia. Tanpanya, apalah erti untuk kita berdiri diatas tempat ciptaan-Nya. Mungkin post aku kebelakangan ini banyak merujuk kepada kesedihan diri ini. Seperti biasa yang aku selalu ungkapkan di post sebelum ini, blog aku adalah hati aku dan hati aku tidak pernah menipu. Apabila bahagia mula terasa, seperti ada sesuatu yang cuba untuk menghentikannya. Aku tahu, engkau telah cuba sebaiknya untuk mencintai diri ini. Tapi, maafkan aku sayang. Aku tak bisa. Dan sekali lagi aku ulang, aku tak bisa. Sebak hati tatkala mengungkap perkataan tersebut tapi aku mahu engkau tahu yang sayang ini, rindu ini tetap untukmu. Cuma aku rasa aku yang masih belum bersedia. Cuma masa yang akan menentukan perjalanan hidup kita. Kata orang, kalau ada jodoh tidak ke mana. Kenanglah diri ini sebagai memori dan sudah pasti aku akan cuba untuk menemanimu dan sentiasa menemani. Walau bukan sebagai kekasih tetapi sebagai kenalan. Maafkan aku sekiranya ada kekasaran dalam perhubungan dan percayalah kekasaran itu semua bukan datang dari keikhlasan. Halalkan segala apa yang telah engkau berikan dan aku telah menghalalkan segala bagimu. Aku bersyukur mengenalimu dan terima kasih sayang untuk segalanya.


P/S : Dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Aku terpaksa untuk mengundurkan diri.
Semoga engkau bahagia selagi hendak-Nya.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

4 Commments:

Arine Romano said...

errr..
how???
lps sumenyer?

Chuck said...

ehmm. still sad lagi. :(

QieLa said...

sedih nye...jgn la sdey2 lg...
biase la 2...
adat berkasih...
insyallah chuck akn dpt lebh better dry yg leps...
don't be so...sad...
idop perlu dteruskn...k...

Chuck said...

insyallah. :) thanks for you support. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker