Silap sendiri. Semua telah hilang. |
Tatkala post ini ditulis, semua rasa mengenai perasaan ini telah bercampur baur. Tiga orang insan telah hilang dari dalam diari hidup aku. Mungkin semua silap aku. Bukan mungkin, tapi memang silap aku. Hukum alam, yang meninggalkan akan ditinggalkan. Kesedihan masih tergambar disetiap perbuatan aku. Kesal, terkilan dan hampa. Semua bercampur menjadi satu. Bermula dengan diri ini dan berakhir dengan diri ini juga.
Pertama, Si Dia, maafkan aku. Hati ini belum terbuka untuk menerima engkau sebagaimana yang sepatutnya. Dengan harapan engkau tidak akan terus bersedih, aku akan menghentikan post berkenaan cinta kita. Biarlah kita sahaja tahu bagaimana ia berakhir.
Kedua, Fara Ain Jaafar. Post ini ada berkaitan engkau adik. Sekali aku memanggil engkau adik, selamanya aku akan teruskan. Mungkin engkau sudah kecewa dengan diri ini. Tapi, percayalah. Hanya engkau yang layak untuk aku panggil adik. Aku rindukan engkau. Terlalu tinggi harapan aku sandarkan kepada engkau untuk kembali kepada diri ini. Rindukan saat kita bersama dan aku masih mahukan engkau menemani diri ini. Rindukan nasihat engkau, gelagat engkau dan pastinya, aku berasa terlampau kecewa dengan diri sendiri. Disaat sepatutnya aku perlukan engkau, engkau telah pergi meninggalkan diri ini. Salah aku, akibatnya? Diri ini yang merana. Biar apa orang kata, aku akan cuba kembalikan engkau ke pangkuan ini.
Ketiga, Eiraa Todd. Maafkan aku. Mungkin engkau perlukan abang sekarang. Tapi, hati ini tetap untuk adik aku yang dulu. Terpaksa menghampakan engkau. Terpaksa memutuskan hubungan ini. Biarpun, dia tidak dapat menerima aku kembali. Percayalah dengan hati ini. Hati tidak pernah menipu. Jikalau ia menipu, engkaulah gurunya. Maafkan aku sekali lagi adik. Buat kali terakhir aku memanggil engkau adik. Selamat tinggal semua. Semoga semua berbahagia. Kadangkala dunia ini kejam, tapi aku faham. Semua bermula dengan diri ini.
P/S : Ketika semua orang bersukaria, diri ini masih derita.
:) Senyuman dalam paksaan. Hidup perlu diteruskan.
6 Commments:
idop ini perlu dteruskn...
tak usah bersdih...
"IDOP UNTK MAKAN" :D
chill k...
hahaha. yarh, nanti i makan u. :D
sad story..:(
:( yarh. and now, i must forget it.
kaki perempuan betul lah lu...hahaha
hahaha. siak kau zoul. :P
Post a Comment