Pelakon jelita , Audrey Hepburn sering ditanya tentang rahsia kecantikannya. Para peminat dan wartawan acap sekali meminta pelakon itu memberitahu, bagaimana dia menjaga bibirnya yang mungil , mata yang lembut dan bercahaya, bentuk badan yang menarik, rambut halus bersinar serta wajah manis dan tenang.
Pada 1992 , ketika usianya 62 tahun, Audrey mencipta sebuah puisi tentang kecantikan wanita yang sejati bagi menjawab segala pernyataan yang sering diajukan padanya itu. Setahun kemudian , iaitu pada 20 Januari 1993, pelakon jelita itu meninggal dunia.
Pada hari pengebumiannya , puisi tersebut dibacakan semula.
Antara bait-bait puisi itu berbunyi..
♥ Supaya bibirmu kelihatan menawan, tuturkanla kata-kata yang baik.
♥ Supaya matamu cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain.
♥ Supaya bentuk badanmu langsing, kongsilah makanananmu dengan mereka yang lapar.
♥ Supaya rambutmu lembut mengurai, biarkan anak-anak membelainya setiap hari.
♥ Supaya dirimu sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu dan engkau tidak akan keseorangan.
♥ Manusia perlu diperbaiki, diperbaharui, dipulih, ditebus, diselamatkan. Jangan pernah pinggirkan sesiapa.
♥ Ingat, jika engkau perlukan bantuan, engkau akan temuinya dihujung kedua-dua tanganmu.
♥ Apabila engkau meningkat tua, engkau akan dapati yang engkau mempunyai dua tangan, satu untuk membantu dirimu dan satu lagi untuk membantu orang lain.
I love poetry Audrey Hepburn
-Audrey Hepburn-
P/S : Search sendiri di search engine anda sekiranya mahu mengenali siapa dia ini.
Terpikat dengan bait-bait puisi beliau. :)
0 Commments:
Post a Comment