Rakan-rakan Blog

Sekali Lagi Maaf Untuk Si Dia.

|
Biarkan bayang-bayang itu terus berlalu.
Tidak dinafikan bahawa perasaan bahagia memang ada bila bersama engkau. Aku tak dapat tipu diri sendiri dan hati ini. Tapi? Hati ini sudah mati. Aku tak dapat terima kebaikan yang engkau curahkan kepada aku. Banyak jasa engkau kepada diri ini. Menambah pahala aku di setiap pagi ketika matahari menerbitkan fajarnya. Memberikan sokongan kepada aku apabila tiba masa untuk aku menjawab kertas peperiksaan akhir. Memang aku buntu dan aku perlukan seseorang untuk memberikan galakan dan sokongan. Tapi sekali lagi maaf dihulurkan, tanda hormat aku kepada engkau. Aku tak tahu di mana silapnya dalam perhubungan ini. Aku buntu, aku keliru. Sayang sekali, wanita yang sepatutnya aku jadikan calon isteri terpaksa aku sia-siakan. Engkau terlalu sempurna untuk diri ini. Engkau bukan aku dan aku bukan engkau. Pengalaman engkau bukan seperti pengalaman aku. Engkau tidak tahu bagaimana hati ini. Aku sudah serik dengan semua ini. Apa ertinya cinta? Bayang-bayang masih ada lagi dalam diri ini. Maaf, engkau yang tidak sepatutnya terlibat telah terjerumus dalam perkara ini. Soal hati aku, hanya aku yang tahu. Hari ini sahaja, setiap saat aku dihantui oleh bayanganmu. Sudah puas aku fikirkan tentang hubungan kita. Tiada akhirnya perhubungan yang bermula dengan ketidakpersefahaman. Aku tahu engkau dalam proses untuk kenal siapa aku, tapi? Adakah engkau tahu siapa aku sebenarnya? Aku tak layak untuk dicintai oleh gadis seperti engkau. Jika terpaksa aku akan mengundurkan diri. Aku mengharapkan engkau tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada aku. Aku tak mahu ada air mata yang tumpah. Aku tak mahu ada air mata yang terus berlinangan. Biarkan aku yang menanggung kesilapan hati ini. Aku rela engkau pergi daripada ada hati yang akan terus terluka. Bersama tidak bererti bahagia, bersama juga tidak bererti kecewa. Tapi di hujungnya, bahagia itu yang kita cuba kecapi. Silap yang datang dari hati aku dan silap tersebut membunuh. Membunuh hati yang tidak berdosa. Maafkan aku sayang. Aku terlalu kejam.

P/S : Dalam hati ini masih kuat perasaan tidak mahu melepaskan.
Kecewa sekarang lebih baik dari kecewa akan datang. 
Ia kurang menyakitkan dan meninggalkan memori yang kurang mendukakan. :(

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

4 Commments:

NuR_cTaH said...

sory to say...its really2 suck..my heart so touching wif ur words..btw, past is past..so cheer up ur self..

Chuck Revenge said...

Yarh. Thanks for comment. :)

ASMIZA said...

sedeynyeee...=(

Chuck Revenge said...

benda dah pergi. jangan dikenang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...