Rakan-rakan Blog

Maafkan Aku Si Dia.

|
Dengan harapan awak tidak akan bersedih.

Maafkan aku sekiranya aku bukan seperti yang kau mahukan. Telefon bukan mainan aku. Terasa keanakan bila 24 jam memegang telefon. Baik, suatu masa dahulu mungkin tapi bukan sekarang. Aku terlalu sibuk dengan kehidupan peribadi aku. Aku punya hati tapi mungkin mati. Kehidupan bersama rakan-rakan. Hidup berpeleseran seperti dahulu. Terlupa bertanya khabar melalui SMS tetapi aku lebih suka kalau dengar suara engkau setiap hari. Aku tahu yang engkau sihat disana. Tak perlu untuk hari-hari bertanya khabar, dari suara semua benda akan tergambar. Yang terasa terang sekarang ini aku rasa sesuatu yang pelik. Rasanya, aku masih rasa yang diri aku masih seperti sebelum bersama engkau. Aku tak tahu kenapa hati ini terasa lain, tidak seperti selalu. Entah lah, mungkin aku belum cukup sempurna untuk memiliki engkau. Kau merak dan aku hanya gagak. Cara kita lain, bagai langit dengan bumi. Semua benda kita tiada persefahaman. Aku bingung. Memang aku bukan selalu bermesra. Jarang aku akan cuba memasuki hati engkau tetapi bila aku cuba, seringkali aku kecewa. Dan bila engkau cuba bermesra, mungkin tidak kena masanya. Aku sedar cara aku akan buat sesiapa pun akan jadi bosan. Tapi kenapa aku buat begitu? Tidak berada didepan mata bukan bermaksud jauh. Kalau benar ada perasaan cinta yang kukuh sudah pasti bukan masalah yang besar. Hati dan hati ada hubungan mereka sendiri. Hanya kita sebagai medium nya. Maafkan aku jika post ini akan membuat hati sesiapa akan kecewa. Bukan niat aku. Harapan itu sesuatu yang nyata dan sangat sakit jika dihancurkan. Aku buat semua tuh kerana aku rasakan sesuatu yang lain bagi kedua-dua kita. Bukan menidakkan keputusan aku tapi sejak awal aku rasa ada yang tidak kena dengan perhubungan ini. Aku tahu, engkau pun rasakan yang sama. Bermula dengan main-main? Dan aku tak mahu ia akan berakhir dengan main-main. Hidup aku bukan penuh dengan main-main dan hati itu bukan mainan. Tapi aku mahukan kau fikirkan yang sebaiknya untuk kita. Seminggu aku rasa terlebih cukup untuk masing-masing fikirkan apa yang terbaik dalam perhubungan ini. Setiap orang ada melakukan kesalahan kerana semua orang menuju ke arah kesempurnaan.

P/S : Apa pun yang bakal terjadi. 
Jangan jadikan perpisahan memutuskan silaturahim kita.  :(

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

6 Commments:

bel said...

nice post (: i like it . penuh bermakna . ayat makan dalam kaoouuw kaoouuww punyalah (:

Chuck said...

thanks bel. :)

QieLa said...

wow....
bnyk btol bunge dlm ayt ni....
lh tuls novel ni... :D

Chuck said...

haha. belum tahap tuh lagi la qiela.

Anonymous said...

not bad la karya u..
i like..
mybe lau u panjang kn cte ley jd cerpen..
or novel..

Chuck said...

@Anonymous thanks. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker