Apa punya tajuk lah? Aku sakit ke? Takdelah. Takde kena mengena dengan sakit pun sebenarnya. Cerita ini bermula begini. Pada suatu petang yang hening, dalam kebosanan petang yang amat menusuk kalbu. Aku dengan roommate aku, Edel Tahkim telah pergi ke Plaza Alam Sentral. Untuk apa? Dengan tanpa sebarang misi, aku pun dengan muka bosan dan selamba lah jalan-jalan sahaja. Tiba-tiba teringat satu kedai CD Metal yang ada dekat sini. Ehmmm, sebelum ini aku memang dah fikir nak beli CD. Mak, duit tak cukup. L Macam mana nak beli kalau takde duit? Takpelah. Datang kedai CD Metal itu dengan niat nak tengok-tengok jek. Sampai kedai CD aku pun tanya lah abang yang jaga kedai tuh. “CD untuk Bullet For My Valentine yang baru ada?” Tanya aku. Abang tuh pun jawab, “Ada dik, banyak CD baru sampai nie”. Sambil tunjukkan CD-CD memang aku nak semua sekali. “Bang, kedai ini nak jual tak? Saya nak beli semua sekali”. Aku berkata dalam hati. Macam kaya nak tanya macam tu kat abang tu. Haha. Dia tunjukkan aku tiga CD yang memang baru sampai. Nightmare by Avenged Sevenfold, Fever by My Bullet For Valentine dan The Emptiness by Alesana. Nightmare aku taknak sebab kan aku dah ada. Aishhh, aku nak beli lah yang dua lagi tuh siot. Tapi akhir-akhir semester nie korang faham-faham lah yea. Mak aku pun dah bising. Asyik minta duit sahaja. -,- Takpe, as long aku tau ada CD tu jual dekat kedai tuh. Dengan hati hampa, aku pun pulang lah ke kolej kediaman aku. L
Setelah hampir melupakan peristiwa tersebut, tiba-tiba semalam aku lepak dekat rumah classmate aku, Elyas. Dengan niat nak study bersama kawan-kawan yang lain, Izwan Isyanni, Ahmad Taufiq, Edel Tahkim dan Elyas. Sesungguhnya memang lebih banyak peristiwa kacau-mengacau dari study dan study. Bayangkan study sambil tengok video-video yang pecah perut dekat Youtube, memag tak jadi apa lah kan. -,- Dekat rumah dia memang ada wireless yang sangat pantas. Ok, kali ini pantasnya memang tak boleh persoalkan. Betul-betul pantas. Dengan link-link yang aku ada, aku cuba untuk mencari lagu-lagu yang aku nak. Mula-mula tak dapat. Ehmmm. Kesedihan mula terasa. Ok, jangan cepat putus asa. Aku try lagi. Dan kali ini? Yarhhhhh!!! Aku dapat 4 album apa? Ini lah tajuk sebenar posts ini, Fever (Demam) by Bullet For My Valentine dan The Emptiness (Kekosongan) by Alesana dan 2 lagi album dari Enter Shikari yang dicadangkan oleh Rashidi Othman. Metal memang membuatkan peminatnya menjadi tenang! Yarhhh. I loike. -,- Haha. Sambil menaip ini aku pun dengar lah lagu-lagu tersebut. Fucking great! 2 album baru dan aku dah dapat download 4 album tanpa mengeluarkan walaupun sepuluh sen pun. :D Cerita kali ini berakhir dengan happy ending. Suka, suka dan suka. J
Fever by Bullet For My Valentine |
The Emptiness by Alesana |
Tak suka letak lagu metal dalam blog kerana pasti ada yang terganggu. :)
0 Commments:
Post a Comment