Rakan-rakan Blog

Kepada Peminat-peminat Novel.

|

Salam kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ini. Apa khabar semua? (*Gaya cakap macam Amy Search masa konsert Double Trouble.) Bosan dan tanpa sebarang idea. Korang faham keadaan aku sekarang? Oklah, maybe memang bukan aku seorang yang terlibat dengan masalah nie. Ramai lagi rakan-rakan yang seangkatan dengan aku. Nak keluar hangout ke tak? Maaflah, belum terasa nak hangout or apa-apa yang bersangkutan dengannya. Johor Bahru memang lain macam sejak dua tiga empat menjak nie, asyik hujan dan cuaca macam tak menentu lah. Kadang-kadang masa siang terus tak nampak apa-apa, malam baru ada. (*Maaf, tuh sebab aku tidur overtime kerana aku seorang insomnia tegar.)


Aku nak cerita sikit lah pengalaman pelik masa dekat kampus aku. Bagi mereka yang dah lama dekat kampus-kampus besar rasa macam dah biasa kan. Tidak bagi orang-orang baru macam aku nie. Kadang-kadang nampak beberapa orang ambil daun dan halakan ke matahari. Apa eh diorang buat? Mereka jer yang faham. Aku? Langsung tak faham. Yang bawa camera (Act, barang untuk project budak-budak kejuruteraan awam.) jangan cerita lah. Berselirat aku tengok dekat area kolej aku. Apa lah yang diorang buat. -.-" Biarkan mereka, asalkan mereka bahagia dan tidak menganggu hidup aku. Nak bercerita tentang tajuk post aku nie lah. Baca jer, kalau taknak macam biasa lah tekan ALT+F4. Tak kuasa aku nak paksa kau baca.

Pada suatu pagi yang hening, kedengaran bunyi burung berkicauan meng'order' makanan di kedai mamak di Seksyen 7 dan juga kambing-kambing sedang berebut membeli sayur-sayuran di sekitar pasar rakyat Seksyen 6. (*Aku tipu, jangan percaya.) Aku bangun pagi dan terasa ada kuasa magnet yang sangat kuat di katil kesayangan aku yang pihak kolej pinjamkan untuk aku, menarik aku untuk menyambung tidur. Tidak, aku gagahkan semangat untuk menolak medan magnet tersebut ke medan selera. Aku kurang pasti dari mana asalnya medan magnet tuh, samada dari dalam tulang aku ataupun aku disabotaj oleh pihak tertentu dengan meletakkan magnet disekitar katil aku. (*Menipu! Macam lah tulang ada besi walaupun tulang lebih 10X kuat berbanding besi.) Bila bangun pagi mestilah sebab nak pergi kelas. Mustahil bangun pagi untuk bersukaria. Tak kuasa aku nak bersukaria pagi-pagi nie, tidur better what? Datang kelas pagi mesti lah pergi cari newspaper dulu ataupun dalam bahasa melayu kertas baru. Eh, salah. Surat khabar lah, bukan Suratman ataupun dalam bahasa inggerisnya Letterman atau lebih popular dengan nama David Letterman. Ternampak ada novel clearance dekat area kedai jual surat khabar tuh ataupun Kedai Buku UiTM. Rasa macam dah lama tak baca novel sebab selama nie asyik menghadap buku-buku berfalsafah tinggi Tekstil. (*Tipu lagi, mana ada Tekstil ada falsafah.)


Aku pergilah area-area clearance novel tuh, rasa macam nak beli lah. Belek-belek novel tersebut nampak juga yang menarik-narik keinginan aku untuk beli satu or dua or tiga or _____. (*Belajar Math kan? Sambung sendiri.) Aku terdengar suara berbisik disekeliling rak buku tuh. Aku macam dengar buku tuh cakap, 'Marilah beli saya, murah jer lah. Jangan risau'. Ehhm, berfikir sejenak sambil menunggingkan kepala kebawah dan membuat headspin macam cerita 'Stepup 3D' sebanyak 6 kali. (*Asyik nak menipu jer kerjanya. -.-") Kalau aku beli pun comfirm punya habis sem aku buang, siapa yang nak bawa balik novel berat tuh naik bas sampai Johor Bahru nanti? Aishhh, jadi jawapannya? Soalan kali nie susah betul aku tak tipu, macam soalan 500 Ribu Rupee dalam 'Slumdog Millionaire' ataupun macam kertas 3 untuk kertas Kimia SPM. Tapi hati kata, cuba tengok harga dulu, kan boleh budget. Kalau murah sangat, nanti derma jer lah dekat makcik-makcik cleaner dekat kolej tuh. Ok,di sini ceritanya bermula. Berkata dalam hati, 'Berapa agaknya harga novel-novel nie erk?' Tercari-cari juga tab harga tuh. Aishh, mana ada tab. Free ke? Nie clearance stock ke derma amal? Derma amal? -.-" Comfirm bukan punya. Cari punya cari nampak lah akhirnya tab harga tuh. Eh?





 

Korang rasa apa yang aku fikirkan? Penuh musykil dalam fikiran nie. Sampai melimpah musykil tuh kerana telah dikondensasikan menjadi cecair dan melimpah keluar dekat atas lantai. -.-" Cuba korang fikirkan? Berapa harga paling mahal dan berapa harga yang paling murah untuk novel-novel tuh semua? Kenapa tak bundarkan or genapkan terus eh? Cepat-cepat, sama-sama kita fikirkan yeah. Haha. (*Gelak pertama dalam post nie.)

 

P/S : Inilah akibatnya kalau jadi bosan. Pasal satu picture pun boleh jadi cerita. -.-"

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker