Rakan-rakan Blog

Kenapa aku suka pakai lighter cricket?

|

Ok, post kali ini aku nak terangkan pasal sesuatu. Orang kata merokok tuh membahayakan kesihatan? Yeahhh, memang. Aku tahu. Jangan nak bebel panjang-panjang dekat aku okey. Sekarang aku nak mula bercerita nie. Diharap dapat diam dan dengarlah dengan taat. (*Macam khutbah Jumaat lah pula. -.-") Sebagai seorang perokok tegar, sudah pasti takkan lengkap namanya sebagai perokok tegar kalau hisap rokok tak pakai lighter kan? Kategori lighter nie banyak jenis. Jadi aku suka pakai lighter jenama Cricket. Bukan kayu yang orang buat pukul bola tuh tau. Tak tahu yang mana? Rujuk pada gambar.


Kenapa aku suka pakai lighter cricket?
  1. Senang dibawa ke mana-mana.
    Nama pun lighter. Kalau besar macam peti ais, siapa yang nak letak dalam pocket? Haha.
  2. Tak nampak gas didalamnya.
    Kenapa aku suka sebab nie? Sebabnnya bila gas habis, mulalah gelabah nak cari lighter. Surprise kononnya. Haha.
  3. Mudah hilang.
    Bila aku pakai lighter patern nie, senang gila lah nak hilang. Jarang dapat pakai sampai habis sebabnya, kawan-kawan aku pun pakai lighter jenama nie juga. Bila hilang sudah pasti susah nak jumpa balik. Tuh yang buat aku 'SUKA' sangat pakai lighter nie. -.-"
  4. Sekali petik jer dah menyala.
    NIe lagi special lighter nie, senang jer nak menyala kalau petik. Kadang-kadang, belum petik lagi dah menyala. (*Tuh aku tipu, jangan percaya.)
  5. Beraneka warna.
    Warna-warnanya yang menarik dan boleh ditukar-tukar sekiranya korang banyak lighter. Inilah yang selalu dilakukan oleh pencuri-pencuri lighter tegar. Tukar kepala lighter jer, owner dah tak kenal lighter dia. Bila curi lighter orang, rasa macam pencuri komponen kenderaan lah pula. Haha.
  6. Ada huruf 'C' di atas kepala lighter.
    Ouhh, nie sudah pasti membuat aku perasan tak ingat. Kenapa? Kan nama aku kan Chuck. 'C' tuh stand for Chuck. Faham? Jadi semua lighter tuh, aku yang punya lah. Hahaha.
  7. Api yang standard.
    Tidak macam sesetengah lighter yang boleh laras, sekejap jer dah rosak. Tapi lighter nie mempunyai api yang constant variable. Eh, api yang constant. Teringat lak kat subject physics masa sekolah dulu. Bila ada api yang constant, senang lah nak pakai tanpa terbakar bulu hidung mahupun rumah jiran sebelah.
  8. Mahal dari lighter biasa.
    Walaupun dia best, tapi harga dia mahal sikit. Tapi kenapa aku suka? Bila lighter aku hilang, secara automatic aku akan cuba merembat lighter orang terdekat. Dari sini, baru lah cabaran tuh muncul. Haha.
  9. Nama dia yang unik.
    Kenapa pula? Sebabnya, kan ke Cricket tuh nama permainan yang macam Softball tuh, ada ke patut letak nama dekat lighter. Macam mana lah pengasas dia dapat ilham ek? Haha.
Ok, cukup sudah 9 perkara berkenaan lighter kesayangan aku nieh. Haha. Nie betul-betul post orang takde kerja. Takpe-takpe, kalau nak baca teruskan yeah dan bagi yang belum follow tuh, jemput-jemput lah follow blog yang tak seberapa nie. Sekian, terima kasih.


 
P/S : Parah dah penyakit aku nie. Pasal lighter boleh buat entry. -.-"

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

2 Commments:

Unknown said...

pasal lighter pon boleh wat post ek.. bgos2..heee

Chuck said...

nielah jadinye kalau takde keje. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker