Rakan-rakan Blog

Hari Ini Adalah Hari Terakhir Aku.

|
Salam semua. Takde info yang menarik kali ini. Aku nak cerita pasal diri aku lah pula. Asyik cerita pasal benda lain jer. Takde siapa pun nak ambil tahu pasal aku. *Dalam nada merajuk. Mari sini, sepak aku laju-laju. Jangan nak tisu sangat yea. Hahaha. Takde masa lah nak touching-touching nie. Dah besar, pandai-pandailah pujuk diri sendiri kan? Ketika entry ini ditulis, aku baru balik dari menjawab kertas peperiksaan aku yang terakhir. Dalam keadaan yang separa sedar aku telah menulis entry ini kerana soalan-soalan tadi telah memabukkan aku. Memang SENANG sangat. Sebab tu jadi macam ini. Itu lah padahnya kalau jawab kertas Statistic. Haha. *Padahal sendiri yang tak study betul-betul. Tajuk entry, mak haih. Macam gempak. Haha. Saje jer nak bagi nampak gempak. :) Tujuan utama entry kali ini adalah untuk meminta maaf kepada semua kenalan aku. Hari ini adalah hari terakhir aku...... di Shah Alam. Esok aku dah balik kampung halaman aku, Johor Bahru. Kepada orang-orang Johor, nantikan kepulangan jejaka kacak ini. Hehe. Untuk semester ini, tamatlah satu bahagian dalam sistem pembelajaran di Universiti Teknologi Mara ini. Maaf kepada semua, sama ada silap yang sengaja dibuat ataupun secara tidak sengaja. Harap korang dapat lah maafkan yea. Halalkan juga makan dan minum aku selama kita berkawan. :) Bersama ini disusunkan entah berapa banyak jari entah. Selalunya orang susun sepuluh jari jer kan, saja jer nak susun banyak-banyak. Haha. *Sendiri faham diri nie banyak salah. Hehe. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi di semester akan datang dalam keadaan yang sihat hendak-Nya. Harap dapat jumpa semua sekali untuk semester seterusnya tanpa ada yang berkurang walau seorang pun.



P/S : Mesti rindukan korang bila dekat rumah nanti. :)

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

2 Commments:

A.I said...

wah dah grad eh?
best2!
jeleshhhh............

Chuck said...

belum lah. haha. habis sem jerk. saje jerk. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker