Rakan-rakan Blog

Tips : Bagaimana cara untuk mengatasi masalah sukar tidur (Insomnia).

|
Jarang dapat tidur bila malam menjelma.
Salam semua. Kali ini aku nak memberi sedikit tips kepada kawan-kawan dan follower-follower sekalian. Tips yang mudah nak dikongsi bersama. Berkenaan dengan tajuk post diatas, masalah ini semakin menjadi-jadi sekiranya cuti bermula. Kalau kena masa hari kuliah lagi teruk. Kalau dah tidur lambat, memang bangun pun jadi lambat lah kan. Lagi satu, aku nie jenis memang susah aku nak bangun pagi. Masalah yang besar bagi seorang pelajar universiti macam aku nie. Kalau bangun lambat jer takpe, takde siapa pun nak marah. Yang teruknya, bila terpaksa ponteng kelas ataupun datang lambat ke kelas. Kalau dah ponteng kelas 3 kali, memang tak dapat lah aku ambil kertas peperiksaan akhir. Dapat status ZZ kerana kehadiran tidak mencapai 80%. Sama ertinya macam aku tak layak nak ambil kertas tersebut. Sia-sia lah aku datang untuk yang 79% tuh. -.- Kebanyakan undang-undang universiti lain pun aku rasa macam tuh juga. Cuma mungkin ada yang sedikit ketat ataupun yang lebih longgar. Tips yang aku nak kongsi kali ini :
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah sukar tidur. (Insomnia)
Sila teruskan pembacaan anda untuk tips yang serba sedikit diharapkan dapat membantu kawan-kawan sekalian.

Kenapa tidur itu penting? Ini kerana berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terdapat banyak kesan-kesan buruk kepada mereka yang kekurangan tidur. Bukan nak menulis berdasarkan sumber semata-mata tapi berdasarkan pengalaman sendiri.

Harapan : Dapat tidur yang lena.


Akibat Dari Kekurangan Tidur.
1. Menyebabkan peningkatan berat badan.
2. Menyebabkan tekanan darah tinggi.
3. Menyebabkan keberkesanan imun menjadi rendah.
4. Menyebabkan badan lemah dan lesu.
5. Menyebabkan muka menjadi tidak ceria dan tidak bermaya.
6. Menyebabkan pedih-pedih kepada mata dan mata menjadi merah.
7. Menyebabkan jerawat bertambah.
8. Menyebabkan otak berserabut dan tertekan.
9. Menyebabkan mudah pening kepala.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah sukar tidur. (Insomnia)
1. Makan malam awal dalam kuantiti sederhana.
Menikmati makan larut malam atau supper mungkin penting bagi mereka yang banyak bekerja sebelah malam. Namun amalan makan larut malam sebenarnya sangat buruk untuk tidur anda. Untuk tidur yang lena dan berkualiti, anda perlu mengambil makan sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur untuk memberi peluang kepada pencernaan anda menyudahkan ‘kerja-kerjanya’.


2. Goda mata anda
Larut malam adalah masa untuk berehat, bukan untuk memetik gitar, membersihkan rumah atau bergayut di telefon. Cuba tetapkan dalam jadual anda bahawa waktu malam adalah masa untuk berehat atau tidur. Anda sebenarnya mahu mata anda terus mengantuk sebaik sahaja berbaring di katil dan menyentuh bantal. Tapi hal sebenarnya tidak selalu terjadi. Jadi cubalah membaca majalah, mendengar muzik yang perlahan atau bercakap dengan suami atau isteri anda. Juga jangan lupa minum air suam atau panas, tapi jangan minum kopi! Ini kerana kopi mengandungi kafein yang akan berada dalam darah selama hingga enam jam dan akan membuat anda tidak mengantuk sehingga tengah malam.


3. Lakukan yang baik untuk tubuh.
Minum susu sebelum tidur mungkin dianggap amalan yang kuno. Namun bagi memberikan nyenyak yang nyata, cubalah mengamalkannya. Ia juga akan membantu anda untuk melelapkan mata dengan cepat. Susu mengandungi triptofan, sejenis asid amino semula jadi yang membantu anda tidur.


4. Elakkan alkohol, kafein dan nikotin.
Sibuk dan aktif di waktu siang hari akan membantu anda tidur lebih baik di malam hari. Anda akan cepat mengantuk kerana badan memerlukan tidur untuk mengembalikan tenaga dan membuatkan anda merasa segar pagi keesokanya. Efek dari alkohol, kafein dan nikotin akan membuatkan anda akan terjaga ketika sedang tidur. Ini akan mengganggu waktu tidur anda.


5. Wujudkan bilik tidur yang selesa
Kajian menunjukkan suasana bilik tidur yang selesa dan menyenangkan memberikan ketenangan dan membantu anda tidur. Jadikan ruang tidur anda tempat yang menarik dan selesa dengan letakkan katil di depan jendela yang mempunyai pemandangan yang indah, meletakkan akuarium berisi ikan di sudut katil dan menyalakan lilin aroma terapi lavender yang memberikan ketenangan dan membantu anda mengantuk.

6. Imaginasi
Bayangkan apa-apa saja perkara yang menenangkan sebelum tidur. contohnya hutan hijau, lautan biru. Cara tersebut dipercayai boleh membuatkan anda rasa seperti di awang-awangan. Tanpa disedari anda akan terlena dengan sendirinya.

7. Posisi Tidur
Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi daripada dada mampu membuatkan perut anda rasa lebih selesa ketika berbaring. Oleh itu, penggunaan bantal yang tebal adalah digalakkan untuk memastikan anda mudah terlena.



P/S : Susah kalau dah kena penyakit macam nie. Nak lelapkan mata pun payah. -.-

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

5 Commments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker