Rakan-rakan Blog

25 Perkara Tentang Saya. (Tag Dari Faiz Ibrahim). :)

|





Hai pengikut-pengikutku. Hari ini Chuck akan bercerita mengenai 25 perkara tentang diri Chuck kerana Chuck telah menerima tag dari Encik Faiz Ibrahim. Harap dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca hasil nukilan ini. Terima kasih.
  1. Nama diberi Muhamad Shafiq Firdaus bin Adnan. Biasa dipanggil Chuck. Semasa muda mendapat gelaran Chichakx. Kawan-kawan rapat still panggil nama pelik tuh. Mana asalnya? Ini adalah cerita yang jarang diceritakan. Datang dari perbuatan masa muda dulu iaitu selalu memaki-hamun orang menggunakan perkataan Cicak dan secara tak langsung kawan-kawan rapat terus memanggil aku dengan nama tersebut. Setelah memulakan kehidupan di Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin aku telah mempopularkan nama tersebut menjadi Chuck.

     
  2. Seratus peratus darah Johor. Dilahirkan ditengah-tengah Bandar Johor Bahru iaitu di klinik swasta, Tan and Tan Surgery. Berhadapan dengan City Square. Sekarang terletak di sebelah Big Bundle. Pelik? Memang kerana mak aku fobia bila melahirkan abang aku di hospital kerajaan. Layanan yang kurang memuaskan. -,- Mak berasal dari Pontian dan Abah berasal dari Kota Tinggi. Juga mempunyai keluarga angkat di Pontian walaupun pada asalnya ialah keluarga Pak Cik dan Mak Cik aku. Memanggil mereka sebagai Ayah dan Emak dan menganggap mereka sebagai keluarga sebenar kerana merke telah menjaga aku sejak dari kecil.

     
  3. Pernah bersekolah di sekolah teknik iaitu Sekolah Menengah Teknik Segamat. Dalam course EEES (Electrical and Electronic Engineering Study). Bercita-cita menjadi seorang Jurutera tapi hajat tak kesampaian kerana telah menyambung pembelajaran dalam bidang lain iaitu Teknologi Tekstil di Universiti Teknologi Mara sekarang ini. Walaupun bidang tersebut hanya lah pilihan ke enam dari lapan pilihan. Syukur Alhamdulillah.

     
  4. Pernah menyertai Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin Siri 6 Kumpulan 1 dalam Kumpulan Delta bersamaan dengan Kumpulan Pedang. Merindui saat tersebut dan sudah pasti tidak dapat diulangi lagi. Berhampiran dengan Seremban dan kakak dari keluarga angkat aku selalu datang melawat. Terima kasih Kak Anna dan Abang Hisham.

     
  5. Minat terhadap Art and Design. Bercita-cita menjadi Graphic Designer iaitu membuka sebuah outlet untuk mencetak design-design baju menggunakan design-design sendiri dan juga menghasilkan air-brush serta mencetak stiker yang ditempah oleh orang ramai. *Insyaallah kalau ramai orang. Dalam usaha mengumpulkan bakat-bakat yang terpendam dalam merealisasikan usaha tersebut. Klik sini untuk maklumat tambahan.

     
  6. Seorang perokok tegar. Walaupun sudah hampir 150 juta kali (Macam video Fynn Jamal) cuba untuk berhenti tetapi usaha tersebut sia-sia belaka. Menyesal kerana memulakan tabiat tersebut dan sudah pasti disebabkan oleh kenaikan harga rokok dan juga ramai gadis-gadis tidak suka perokok. *Pesanan khidmat masyarakat, sayangilah paru-paru anda dan merokok itu tidak cool. -,- Hanya aku seorang perokok dikalangan kawan-kawan di Shah Alam dan pastinya satu hari nanti aku akan cuba berhenti.

     
  7. Seorang penggemar Nescafe yang sangat setia kerana dengan Nescafe saya boleh berjaga sepanjang malam tanpa sebarang bantuan dadah-dadah yang tidak sepatutnya. *Maklumat tambahan, aku juga seorang yang tidak pernah mengambil apa-apa jenis dadah.

     
  8. Seorang yang sangat obsess dengan internet. Cuba bagi aku laptop yang mempunyai internet dan sudah pasti makanan dan yang lain adalah nombor 2. Terima kasih internet kerana menjimatkan duit makanan bulanan aku. Sebab kenapa saya seorang yang kurus. -,-

     
  9. Seorang yang juga obsess dengan DotA. Selalu mendapat ranking terbaik dikalangan kawan-kawan tetapi belum pernah mencuba Garena untuk menunjukkan bakat tersebut. Dalam proses untuk menghilangkan ketagihan tersebut kerana dalam musim peperiksaan akhir.

     
  10. Mempunyai seorang sahaja abang. Mohamad Saiful Fazree nama diberi. Berlainan personaliti dari adik beliau. Samada dari berat badan ataupun rupa. Orang selalu tanya mengapa? Manalah aku tahu. Haha. Tetapi dia mempunyai cable yang kuat, cuba sentuh aku sekali. Satu taman akan datang memberikan bantuan. Apa punya ilmu entah dia guna. -,-

     
  11. Pernah tinggal di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk satu semester. Kerana terdapat masalah disana, aku telah ditukarkan semula ke kampus induk iaitu Kampus UiTM Shah Alam sekarang ini. Juga merindui saat ketika berada di kawasan hutan itu. Terdapat peristiwa yang tidak dapat dilupakan iaitu peristiwa terlanggar seekor lembu dengan menggunakan motor kawan aku. -,-

     
  12. Seorang yang sangat suka bangun lambat kerana sangat suka tidur lambat disebabkan oleh faktor-faktor sekeliling yang mempengaruhi iaitu kerana semua kawan-kawan aku tiada selagi belum pukul 11 malam kerana kebanyakan mereka bekerja apabila berada di Johor Bahru. Hanya di Shah Alam aku akan bangun awal. *Itu pun kalau ada benda penting. Contohnya : Paper final pada pukul 9 pagi. Kalau tidak, back to basic. :D

     
  13. Suka mengumpul duit syiling dari luar negara. Dan akan meletakkannya di dalam satu album yang ada di dalam bilik aku di Johor Bahru. *Campur-campur dengan duit kertas. Abah dan kawan-kawan ramai yang turut memberikan bantuan dengan memberikan syiling yang tidak terdapat dalam koleksi lagi. Terima kasih kepada semua.

     
  14. Mempunyai seorang adik angkat dan seorang akak angkat. Adik iaitu Fara Ain Jaafar dan akak iaitu Ainie. Berkenalan dengan adik sejak aku form 4 dan berkenalan dengan akak sejak form 1 lagi. Menyayangi mereka seperti adik beradik kandung sendiri kerana tiada adik beradik yang ramai. Dan juga menyayangi keluarga angkat aku seperti keluarga kandung.

     
  15. Seorang yang tidak gemarkan nasi. -,- Orang ke apa nie? Yarh, memang aku tak suka makan nasi kerana makanan ruji aku adalah bersumberkan roti semata-mata dan aku makan semua benda kecuali satu, lihat petikan nombor 16. Mak aku pun dah faham. Setiap kali waktu makan mak aku akan cuba buat makanan yang berasaskan roti dan sewaktu dengannya. Terima kasih mak.

     
  16. Seorang yang sangat tidak sukakan Asam Pedas. -,- Anak Johor yang sangat pelik. Macam mana aku nak suka kalau minyak banyak sangat. Mak aku akan masak lauk lain special untuk aku kerana semua orang dalam rumah suka makan Asam Pedas. Cuba bagi penyelesaian sedikit? Kalau dapat aku akan cuba makan bendalah tu. Nazira Omar, nanti kalau kahwin tolong jangan masak makanan ini ok?

     
  17. Seorang yang sangat suka memakai seluar 'Boot Cut' dan Baju dari jenama 'Garage'. Selesa dan memenuhi citarasa aku. Tolong jangan komen mengapa kerana masing-masing ada citarasa sendiri, begitu juga aku. -,-

     
  18. Barang-barang yang wajib ada didalam poket ialah handphone, wallet, rokok Winston, lighter dan kunci rumah. Semua kena ada baru perjalanan akan menjadi selesa. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya. *Takde kena mengena. -,-

     
  19. Seorang yang obsess terhadap music metal dan rock keras. Rasa berada di dunia sendiri apabila mula mendengar lagu-lagu tersebut. Contohnya : Avenged Sevenfold, Alesana, Bring Me to the Horizon dan The Devil Wear Prada. *Amaran keras, jika ada yang tidak suka. Sila jauhkan diri dari laptop saya kerana tiada lagu lain didalam laptop ini.

     
  20. Seorang yang sangat meminati Motorcross tetapi buat masa ini belum mampu untuk memiliki sebuah Motorcross sendiri. Berangan-angan untuk memiliki sebuah Orion FX250. Semua aspek telah aku buat kajian, tinggal mencari wang untuk membelinya sahaja. Ada sesiapa nak belanja? *Kalau boleh siap dengan design Metal Mulisha.

     
  21. Sukakan Metal Mulisha dan Rockstar. Apa Metal Mulisha dan Rockstar? Jenama sponsor untuk Motorcross. Bergambar tengkorak dan bintang. Yang mana? Yang header blog aku tu. Skin laptop yang penuh dengan latar belakang Metal Mulisha. *Gila sangat dengan Metal Mulisha. -,-

     
  22. Minat dengan kartun-kartun pelik iaitu Happy Tree Friends dan sudah pastinya Sesame Street. Suka sangat dengan Cookie Monster dan Elmo tapi Isabella Adnan dah ambil dulu. Haha. Macam budak-budak berebut watak dalam cerita kartun. Biarkan sahaja kerana dengan cara ini dapat melegakan tekanan.

     
  23. Suka menulis dengan menggunakan bahasa penuh kerana tidak suka menggunakan short form. Takut terbawa-bawa apabila memasuki dewan peperiksaan. Kadang-kadang lenguh juga tangan nak menaip post yang panjang macam ini menggunakan bahasa penuh. Tapi lebih senang untuk difahami. -,-

     
  24. Suka berada di tempat orang kerana dengan cara itu aku dapat berdikari dan mempelajari dunia luar. Dengan harapan lepas ini aku dapat sambung study dekat tempat lain selain Shah Alam. *Mudah-mudahan dapat sambung dekat Manchester or Melbourne. -,-

     
  25. Tidak suka berkongsi masalah dengan orang. Amat susah untuk menceritakan sesuatu. Lebih suka untuk memendamkan perasaan tersebut kecuali dengan seorang sahaja kawan baik aku. *Nama beliau dirahsiakan kerana faktor-faktor keselamatan.

     
Terima kasih kepada Encik Faiz Ibrahim yang membuatkan tangan saya lenguh untuk menulis post kali ini. Cari 25 kawan untuk di tag? Tak mampu. Cuma sekadar yang mampu kepada : Nazira Omar, Arine Romano, Haqim Arshad, Hanye Hakim, Shukri Salim dan Fara Ain Jaafar. Anda boleh membuat tag tersebut setelah membaca kesemua 25 perkara di atas ye. Selamat memenatkan tangan. J Dan akhir sekali terima kasih kepada pengikut-pengikut aku yang membaca.

Soalan tag :
once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if I tag you, its because i want to know more about you.


 

P/S : Sangat susah untuk mencari 25 perkara tentang diri sendiri.
Tapi bila sudah mula, sangat susah untuk berhenti. -,-

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

2 Commments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Chuck said...

Burasak mana ada makan dengan asam pedas. -,-
Tuh asam cair. Tuh saya makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker