Mood : Sangat suka menaip.
Condition : Really Tired dan tangan yang sangat sakit.
Hai semua pembaca blog saya. Hari nie saya akan update blog saya lagi. (Cuba untuk menggunakan bahasa sopan sepenuhnya. J) Terima kasih kepada pembaca-pembaca semua. Alhamdulillah, follower semakin hari semakin bertambah. Biarpun sedikit demi sedikit, lama-lama sudah pasti akan menjadi ramai kan? Hehehe. Wishing it could be. Semalam, telah berjalan aktiviti Dunia Orang Tanpa Awek (DOTA) bersama kawan-kawan kelas saya. Sangat meriah dan hampir pukul 5 it's done. Setakat click mouse takde lah benda yang penat sangat kan. Tapi tangan saya sangat sakit kerana 2 days before I'd played bowling with them too. Two frame and one frame snooker. Masa main memang tak ingat, tapi bila balik mulalah sakit sana sakit sini. Hahaha. Tapi apa-apa pun, DOTA dengan kawan-kawan saya memang yang terbaik. J
Saya buka cerita pasal hari ini pula, dalam hujan lebat, aku terpaksa redah bersama Edel Tahkim untuk pergi ke Ole-ole dan yang tak sukanya, korang tahu apa? Ada kereta lalu dan selamba langgar lopak sebelah kitorang. Dengan penuh rasa rendah diri, kami pun ^&%$^%*^ kereta tuh. Hahaha. Tujuan kami ke Ole-ole adalah untuk join satu tournament. Textile Society of Applied Science (TEXSAS) telah menganjurkan satu Tournament Bowling untuk semua ahlinya. Aku sayang doe kat TEXSAS nieh. Kenapa? Bila semua aktiviti mesti free and terbaik punya lah! Siap dapat goodie bag, makanan percuma, transport percuma dan lucky draw. J Untuk tournament kali nieh, sebanyak 18 team telah memberikan nama dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Untuk kumpulan aku juga ada 5 orang, iaitu Edel Tahkim, Izwan Isyanni, Iskandar Awal dan senior kami, Fahmi. Permulaan game yang not bad bagi aku. Seratus lebih score. Tapi bila masuk frame kedua, tangan aku dah buat hal. Bekas injured bowling 3 hari lepas datang balik. Aku memang tak put hope langsung untuk dapat apa-apa hadiah dalam tournament nieh sebab bila tangan sakit keyakinan pun dah takde. Lagipun, kami semua beginner lagi dan tak kisah sangat kalau kalah ke menang, yang penting enjoy. J Untuk frame kedua memang teruk dapat bawah 80 dan aku mula pasrah kalau kalah ke menang. Harap nak dapat lucky draw jerk, tapi tak dapat. Isk3. L Kalau semua nak lucky, habislah fakulti aku. Hahaha. Ramai juga budak kelas aku yang masuk kali ini. Selalunya, kurang support dari yang lain. Harap bila semua akktiviti macam nie, penyertaan dari kelas aku adalah yang teramai.
Lepas main, makan dan tunggu nama pemenang dipanggil. 'Tempat ketujuh, Kumpulan Goofy Goober yang diketuai oleh Muhamad Shafiq Firdaus bin Adnan.' Aih? Nama aku? Sejak bila aku jadi ketua kumpulan? Hahaha. Lantaklah, pergi depan ambil hadiah. Dan not bad size. Hahaha. Tanpa harapan tapi kami menang. Dan kumpulan lelaki kelas kami yang lagi satu dapat tempat ke 2. Alhamdulillah, setakat nieh bila kami menyertai semua aktiviti anjuran TEXSAS, belum pernah lagi pulang dengan tangan kosong. J Bermula dari pukul 2.30 petang dan pulang hampir pukul 6 petang. Penat berbaloi bila tengok goodie bag aku penuh dengan makanan. Hahaha.
P/S : Sangat penat tetapi tadi saya enjoy. J
0 Commments:
Post a Comment