Hey my blog followers. Dah up jadi 72 orang, thanks kepada sesiapa yang sudi follow tu. J Tak sebanyak korang tapi amat pedih untuk aku mengumpul follower seramai tuh. Hahaha.
Cerita kali ini akan berkisar tentang satu program. Apa? Karnival Sains dan Teknologi. Ceritanya bermula begini. Pada suatu petang sebelum kelas habis, tak silap aku hari Jumaat. Seorang classmate aku minta nama untuk join Karnival nieh. Aku ingat dekat-dekat minggu tuh jugak. Tiba-tiba, busy gila dengan kelas dan aktiviti lain. Aku pun terlupa lah pasal nama yang aku dah tulis tuh. Nak dijadikan cerita, dia orang nak buat meeting dan seorang dari classmates aku pun call aku untuk join meeting. Ok. Aku pergi.
Masa meeting tuh, nama aku naik. Korang tahu jadi apa? Ketua Biro Jualan. Hah? Apa benda tuh? Mana lah aku tahu. Ohhhh. Aku difahamkan kena lah berniaga. Ok. Aku setuju. Hahhh?? Aku setuju? Aduh, apa aku nak jual nieh. Kusut dah kepala. Cari orang sana, cari orang sini. Lastly, aku dapat lah barang nak dijual. Yang susahnya, ada satu barang tu aku kena ambil dekat KL. Hey bro, KL tuh bukan kampong aku. Manalah aku tahu. Haiihhh. Mencabar betul. Takpe-takpe. Cuba dan terus mencuba.
Akhirnya, sampai juga masa untuk aku mulakan perniagaan iaitu tarikh bermulanya Carstech. Bermodalkan RM130 yang dibekalkan oleh fakulti, aku pun menyewa lah separuh tapak di bawah Foyer Menara SAAS (Sultan Abdul Aziz Syah). Memang gila tempat nieh, semua orang lalu dekat sini. Tak kira fakulti apa pun. Haihh. Apa yang aku jual? Aku jual 2 bahagian dalam satu kedai. Bahagian 1, barang-barang basah dan bahagian 2, lebih kepada apparel.
Gerai nieh ada nama aku weh! Hahaha. |
Bahagian 1 :
Tempat barang-barang basah dijual. Di bahagian depan. |
- Air balang
- Air gas, air kotak dan dadih
- Rojak buah dan pecal
- Keropok sira
Tempat barang-barang kering dijual. Di bahagian belakang.
Bahagian 2 :
- Beg Tangan Hand Made (Arica)
- Tudung/Shawl pelbagai jenis
- Kipas tangan
- Perfume
- Beg Tangan Kulit
Korang boleh bayangkan apa yang aku jual nieh? Bayangkan hari-hari aku keluar masuk ambil barang-barang nieh. Dan yang paling penting bukan sehari tetapi selama 4 hari! Hahaha. Penat gila sia. Tapi nak buat macam mana, aku dah dapat tugas, kena lah galas sebaik mungkin. Taknak lah ada suara-suara belakang yang mengumpat. Nanti jadi tak best lah. Aku akui, mula-mula nak teamwork memang payah tapi aku boleh buat. Try to cooperate with my senior dan Alhamdulillah takde masalah. Dan thanks kepada Izwan, Awal, Edel, Elyas dan rakan-rakan yang lain kerana memberikan bantuan.
Ketua Biro Jualan. Hahaha. |
Pada masa yang sama, booth dan juga game telah dijalankan. Dan booth kami telah memenangi anugerah Booth Terbaik dan Booth Interaktif. Syabas kepada mereka yang terlibat.
Pemenang Booth Terbaik dan Booth Interaktif. :) |
Ketika game 'dam ular' sedang dijalankan. :) |
Dua tiga hari lepas habis event tuh (iaitu hari ini), kita orang dapat duit lebih yang cukup untuk kita orang kongsi bersama. Jadi kita orang decide nak buat satu majlis makan-makan dengan AJK yang terlibat. Nak dijadikan cerita, ramai yang tidak dapat hadir pada hari kami mengadakan majlis. Order makanan dan persiapan hadiah untuk 50 orang tapi kau orang tahu berapa ramai yang datang? 10 orang jek! Sob3~ Takpe-takpe. Hadiah kita bagi dekat tuan empunya tapi makanan kita yang punya. Hahaha. (Ketawa jahat.)
Poyo betul mamat nieh. Hahaha. Lastly, bila turunkan signature, tamat lah tugas aku. :D |
Congrats all my friends. :) |
P/S : Hope dapat arrange lagi event yang besar dan berjaya macam nie.
Even penat tapi penat tuh berbaloi.
Untuk baca cerita seterusnya, sila ke : http://fifynotperfectos.blogspot.com
4 Commments:
woi. bukan ko jual PEJAL ke? HAHAHAHHAA
Pejal tuh name member aku. Takkan nak jual member sendiri. HAHAHAHA,
:)
Post a Comment