Rakan-rakan Blog

Part 1 : Propaganda Gereja Vatican.

|

Salam sejahtera semua. Hari nie aku nak bercerita lagi tentang propaganda. Apa tu propaganda? Dalam dunia ni terlampau banyak pihak yang cuba memesongkan akidah kita. Kenapa aku cakap macam tu? Setakat yang aku tahu setakat ni ada tiga. Apa? First adalah Freemason, second adalah Illuminati dan yang ketiga adalah The Sacred Key.
Freemason dan Illuminati adalah berkait rapat dengan bangsa Yahudi. Tapi The Sacred Key pula berkait rapat dengan Kristian iaitu melalui gereja Vatican. Tapi misi mereka hanyalah 1. Iaitu membuat semua manusia di muka bumi ini menjadi kafir dan seterusnya menyembah Lucifer. Siapa Lucifer? Lucifer adalah Iblis Laknatullah. Untuk maklumat, syaitan dan iblis adalah berbeza. (Syaitan bilangan mereka banyak dan iblis hanya satu). Baca dan terimalah dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya, kita semakin jauh dari jalan yang benar dan ada sesetengah kita semakin dekat dengan Lucifer.
Soalan yang korang pasti tertanya-tanya. Kenapa aku sibuk dengan semua ini? Aku takut dan amat takut apabila dapat mengetahui semua dakyah mereka. Kita sebenarnya sudah jauh terpesong!
Banyak artikel nie aku kaitkan dengan laman web dari dinar emas dan sebahagian dari laman web lain.
Ada seorang orang Malaysia yang tinggal di New York telah membuat pendedahan mengenai gerakan gereja Vatican yang sedang menyebarkan dakyah mereka. Di sini, aku singkatkan perbualan tersebut menjadi satu artikel.


Propaganda Pertama.
Kristian telah banyak melantik Jesuit Priest. Apa itu Jesuit Priest? Jesuit Priest itu bersamaan dengan 1000 ulama' kita! Haa? Ya, betul. Macam mana boleh jadi begini? Mereka sebenarnya telah lama memainkan masyarakat dunia. Apa maksudnya? Gelaran bagi Prof, Dr, dan lain-lain adalah perbualan mereka sejak 700 tahun lalu! Maknanya mereka mahu kita tertumpu di bawah satu bidang sahaja. Sepatutnya kita perlu menguasainya dengan serentak. Yang paling menakutkan bagi aku adalah satu, iaitu ilmu itu sendiri adalah propanganda mereka! Mengapa sejak kecil kita dikenalkan dengan ilmuwan barat? Sebab itu juga adalah dakyah mereka. Mereka mahu kita jadikan mereka sebagai idola. Dan pada masa yang sama mereka mahukan kita mengagumi anak murid mereka (gereja Vatican).
Penjajah yang datang ke negara kita juga mempunyai suatu misi lain selain memang niat mereka menguasai negara kita iaitu menyelitkan dakyah mereka. Kita diajar bahasa mereka. Kita diajarkan pendidikan mereka. Dan sekarang?? Negara kita hampir menjadi macam negara mereka! Padahal, bahagian Nusantara adalah bahagian yang paling sukar untuk mereka jajah kerana Nusantara adalah bahagian yang paling jauh dengan mereka. (Maksud jajah di sini adalah berkaitan minda). Mereka juga mengajarkan system ilmu.
-          Pada suatu hari, didalam sebuah dewan, ada ramai orang berkumpul. Dari golongan pemimpin, orang kenamaan, ibubapa, kaum keluarga dan kawan-kawan datang untuk mengucapkan tahniah, berkongsi kegembiraan, kesyukuran keraana mendapat segulung ijazah. Mereka bergambar bersama, memegang ijazah dan bunga sambil melontar topi di awan dengan teriakan puas. Tahukah kamu? Jubah yang para pelajar itu pakai adalah pakaian mereka (gereja Vatican). Seluruh dunia telah mengenakan pakaian mereka dengan perasaan bangga dan begitu syahdu! Jubah itu adalah jubah mereka bukan kita. Mereka mahu kita jadi seperti mereka! Kenapa mereka mahu kita jadi seperti mereka?

Nabi Muhammad pernah bersabda :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).”
Faham apa yang aku maksudkan disini? Mereka mahukan kita jadi seperti mereka, walaupun bukan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Berkenaan Jubah Graduasi, pernahkah anda terfikir? Kita hanya mengikut tanpa berfikir panjang. Mereka mahukan kita menanggalkan jubah Nabi Muhammad dan menyarung jubah mereka!
Bagaimana mereka tahu hadis nabi? Mereka mengkaji Al-Quran! Ini memalukan bagi umat Islam seperti kita. Kita membaca dengan kelunakan suara dan gembira mengenainya serta memberikan hadiah kepada yang terbaik, tetapi mereka membaca dengan skop lain yang dapat menjatuhkan umat Islam! Mereka tidak mengubah ayat al-Quran kerana Allah berjanji yang ayat al-Quran tidak akan berubah. Tetapi apa yang mereka lakukan? Mereka mengubah dunia itu sendiri! Dan umat Islam sendiri tidak menghargai al-Quran itu sendiri sebagaimana mereka menghargainya. Ada sepotong ayat yang berbunyi, Umat Islam mundur kerana meninggalkan ajaran Islam dan mereka maju kerana meninggalkan ajaran agama mereka. Mereka menggunakan al-Quran itu sendiri untuk menjatuhkan umat Islam. Sangat sedih dan ini telah berlaku sejak Nabi Muhammad junjungan kita wafat.
Baiklah, sampai disini sahaja. Aku taknak kawan-kawan dan saudara Islamku bosan membaca artikel ini, sedangkan, kita sedang berbicara mengenai keruntuhan agama kita sendiri!


Chuck Note : sumber adalah diolah tetapi penulisan adalah dari tuan blog ini sendiri. Minta disebarkan sekiranya mampu. Wassalam.


P/S : Nantikan propanganda kedua berkenaan gereja Vatican.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

0 Commments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker