Rakan-rakan Blog

Part 2 : Propaganda Gereja Vatican.

|
Salam sejahtera kepada pembaca blog aku semua. Bagi post kali ini, aku akan terus bercerita mengenai propaganda gereja Vatican. Semua ini aku tahu setelah aku membuat inisiatif sendiri dalam membuat kajian. Aku kesal kenapa kita semua tidak tahu tentang semua ini lebih awal lagi. Rahsia tentang propaganda mereka ini telah didedahkan oleh orang mereka sendiri kerana mereka merasakan yang kita tidak dapat berbuat apa lagi. Tapi mahukah anda melihat agama dan bangsa kita sendiri hancur? Kita semua adalah sasaran iblis. Iblis adalah keturunan makhluk Jin dan merupakan musuh kepada makhluk manusia semenjak dia dilaknat oleh Allah, akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam. Iblis mempunyai kuncu-kuncunya iaitu Syaitan (dalam jumlah yang berbilion) dan Anti Christ (atau dikenali sebagai Dajjal al-Massih). Bukan itu sahaja, Iblis juga menggunakan bangsa Yahudi dan Nasrani sebagai kuncu beliau! Kita sebagai umat islam seharusnya menjauhkan diri dari semua ini.

‘Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala’. Al-Quran, Surah Al-Fathir, Ayat 6

Islam pernah jatuh satu ketika dahulu, ketika pemerintahan islam dalam keasyikan menawan kota-kota besar. Walaupun Berjaya, tetapi markas utama umat islam telah Berjaya dikuasai oleh golongan mereka. Mereka sebelum itu sehelai sepinggang dan tiada tempat untuk berteduh selain dari padang pasir di sekeliling mereka. Tetapi pada suatu masa, mereka telah berjumpa suatu tempat yang subur dengan tumbuhan, sungai yang mengalir deras dan benda putih yang turun dari langit (salji). Mereka telah berjumpa suatu kaum yang seakan dengan mereka. Mereka seperti pernah menjumpainya dan alangkah terkejutnya mereka apabila kaum tersebut menyembah Nabi Isa, iaitu Nabi yang mereka pernah bunuh dahulu! Salahuddin (Pahlawan Mulia Islam) telah memerangi mereka apabila mendapat tahu mereka sebenarnya tidak menyembah Nabi Isa tetapi pahlawan Islam telah tewas! Dari situ mereka mendapat idea untuk mengkaji al-Quran dan mereka telah mengkajinya menggunakan mata, lidah, hidung, tangan, kaki dan kulit. Apa maksudnya? Mereka telah mengkaji sehelai demi sehelai tanpa ada yang terlepas pandang sekalipun. Alangkah malang bagi umat Islam itu sendiri.

Propanganda Kedua
Untuk kali ini, aku akan menerangkan mengenai riba’ dan mata wang yang telah dirancang oleh Yahudi dan sekutu-sekutunya.

'Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba’ (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak meninggalkannya maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak pula dianiaya dan menganiaya. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran maka berilah tangguh sampai dia kelapangan. Dan menyedekahkan lebih baik bagimu, jika kamu mengetahuinya. Dan peliharalah dirimu dari azab yang terjadi pada hari yang pada waktu itu kamu semua di kembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang kamu telah kerjakan. Sedangkan mereka sedikit pun tidak dianiaya'.
Al-Quran, Surah Al-Baqarah, Ayat 278-281



Ekonomi dunia sekarang telah dikawal oleh dua keluarga yahudi. Siapa? Iaitu Rotschild dan Rockefeller. Rockefeller? Macam album satu kumpulan music tempatan kan? Fikirkan lah. Kedua keluarga ini telah menubuhkan The Federal Reserve untuk mengawal ekonomi Amerika Syarikat dan seterusnya ekonomi dunia. Kita turut tidak terlepas dari riba’ matawang! Inilah rancangan yang maha jahat tanpa kita sedari, inilah Lending Money On Interest.



‘Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan riba’ itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya’. Al-Quran, Surah al-Baqarah, Ayat 275.

Masyaallah. Selama ini sebenarnya kita sedang menghumbankan diri kita sendiri ke neraka jahannam! Mana datang bunga hasil duit yang kita simpan di dalam bank? Tahukah kamu dari mana datangnya? Dan mereka yang mengambil duit ini akan kekal di dalam neraka jahannam! Sungguh tersentak aku apabila membaca artikel ini.
Dekat Malaysia macam mana? Ada ke gerakan mereka? Nak tengok?
Gambar jauh KLCC


Logo Freemason
Gambar dekat KLCC

Logo Freemason


Apa bezanya? Subhanallah.


Chuck Note : Sekian untuk bahagian kedua. Bahagian ketiga akan menyusul kemudian.

P/S : Bahagian ketiga akan menyusul megenai makanan.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker