Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini,
Untuk post kali ini, saya akan terangkan sedikit proses yang telah dilalui kereta Mira jadian saya. Untuk kali ini, saya telah memasang fog lamp Daihatsu atau lebih dikenali sebagai Ketam D di kalangan pejuang-pejuang K-car seantero Malaysia.
Peralatan yang anda diperlukan :
1) Foglamp Wiring Harness. (Boleh dibeli di Lazada dalam lingkungan bawah RM40)
2) Braket Ketam (Jika ada yang original terus pasang atau jika tiada boleh gunakan yang custom punya)
3) Stokin Ketam (Fiber atau original tak menjadi masalah)
4) Suis (Atau jika tidak mahu tukar suis, boleh gunakan suis sedia asal yang disediakan bersama Wiring Harness)
5) Drill atau cutter (Untuk memotong bumper)
Sebelum memasang ketam |
Untuk langkah pertama,
Buka bumper anda dan perhatikan dibelakang bumper. Terdapat garisan yang tidak terlampau bulat dan agak sedikit membujur. Jika tidak jelas, basuh dulu bumper anda. Untuk pengetahuan anda, ini adalah marking yang dibuat di kilang untuk memasang foglamp. Dan marking ini akan terlanggar sedikit line di bumper sebelah bawah. Jadi, mana-mana yang telah memasang ketam tanpa melanggar line ini, maknanya ketam anda berada di posisi yang salah.
Drill di sekeliling lubang tersebut sehingga putus dan boleh dicabut. (Pastikan anda drill kecil sedikit dari lubang tersebut.)
Terdapat line halus di belakang bumper |
Untuk langkah kedua,
Pasangkan braket mengikut tapak di body kereta seperti ini. Contoh body yang tidak berapa cun lebih baik menggunakan braket custom kerana kedudukan ketam boleh diubah mengikut kesusaian. Braket custom bukanlah braket yang saya buat sendiri. Tetapi braket yang dibuat menggunakan laser cutting. Boleh dibeli di sesetengah seller di FB. Untuk braket original jika body anda tidak cantik, agak susah nak diadjust kerana kedudukan braket telah fix.
Sediakan skru 10 dan nut 10 untuk mengikat braket ketam. Tidak perlu untuk drill lubang baru kerana terdapat lubang sedia ada di body untuk memasang ketam. Sekiranya lubang tidak sesuai disebabkan body tidak cantik dan tidak fit di ketam anda, drill lubang baru untuk tujuan memasang braket.
Sediakan skru 10 dan nut 10 untuk mengikat braket ketam. Tidak perlu untuk drill lubang baru kerana terdapat lubang sedia ada di body untuk memasang ketam. Sekiranya lubang tidak sesuai disebabkan body tidak cantik dan tidak fit di ketam anda, drill lubang baru untuk tujuan memasang braket.
Kedudukan braket ketam. |
Langkah ketiga,
Lakukan wiring dahulu kerana pada masa ini, lebih mudah untuk melakukan wiring kerana jika anda pasang dahulu nanti untuk masa akan datang anda perlu membuka bumper sekali lagi untuk proses wiring.
Saya menggunakan wiring yang dibeli di Lazada. Caranya cukup mudah dan pastinya lebih selamat dari yang menggunakan wiring harness DIY. Konsepnya tetap memakai relay, tapi cuba bagitahu saya wire yang sesuai untuk digunakan? Pastinya tak ramai yang tahu. Jadi seeloknya gunakan wiring yang memang direka khas untuk tujuan ini. Saya terlupa untuk ambil gambar caranya, tapi saya sediakan sekali diagram untuk memasang wiring tersebut. Laluan untuk wiring boleh dipilih samada melalui fender ataupun melalui jalan computer box.
Universal Wiring Harness yang dibeli di Lazada |
Diagram untuk memasang ketam |
Langkah ke empat,
Setelah selesai melakukan wiring, beli dulu air sirap untuk menghilangkan dahaga. Haha. Memang penat nak buat wiring ni. Tapi berbaloi dengan usaha sendiri. Selepas itu, pasang mentol di ketam. Ataupun jika mentol anda terbakar anda boleh tukarkan kepada mentol lain. Mentol ketam adalah mentol jenis H3, boleh didapati di Lazada, kedai accesories dan DIY. Gunakan jenis halogen, kerana jenis LED agak malap. Jangan tersalah beli. Kalau ada modal lebih boleh gunakan jenis HID dan ballast. Seterusnya fittingkan ketam di body kereta anda, kemudiannya pasangkan bumper dan stokin dihadapan.
Jangan tersalah pasang stokin kerana nanti ketam anda akan nampak juling. Hahaha.
Mentol H3 untuk Ketam |
Pastikan anda telah membuat grounding yang betul untuk mentol anda, sekiranya grounding anda salah ketam anda tidak akan menyala. Dan untuk peringatan, pastikan tiada kebocoran di getah penutup ketam kerana jika ada kebocoran, ketam anda akan berwap.
Langkah ke enam,
Bawa kereta anda di keliling taman anda dengan hidung kembang kerana dengan hasil usaha anda sendiri, anda telah berjaya memasang ketam anda sendiri. Tahniah. Haha.
Kos untuk memasang ketam :
Ketam Daihatsu - RM500 (Deng Global , Langat)
Braket Ketam - RM70 (Nuar Garage, Bukit Rawang Jaya)
Wiring - RM40 (Lazada)
Stokin Moderno Original - RM200 (Epul Garage, Klang)
Mentol H3 - RM15 (DIY)
Upah Wiring - PERCUMA!
0 Commments:
Post a Comment