Rakan-rakan Blog

TandaTanya : Perniagaan Perkataan Seks?

|
Apa kejadah ni semua?


Salam dan hai semua. Terlalu lama tiada entry dicoretkan di blog ini. Jadi dengan tertulisnya entry ini dapat menbuang sawang-sawang di sekitar blog usang ini. Seperti biasa, bila terdapat keyword 3gp, seks dan sewaktu dengannya mesti ada mata yang terbuka lebar. Samada yang tengah mengantuk ataupun ada juga yang agak terkejut dengan perkataan itu yang sememangnya semakin hari semakin umum. Traffic blog juga biasanya akan melonjak tinggi kerana terdapat ramai pelawat yang sememangnya menunggu untuk mencuci mata. Jika itu yang anda cari, maafkan aku. Bukan ini blognya.

Tujuan aku menulis entry ini adalah untuk menyelar sesetengah mereka yang berniaga atas nama seks. Adakah perbuatan itu salah ataupun sebenarnya tidak? Pada pendapat aku perkara sebegini sepatutnya menjadi privasi tetapi sejak kebelakangan ini, semakin melampau nampaknya iklan-iklan sebegini. Tidak perlu dijelaskan dengan panjang lebar. Lihat saja, di blog-blog yang memasang Cbox ataupun Shoutbox, kebanyakannya iklan tidak bermoral. Samada dari auto blog walking mahupun secara manual. Tidak termasuk lagi dengan email privasi. Rasanya terlampau banyak longgokan iklan-iklan contohnya, Cara P*****kan Isteri, Produk Menambahkan Air M*** dan yang sewaktu dengannya.

Rasanya semasa aku kecil, aku tidak didedahkan dengan internet lagi dan rasanya jauh sekali melihat iklan-iklan sebegini. Ditepi jalan juga iklan ini semakin hari semakin menggantikan tempat iklan Ah Long. Ubat Kuat Lelaki, Berlesen, 100% Herba? Rasanya sudah muak aku melihat iklan sebegini. Rasanya lelaki yang jenis kurang tenaga batin pun takkan terus menelefon nombor-nombor tersebut. Ataupun yang masih mahu menelefon akan bingung kerana terlampau banyak nombor telefon yang boleh didapati. Mereka sepatutnya sudah boleh ke hospital kerana semua hospital rasanya mereka boleh merawat penyakit mereka kerana sudah terdapat pakar sakit tuan disana dan ubat-ubatnya juga telah diselia dibawah KKM. Semua perkara ini semakin hari semakin dipandang biasa oleh masyarakat kita tapi sedar atau tidak sedar, anak-anak kecil kita juga semakin hari semakin menerima ini semua. Contohnya jika anak-anak anda baru belajar membaca dan terpandang Ubat Kuat Lelaki, dan kemudian meminta anda menjelaskannya, apakah yang anda akan jelaskan? Ini bukan soal ejaan atau terma yang diberi tetapi berkenaan dengan mentaliti anak-anak kita semua pada masa akan datang.

Jika kita melihat perkara ini seperti biasa, jangan hairan lah suatu hari nanti anak-anak kita yang berumur 7 tahun iaitu yang baru pandai membaca sudah mengerti apa itu seks. Nampak macam perkara remeh tapi percayalah jika ini berterusan kita tidak ubah seperti masyarakat barat yang mana mereka kebanyakannya memandang seks sebagai perkara halal tetapi itu jauh sekali menyimpang dengan masyarakat kita. Bagi mereka yang terus menerus mengiklan seperti ini, ingatlah mungkin ini adalah pendapatan anda tetapi ingatlah satu hari nanti jika bangsa kita rosak, anda turut terlibat dalam memainkan peranan dengannya.

Aku menulis kerana aku sayangkan bangsa aku dan tidak mahu anak-anak aku nanti turut terlibat dengan perkara-perkara ini. Kerana kita perlu ingat bahawa kanak-kanak seawal umur 7-8 tahun pada hari ini telah didedahkan dengan internet. Mungkin ia jauh sekali dari porno tetapi ini adalah salah satu cabang ke arah itu. Kawal anak anda dan sama-sama kita banteras semua ini untuk bangsa kita sendiri. Perkara tersebut tidak salah, tetapi ia diniagakan dengan cara yang salah.


P/S : Aku masih tertanya-tanya kenapa kerajaan tidak melarang perkara ini sedangkan perkara ini adalah untuk 18 tahun keatas. Still wondering....




Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

5 Commments:

mkhafiz said...

mendatangkan ghairah..wakakaka

Anonymous said...

Gunakanlah Adblock Plus. Cari kat Google, install on your browser.

Meyra John said...

Mari join sini. ^^

http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/mencari-blogger-and-instagrammer-yang.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/tumblring-time-by-selalulalu.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/sky-skype-skyping-by-selalulalu.html

Thanks. ^^

Meyra John said...

Hai. :) Salam perkenalan. Mari join sini. ^^

http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

Untuk tingkatkan pageview, followers and traffic korang meningkat hingga tahap AWESOME!!

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/segment-lick-exchange-affie-by.html

Thanks dear!!

Meyra John said...

Mari join sini. ^^ Best!!

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/giveaway-topup-pearlcholic-birthday-by.html

Thanks!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker