Rakan-rakan Blog

Eksklusif : Valentino Rossi Akan Menggunakan Nombor 58?

|
Sekarang sedang hangat diperkatakan bahawa Valentino Rossi akan bertukar nombor 58 kerana ingin memberikan penghormatan kepada rakan seperjuangannya dan turut dianggap sebagai adik iaitu Marco Simoncelli. Mendiang yang menggunakan nombor 58 sebelum ini sangat sinonim dengan warna putih dan merah selain logo harimau di helmetnya.

Valentino Rossi bersama Nombor 46

Sehubung dengan itu, Valentino Rossi dikhabarkan akan menggabungkan logo matahari dan bulan yang selalu digunakannya bersama dengan logo harimau yang biasa kita lihat di helmet Marco Simoncelli. Rossi sememangnya amat terasa dengan kehilangan rakan karibnya di litar ini. Marco Simoncelli yang lebih dikenali sebagai Super Sic adalah salah seorang pelumba muda yang dijangka akan mengegarkan arena sukan permotoran berdasarkan bakatnya tetapi impian itu berkubur apabila pelumba itu mengalami kemalangan maut pada 23 Oktober 2011 di MotoGP Sepang.

Khabar angin itu turut mengatakan bahawa beliau akan menggunakan helmet yang mempunyai nombor 58 di litar terakhir iaitu Valencia pada 6 November nanti. Helmet baru itu akan direka oleh pereka dari Itali iaitu Aldo Drudi. Pihak Ducati juga dikhabarkan tidak menolak bahawa Rossi kemungkinan akan menggunakan no Super Sic pada MotoGP hadapan.

Rossi yang mendapat nombor 46 yang menjadi warisan daripada ayahnya iaitu Graziano Rossi dijangka akan menggunakan nombor 58 pada sesi akan datang bagi tujuan memperingati sahabat karibnya itu.


Sumber : http://www.tribunnews.com/2011/10/27/penghormatan-simoncelli-valentino-rossi-pakai-nomor-58

P/S : No ayah dan no rakan. Mana penting? Hehe.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

0 Commments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker