Rakan-rakan Blog

Eksklusif : Gambar Marco Simoncelli Sebelum dan Selepas Kemalangan.

|
Dunia sukan permotoran dikejutkan dengan kehilangan satu nama besar dalam sukan ini iaitu Marco Simoncelli. Lebih dikenali sebagai The Sic dan begitu akrap bersama The Doctor (Rossi). Dianggap sebagai adik dan abang. Menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 24 tahun pada 4.56 Petang pada 23 Oktober 2011 di Sepang International Circuit (SIC). Adakah ini kebetulan ataupun suratan? The SIC maut di SIC?


The Sic ataupun Marco Simoncelli antara pelumba yang digemari ramai kerana sikapnya yang mudah mesra dengan peminat-peminatnya termasuk peminat-peminatnya di Malaysia

Juga dikenali sebagai Afro Boy kerana gaya rambutnya yang unik.

Video : Situasi semasa kemalangan The Sic berlaku.
Kedudukan The Sic dibawah motor Rossi dan Edwards
Keadaan racing suit The Sic selepas kemalangan

Keadaan motor The Sic selepas kemalangan
SIC terjatuh ketika diangkat oleh Marshall SIC?
Rossi kelihatan bersedih diatas kehilangan rakan yang dianggap sebagai pewaris dan adiknya itu.
Gambar kenangan antara Rossi dan mendiang Simon.

Jika diperhatikan melalui video yang sempat dirakamkan ketika kemalangan tersebut, kemungkinan The Sic jatuh pengsan ketika mengambil selekoh ke 11 di Sepang International Circuit dan kemudian terjatuh ke motor Edwards dan Rossi. Edwards yang turut kemalangan tidak mengalami kecederaan serius. Selain dari itu helmet The Sic turut tercabut ketika kemalangan maut itu. Mendiang kemungkinan pengsan disebabkan keadaan suhu Malaysia yang panas. Apa pun, satu nama besar dalam sukan permotoran ini telah menjadi lagenda di hati peminatnya di Malaysia.


P/S : Aku antara peminat Valentino Rossi dan turut sama bersedih atas kehilangan nama besar ini.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

17 Commments:

FaRaH_fUnKa_WeIrD !! said...

woww..sgt2 kebetulan ! the sic maut di SIC?? omg.. he is my favourite :((

MSS said...

trauma habis rossi langgar member..

Chuck said...

@FaRaH_fUnKa_WeIrD !! Entahlah. Kebetulan ataupun sudah suratan untuk dia.

Chuck said...

@MSS Dia terjatuh betul2 bawah motor Rossi dengan helmet yang tercabut. Itu yang menjadi sebab kematian dia. Bukan Rossi sengaja.

adi said...

jelas beliau pengsan dahulu.....ajal maut tidak kira di mana...

Anonymous said...

xkn pengsan sbb panas

Chuck said...

@adi Masa dia dah tiba. Masa kita, kita tak tahu bila.

Chuck said...

@Anonymous minggu lepas kan GP kat Aussie. Maybe suhu dia beza ketara sangat.

R A I N Z said...

seriously macam kebetulan je oh. pehh tak puas hati doh, kenapa mesti crash nya jadi macam tu. tragik gila. he's my favorite.

Chuck said...

@R A I N Z Itulah. Kita sebagai peminat sukan nie rasa kehilangan besar. :')

shahjiehan said...

sian~

Anonymous said...

yang angkat jatuh tu bukan marshal SIC wei...
marshal xle nk handle rider.

tu medical team nye tnggungjwb..lembap sembap sebab sekor2 gemok...

Anonymous said...

' bila diperhatikan pada video ..SIC kelihatan x bernyawa ... dpt dilihat SIC tenggelam dgn berat motonya sendiri .......

aNc said...

dah smpai masa die kn....nak wat mcm mane...aku tgk live diorang eksiden smlm... baru 2 lap..game tunda after eksiden..ish2...

maCy said...

tragic..

me :) said...

uhm....abg saya kerja sana masa motogp2011 ...jadi pa riders semua .....before super sic start race tuh , dia ada gitau dekat crew semua ckp malaysia terlalu panas....dipercayai dia pengsan atau pon dah meninggal dunia masa dia atas moto lagi...sebab kalu ikut raceline ,kalu dia jatuh , badan dia patut keluar dari track but instead dia masuk ke dalam......... :'(

me :) said...

pa riders (P.A riders) sorry silap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...