Rakan-rakan Blog

Takde Faedah Langsung Ke Kalau Ada Blog?

|
Salam dan selamat sejahtera semua. Ramai di antara kita yang suka membaca tetapi tidak semua suka menulis kan? Itu sebabnya aku cuba buat post dengan tajuk nie.
Ye, apa yang kita boleh buat dengan berblog nie? Sampah jer ke? Keh keh keh. Lantaklah kalau orang nak kata blog aku sampah sekalipun. Janji aku dapat beri info kepada semua yang membaca blog nie. Insyallah.
Aku rasa sejak aku berblogging since September 2006 dulu takdelah dapat capai traffic sampai macam hari nie. Dulu setakat 10-20 orang pun susah nak cari traffic. Sekarang Alhamdulillah, tak perlukan post baru dah dapat 100-200 pelawat setiap hari. Thanks kepada semua yang sudi singgah dekat blog buruk aku nie.
Stop cerita pasal traffic, kang yang bukan blogger angin jer baca tapi tak faham apa yang aku membebel. Keh keh keh. 
For info : Traffic tuh bermaksud jumlah pelawat yang singgah kat blog aku nie.

Apa yang best sangat ada blog nie? Ce cite ce cite.

Berbalik semula ke tajuk post nie. Apa yang aku dapat dari berblog?

Kawan-kawan baru
Sejak first time aku belajar berblog nie, ramai kawan-kawan yang aku kenal. Yang paling penting mereka punya minat yang sama iaitu berblogging. Susah nak cerita minat berblog nie dengan orang yang bukan kaki blog. Dan sebab itulah KakiBLOGGER ditubuhkan. Keh keh keh. Senang cerita kalau nak berbual dekat sana tentang blog sebab semua orang pernah lalui keadaan yang sama. :)

Dapat luahkan semua rasa
Entahlah, bagi aku nie yang paling penting sepanjang aku berblog sebabnya bila aku menaip rasa semua masalah macam terbang pergi jer. Maknanya ada kepuasan yang aku dapat ketika menulis dan mudah-mudahan idea aku dapat memberikan informasi kepada semua orang. Tak nak lah dianggap menulis syok sendiri. Tak best woo. Keh keh keh.

Skill penulisan yang baru
Ye, aku rasa bila kita banyak membaca dalam istilah lain untuk blogger ialah Blogwalking, kita lebih mudah dapat menyerap skill penulisan yang baik. Secara tidak langsung dapat memperbaiki tahap penulisan kita. Sampai sekarang aku rasa malu bila tengok blog-blog yang femes sebab dah tentu-tentu lah blog aku tak dapat nak challenge dengan mereka. Dan lagipun itu bukan niat aku, cuma bersaing secara sihat jer. Keh keh keh. Penulisan mereka kadang-kadang tak terlintas di akal kita kerana mereka mempunyai skill penulisan yang sangat kreatif. :)

Informasi yang pantas
Rajin tak korang blogwalking? For sure bila kita rajin blogwalking, everyday akan ada post yang baru kan? Post-post nie aku rasa for sure lah lagi laju dari media cetak or media elektronik. Belum sampai lagi kat orang awam, blogger-blogger dah dapat info nie semua. Mereka semua sangat alert. Cuma aku tak suka sangat bila orang amek entry dari surat khabar online dan paste sebiji-sebiji dalam blog dia. Apa nie? Orang pandai baca surat khabar online lah akak abang oi. Yang penting kau buat lah conclusion skit untuk berita tersebut. Kan?

Pendapatan tambahan
Korang rasa boleh ke buat semua nie dengan blog? Mula-mula aku rasa mustahil gak. Tapi perlukan bantuan FB lah untuk buat semua nie. Banyak cara yang boleh buat. Insyallah nanti aku post macam mana cara nak buat duit melalui blog dan FB nie. For sure tak payah nak keluar modal satu sen sekalipun. Itulah kehebatan dunia IT sekarang nie dan aku dah pun merasa duit dari semua nie. Alhamdulillah. Keh keh keh.


Oklah, malas nak merepek panjang-panjang lagi. Cuma nak terangkan kat orang lain kenapa aku sibuk-sibuk nak update blog buruk nie. At least aku boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat aku dengan blogger lain dan bertambah juga ilmu aku daripada aku dok mengkritik orang jer yang boleh membuatkan kebodohan diri sendiri semakin bertambah. Keh keh keh. Kenapa aku cakap macam tuh? Cuba tengok post lepas. Orang kita kan? Nak buat macam mana. Keh keh keh.


P/S : Gelak sendiri bila baca post lama-lama blog aku yang sengal-sengal ubi. Keh keh keh. 

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

16 Commments:

The ModERnMoZaRT said...

huhuhu,,,nais one..

hisham mkh said...

hahahaha....nice pantun....ha...hehehe....

Puteri Iqa Izyan said...

blog is the best ever~

hehe

tp mmg dr blog ni dpt ramai sgt kwn2, berita2 pon cepat je tau. paling penting, duit pon masyuk. hek3

mogobja said...

i just loveeee blog. blogging.. n the blogger. HA HA

Chuck said...

@The ModERnMoZaRT thanks bro. :)

Chuck said...

@mkh pantun yang mana nie? haha. pecah kaca? hihi.

Chuck said...

@Puteri Iqa Izyan hehe. utk blogger baru payah skit lah bab earning nie. hehe.

Chuck said...

@mogobja hehe. me too. thanks for comment.

scya lollita said...

blogger banyak pekdahh ouh , org je yg x nmpak

shida said...

ha3..blogging tuk mengisi masa lapang, bg info, usha2 blog orang, potpetpotpet....:)

faez sompek said...

hahaha lawa la blog ko..
leh tak ajr ak cm ne nak setting..
bia lawa cm ko...
lau sudi lawati blog kawe
http://pokokboyz1993.blogspot.com/

Ze_Mhis said...

best ape blog ni... jumpe macam2 jenis gaya penulisan. idea yang pelbagai. kelakau pun ada.

terbaru-->A FRIEND IN NEED let's.help -->WORDLESS WEDNESDAY #1 -->HAMBA ZAMAN SEKARANG: ulasan ringkas

Chuck said...

@Scya Lollita Tau takpe. Orang yang tak perasan. :)

Chuck said...

@shida Yup. dari menghadap TV dan pavi. Blog better. Hihi.

Chuck said...

@sky jus green Biasa2 jer bro. :)

Chuck said...

@Piah Becok Yup. Macam-macam kita boleh buat dengan blog nie kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker