Salam semua pembaca blog aku. Hari nie nak kongsi satu kisah misteri. Kisah misteri pertama dalam blog aku nie. Pasal apa ya? Villa Nabila. Ya, Villa Nabila. Pernah dengar? Mungkin ramai yang tak pernah dengar rasanya. Tapi bagi kebanyakan anak kelahiran Johor Bahru sudah pasti pernah mendengar cerita berkenaan Villa Nabila.
Gambar Pintu Masuk Villa Nabila |
First aku nak terangkan kedudukan rumah tersebut. Kebiasaannya harga sesebuah rumah bergantung kepada kedudukan rumah tersebut bukan? Ya, situasi ini amat pelik untuk Villa Nabila. Ini kerana Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo di atas bukit menghadap Pantai Lido ataupun lebih dikenali dengan nama Danga Bay oleh orang luar. Yang peliknya, rumah banglo tersebut dibiarkan usang. Mustahil rumah yang mempunyai harga yang tinggi dibiarkan begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. Bangunan di kawasan Danga Bay sudah pasti tidak logik jika tidak digunakan untuk tujuan pembangunan.
Villa Nabila? Kenapa nama tersebut? Mengikut mitos yang sampai dari mulut ke mulut. *Maafkan jika aku salah menyampaikan. Kisah ini diceritakan kepada aku oleh kawan-kawan aku sendiri yang tidak pasti tentang kesahihan cerita tersebut.
Gambar dari Jauh |
Gambar dari Dalam |
Gambar dari Depan |
Mengikut pengalaman aku sendiri ketika aku masuk villa tersebut pada tahun 2004. Ketika itu aku masih dalam darjah 6. Terdapat sebuah lukisan di penjuru rumah tersebut, memang amat menyeramkan dan itu kali terakhir aku datang ke sana. Alhamdulillah, ketika aku pergi kesana, tiada gangguan yang aku terima. Aku memang selalu pergi tempat-tempat sebegitu termasuk bermalam di Tanah Perkuburan Mahmoodiah dengan kawan-kawan aku.
Baru-baru ini, kawan aku bercerita tentang pengalaman dia di Villa Nabila dan ini mengimbau kenangan aku untuk menulis post berkenaan cerita ini. Cerita dia kepada aku, pada malam dia bersama dua kawannya. Dia telah pergi ke rumah tersebut dan berpecah dengan kawan-kawannya dalam rumah tersebut. Hampir dua jam mereka pusing di dalam rumah tersebut untuk cari antara satu sama lain, malangnya tak jumpa. Ketika mereka masuk lebih kurang pukul 4. Akhirnya selepas azan subuh, mereka berjumpa juga. Padahal, jarak mereka bukan jauh pun.
Ok, tuh jer cerita aku nak kongsi untuk post kali ini. Tak seram mana pun, tapi banyak lagi versi-versi lain yang korang boleh cari dekat google.
Yang pertama :
ni yg kawan dgr2 crita lah...Yang kedua :
nabla ni budak kecik lagi klu xsilap...mak tiri die bunuh n letak mayat dalam simen rumah yg dikonkrit....mak tiri die nak harta peninggalan bapak die klu xsilap..lame juga tertanam dalam dinding sampai polis dapat bongkar kes ni...betol ke x wallahualam....tapi kawan2 den ada pegi sana mlm hari...ada yg meracau lah jadinya.... cari nahas...
Klik sini : Misteri Villa Nabila.
Dan untuk makluman, tempat nie juga tersenarai dalam 15 tempat paling misteri di Malaysia. Klik Villa Nabila. untuk maklumat lanjut.
Benda nie diharapkan tak menjadi fitnah dan mudah-mudahan kalau betul mereka mati dibunuh, kita sama-sama doa orang yang bersalah mendapat hukuman yang setimpal. Akhir sekali, terima kasih kerana membaca. :)
P/S : Mungkin ini semua adalah permainan syaitan yang mahukan kita menjadi sesat.
56 Commments:
aku x baca habis , jujur aku penakut -.-"
@Amiey White haha. tak seram mana pun.
tak persan ah villa nabila nih klao perkuburan mahmoodiah tu pernah la pergi..kalo cari bangunan lama pon dekat muzium jer..
Sangad seram . takut2 gak nk bace entry ni
@HUDAkedudukan dia agak tersorok. tapi cuba tgok betul2 depan danga bay. ada pintu masuk dia.
@Jelly A'an haha. baca jer kan. dont worry be happy. :D
seram je rasa =,=
ade yang cakap villa tu dah dirobohkan. pelik nih. lalu dpn villa tu hari2 tgk ade je dkt situ.
err tengok pintu pagar tu je pun dah rasa seram.
@NOOR FATIN rumah lama. biasalah. :D
@NuruL aTikah rasanya memang dah dirobohkan. yg tinggal cuma pagar dia jer kot.
@amalinazlan baik-baik. pagar dia boleh makan orang. haha. *joke
seram..tapi lagi seram kat seksyen 2 shah alam..belakang umah chuck..hehe
oh, i pernah nampak pagar tu. tak sangka ye tempat tu berhantu~ eee, takutnya.. >,<
@Fasha Sandha : i yang nampak pastu i cerita kat u la.. u ni selalu buat2 cerita kan.. i tarik rambut u tu baru tau! grrr.. >,<
@Cik Ainie @ Lola kalau seram jer takpe. nie belakang rumah chuck. =="
perna dgr gak misi kwn2 nk g umah ni ,
seramm aaa umah takde org dok lama kot -.-''
arrr. seram plakkk. silapp bce malam malam2. haha
@Fasha Sandha yeke u takut? meh sini peluk i. HAHAHA.
@Nora Danish Jangan la main tarik2 rambut. Kan u dah selalu tarik rambut i. hahaha
@aimi butterflies biasalah kan. mana-mana rumah yang tinggal lama memang la jadi camnie. :)
@.:padie_eyla:. hahaha. rilek la brai. sikit jer kan. mana ada seram sangat.
haha ! nk g survey laa.
@elleada yang kata dah roboh la sekarang. pintu depan jer tinggal. haha.
dude...
aku sendiri pernah masuk villa nie sendiri..
aku pernah jadi macam member ko...
teruk beb...
aku x tau mane dye...
yg aku ingat, aku jumpa lik beberapa minit sblm azan gak..
kat atas bukit...
shit!aku pernah jumpe cin han kat sini..
@Farhan Ibn Yahya tuhla. nak kata main-main, takkan nak main-main tgh2 malam dalam tuh kan?
@Taufan Ribut hahaha. budak JB rasa semua mesti kena datang sini kot. rasa sendiri.
@Chuck : eh xpe ke kita peluk2? nanti JAIJ dtg tngkap cane? eeeeww~ takut la I~ :p
@Chuck : U selalu pakai topi la.. Mana ada I selalu tarik rambut U~ =,="
seram la..nyesal bc..nak tido malam ni cam ne..huwaaaaaaaa..
omak aih,darjah 6 da brani eyh pegi tempat2 macam 2.klo alin taim darjah 6 nih sebuk lagi main sungai dalam utan.hu3
nak pegi jugak laa , hahaha :)
hareeyyy aku tengok pon dah seram...
@Fasha Sandha takpe. i ada member nama Jais. HAHA
@Nora Danish Tuh bf u yg mana? I tak pernah pakai topi. =="
@bunga hahaha. tidur lah time siang. :D
@aleen aiden nak buat macam mana? dah kawan dengan budak2 besar time tuh. hahaha.
@Dee Dee Kidrauhl jom kita buat rombongan nak? hahaha.
@nub haha. kau tak try pergi lagi kat sana. :D
naik bulu hidung SCC bace bende alah ni time2 kul 2 pagi...
huhuhu
@sicomot-comel haha. nyway, thanks baca ye. :)
popular jap nama kakak aku ..haha..btw,nice entry..jb mang banyak tempat puaka..ada lagi satu tmpat,dulunya hostel,sekarang tak tau apa..dia akan bewarna biru bila malam datang
@belog saya a.k.a naz haa? dekat mana tuh?
wow !! ta sgke plaq . ade cerite sblik bglo niy ea . everyday lalu dpn dari i kecik smpai besar . and now baru i taw bout bglo niy . ptot laa if lalu jea msti rase semcam . nxt week i blek jb with my mmb . i rase cam nak singgah jap je bglo niy . nak rase gak . nak follow ?? jom g rmai2 . nti tade laa tkot sgat kowt . heee
@nynaa haha. next week? no lah. i kat shah alam. lama dah tak balik jb since chinese new year.
mat gian jer skg ada kat rumah tue......xcaya gi tingkat dua....confirm jumpa....
@blogger addict tahu. memang biasa lah tuh kan. bangunan kosong jer jadi tempat mat gian. haha.
kalau tak silap sya cerita pasal banglo ni pernah difilemkan dan dilakonkan oleh norkumalasari...sekitar awal 1980 an...cerita itu berjudul rahsia
@Multi Elite Solutions ye. betul. dekat tv3 kan?
dulu study kt utm..pena nmpak villa nie...skrg da grad baru terbaca blok nie...huhu..kalu bc dr awl..boley try jd seekers..hihihiiiii
@Anonymous Hehe. Takdela jauh mana antara UTM dengan Villa nie. :)
cbe tgk gmbr dari tepi 2..2 bkn villa nabilla..2 christine palace la..2 rmh doktor..mmg rmh 2 pown brhntu..tpi 2 bkn villa nabilla..villa nabilla yg gmbr dari depan..
Hari tu aku ada pegi sana, tapi takde apa2. Aku nak sangat jumpa Nabila, aku rindu kat dia.
aku dan kawan2 aku dah pergi ke sana.
jungle trekking pula.
tempat ni x boleh buat rakaman video, sebab time kami pergi, video yang di rakam di "potong" tanpa tidak ketahui.. memang sangat pelik.. waktu kami sedang jungle trekking naik, sepanjang jln rakan ku rakam perjalanan kami, tapi check balik, cuma 30 saat saja yg ada..
langsung x logik sebab kami naik ambil masa 5-10minit, dan rakan ku sendiri kata dia tidak tutup pun rakaman yer.
jeng3...
dan aku ada beberapa gambar kelibat yg berjaya dilihat di sekitar rumah ini..
memang TEMPAT INI SANGAT BERPENGHUNI..
sebab kami pergi jam 7pagi, boleh dapat beberapa kelibat dlm gambar2 kami..
andailah jika kami bertolak malam2... jam 3pagi misalnya... wallahualam...
dinasihatkan yg mahu pergi, naik waktu siang, sebab di kawasan jungle trekking tuh ada lurah tinggi.. jatuh parah OoO!
hmm... villa nabilla ney bkn ke sbb org gaji die yg bnoh die n konkrit kn die.... tu la asenye yg btol.... n nabilla ney da bsar asenye.... mmg tmpt ney beantu pown... da rmai org cbe ddok dlm ney, tp x than.... sume kuar...
Post a Comment