Rakan-rakan Blog

Zaman Sekolah Kita Bersama.

|

Takde kot cikgu aku bentuk kotak. Haha.
Salam semua. Dengan harapan semua sihat sejahtera. Dah macam-macam benda dah aku menulis dalam blog aku nieh tapi tak pernah lagi coretkan sesuatu pasal masa sekolah dulu. Malas nak dengar? Aku tak suruh dengar lah. Aku suruh baca jer. Malas juga? Macam biasa lah, ALT+F4. Aku mulakan dengan definisi yang aku rasa semua faham mengenai zaman persekolahan. Sekarang tengah musim budak-budak Form 5 demam SPM. Masa macam nie dulu aku tengah buat apa yea? Always wondering about it. Zaman sekolah zaman paling happy aku rasa untuk kita semua. Semua suka duka dikongsi bersama kawan-kawan seangkatan dan yang sama-sama dalam keadaan tumbesaran hormon. Sama-sama dalam keadaan sedang membesar. Jadi? 


Semua perangai lebih kurang kan? Thats the main factor yang buat kita senang untuk hidup bersama. Tak sama bila kita bergaul dengan orang lebih dewasa, kadang-kadang rasa tidak selesa. Hanya zaman sekolah sahaja yang mengajar kita erti persahabatan dan remaja. Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia takkan berulang kembali. Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing, mungkin sukar untuk kita kembali bersatu dalam tempat sekecil bilik darjah. Tempat harian kita bergurau, dimarahi dan belajar. Walaupun kadangkala rasa macam tak suka, tapi aku pasti semua di antara kita tengah dan sedang merindui saat itu. Masing-masing memang tak suka dimarahi tetapi bila dah habis zaman sekolah kadang-kadang pengalaman kita dimarahi tuh yang buat kita tersenyum sendiri. 


Macam-macam lagi benda lain yang kita buat bersama-sama. Bersama pergi ke kantin, perpustakaan dan pendidikan jasmani. Semua penuh dengan gelak tawa. Terbukti zaman persekolahan adalah zaman yang sukar dilupakan. Mungkin satu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman menjadi seorang pelajar yang sangat indah. Saja nak tulis mengenai ini dan sudah pasti aku nak nasihatkan adik-adik yang tengah sekolah tuh, manfaatkan lah waktu sekolah kau orang dengan penuh aktiviti dan pastikan masa tinggalkan sekolah nanti penuh dengan seribu satu kenangan. Habis sekolah nanti korang akan jumpa dunia luar. Berjuta orang perangai macam kau. Jadi kesimpulannya? Jaga diri sendiri adalah benda paling penting bila sudah tamat zaman persekolahan dengan cara bergaul dengan orang-orang yang betul. Dunia luar bukan macam dunia yang korang gambarkan, penuh dengan hiburan macam zaman sekolah kau. Selalu dengar budak-budak sekolah mengeluh nak habis sekolah cepat. Aku senyum bila dengar ada antara mereka mengadu dekat aku. Bila aku dapat soalan macam tuh, aku selalu tanya balik dekat mereka. Kau nak buat apa lepas sekolah? Jawapan yang aku selalu terima, 'Nak kerja.', 'Nak lepak hari-hari.'. Aku senyum sinis bila dapat jawapan macam tuh. Aku selalu jawab balik dengan jawapan macam nie jer, 'Nak kerja? Sampai bila?'. 'Nak lepak hari-hari? Berapa lama kau boleh tahan?'. Aku rasa takde jawapan yang boleh lawan jawapan aku tuh. Cuba bagi tahu aku satu tempat yang hari-hari korang boleh pergi lepas tuh mak bapa kau bagi duit. Takyah nak bayar balik ke apa ke. Pergi kerja? Memang cukup bulan mak bapa kau tunggu lah, nak balik duit dia. Haha. Nak lepak? Mak kau bagi duit untuk lepak? Hebat korang. Teruskan lah yea. 


Macam-macam cerita kita kongsi masa di sekolah kan? Bila masuk bab bercinta dalam masa sekolah nie lagi payah, pelik jer tengok kawan-kawan aku rajin nak pergi sekolah. Tak pernah macam gini. Apsal ea? Kena santau ke? Haha. Tuh la penangan cinta time skolah nie, semua rasa rajin jer kan? Tipu lah kalau takde. Dalam semua yang aku cerita nie, aku rasa masa paling sedih untuk kita semua adalah masa ambil result SPM. Memang sedih tuh tak tergambar masa mulanya, tapi korang akan terfikir balik saat tuh. Kenapa? Dah tergambar dah kawan-kawan dapat sambung tempat belajar hebat-hebat belaka. Masing-masing ada haluan sendiri dan mungkin kali terakhir kita jumpa masa sekolah dulu kan. Bila dah sambung belajar atau kerja nie, masing-masing dah sibuk dengan hal sendiri. Aku rasa semua pembaca blog nie pun ada pengalaman macam aku. Samada yang tengah sekolah mahupun yang dah habis sekolah. Keadaan kita sama jer kan. Kalau ada seekor pari-pari datang dan tanya permintaan aku. Korang rasa aku pilih apa? Aku taknak banyak, cuma aku doakan semua kawan-kawan aku berjaya dan sihat sejahtera. Aku sayang korang kawan. J


Klik untuk tumbesaran gambar.


 

P/S : Tak kira dekat mana korang berada. Aku doakan yang terbaik untuk kita bersama.

Pecah Kaca Pecah Simen, Sudah Baca Harap Komen. :)

3 Commments:

Noor Fatin said...

rindu sgt2 kat zaman sekolah.
zaman sekolah adalah zaman paling indah dalam hidup kita ^__^

Arine Romano said...

sejujurnya sy mmg mls nk baca ntry awk ni..
sy jz nk tgk pic u zmn skola jer..
sumph ngade2,....bahahhaha

Chuck said...

Noor Fatin : Yarh. I'm totally agree with that. :)
Arine : Hahaha. Biarlah. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Protected by Copyscape Unique Content Checker